Konsep Sekolah Angkat Tingkat Ilmu Selenggara Bangunan Pensyarah


Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying (kiri) meninjau kerosakan siling tandas Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya, di Butterworth, Isnin lalu. Hadir sama, Pengetua SMK Bagan Jaya, Gnoh Kem Fat (kanan). Sekolah berkenaan mengalami pelbagai kerosakan antaranya bumbung runtuh, tandas kotor akibat bocor, cat bangunan sekolah rosak dan sebagainya. - Foto FB
PENYELENGGARAAN bangunan kerajaan mempunyai kepentingan besar dalam konteks negara maju dan membangun. Mengekalkan keadaan bangunan secara efektif adalah antara tujuan utama penyelenggaraan bangunan dilakukan

Dalam aspek ini, imej kerajaan juga sedikit sebanyak dapat dinilai menerusi penjagaan 'rupa paras' bangunan yang wujud. Kurangnya aspek penyelenggaraan bangunan, maka buruklah imej kerajaan

Ada yang yang cuba mengaitkan penyelenggaraan bangunan kurang berkesan adalah petanda culasnya kakitangan diamanahkan melaksanakan tugas penyelenggaraan, sekali gus mencalar juga imej penjawat awam

Bermakna, penjagaan kualiti, keselamatan dan kesihatan bangunan kerajaan di Malaysia adalah tanggungjawab berat dan memerlukan komitmen padu

Penyelenggaraan bangunan adalah proses kerja berterusan meliputi penyelenggaraan bangunan secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan yang juga menuntut komitmen kewangan tinggi

Maka, bajet penyelenggaraan perlu difikir secara rasional mengikut keperluan aktiviti patut dijalankan ke atas sesebuah bangunan, termasuk sekolah. Maka peruntukkan mencukupi perlu menjadi keutamaan dalam setiap pembentangan bajet kerajaan terhadap penyelenggaraan dan ia perlu sentiasa disediakan setiap tahun


Justeru, inventori ke atas bangunan kerajaan, terutama sekolah memerlukan dana penyelenggaraan perlu dijalankan secara proaktif sebelum sebarang kejadian yang lebih dahsyat berlaku

Oleh kerana bangunan sekolah kerajaan banyak usang dan sukar pihak sekolah menerima bantuan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan daripada Kementerian Pendidikan (KPM), maka dicadangkan sebahagian sekolah memerlukan peruntukan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan mewujudkan program sekolah angkat

Ini bagi mengelakkan kebergantungan terhadap sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dikutip di sekolah kerajaan. Terdapat sekolah menggunakan yuran PIBG sebagai tabungan untuk penyelenggaraan sekolah

Tingkat kualiti pendidikan
Mengikut konsep program sekolah angkat, ia bertujuan membantu penyelenggaraan bangunan sekolah bagi memastikan kondisi bangunan yang baik dan selamat untuk pembelajaran. Program ini mungkin boleh membabitkan sekolah yang menghadapi masalah kekurangan sumber daya atau keadaan bangunan yang memerlukan pembaikan

Pesuruhjaya Bangunan dalam PBT mungkin boleh memberikan bantuan dalam hal penyelenggaraan bangunan sekolah menerusi peranan mereka berfokus kepada pengawasan dan pengendalian aspek teknikal bangunan

Pesuruhjaya Bangunan juga boleh melakukan penilaian terhadap keadaan bangunan sekolah, termasuk struktur, kemudahan dan infrastruktur lain. Mereka dapat memantau secara berkala untuk mengenal pasti masalah atau kerosakan memerlukan pembaikan segera

Nasihat dan panduan mengenai tindakan pembaikan atau penyelenggaraan diperlukan sekolah secara dasarnya dapat disahkan pihak profesional mempunyai kepakaran dan pensijilan

Jika ada projek penyelenggaraan membabitkan pembangunan baharu atau pengubahsuaian di sekolah, Pesuruhjaya Bangunan dapat memberikan pendapat dan cara terbaik, merujuk akan keadaan tersebut. Mereka akan memastikan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan adalah tepat dan sesuai dengan peraturan
Mungkin program sekolah angkat di antara PBT dan sekolah kerajaan dilihat sukar untuk dilaksanakan, lantaran punca kuasa PBT dan sekolah berbeza namun, pihak berkepentingan perlu melihat kolaborasi ini sebagai satu tanggungjawab, kerana secara tidak langsung sekolah juga terletak dalam kawasan PBT

Menerusi program sekolah angkat ini, ilmu penyelenggaraan bangunan sekolah dapat ditingkatkan dengan cara teratur dan terancang

Ini akan membantu memastikan bangunan berada dalam keadaan yang selamat dan berfungsi dengan baik, mencipta lingkungan pembelajaran lebih baik bagi pelajar dan meningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhan

Penulis adalah Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah, Jabatan Pengajian Alam Bina dan Teknologi, Kolej Pengajian Alam Bina, Universiti Teknologi MARA, Perak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/07/konsep-sekolah-angkat-tingkat-ilmu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Tingkatan Satu Maut Disyaki Terjatuh Bangunan Sekolah

Pelajar Tingkatan Satu Maut Disyaki Terjatuh Bangunan Sekolah

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 366 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pelajar Tingkatan Satu di Melaka maut dipercayai terjatuh dari tingkat dua sekolahnya Pelajar perempuan itu ditemukan oleh tukang kebun dalam keadaan terlungkup di kaki lima bangunan sekolah itu pada 2 31 ...
Salah Faham Konsep Kbat Melemahkan Minat Murid Pensyarah

Salah Faham Konsep Kbat Melemahkan Minat Murid Pensyarah

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 239 hits
Imej hiasanMATLAMAT akhir sistem pendidikan moden mestilah menjadikan murid murid sebagai insan yang mampu berfikir dengan rasional kritis dan kreatif Melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah murid murid dilatih un...
Sanusi Mengaku Tak Bersalah Hang Angkat Tangan Macam Bang Non Buat Apa

Sanusi Mengaku Tak Bersalah Hang Angkat Tangan Macam Bang Non Buat Apa

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 376 hits
Sanusi mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menghasutDiterbitkan Jul 18 2023 11 07 AM Dik1Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Selayang di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertudu...
Angkat Tangan Gaya Anwar Kena Mata Lebam

Angkat Tangan Gaya Anwar Kena Mata Lebam

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 639 hits
Nak tiru gaya PMX Tapi dia sebenarnya yang salah Tu yang x mengaku salah kat Mahkamah sebenarnya menderhaka pada Sultan Selangor tak Lawan Kerajaan Lawan Sultan Selangor PNderhaka
Umno Patut Angkat Wan Mahusin Sebagai Calon

Umno Patut Angkat Wan Mahusin Sebagai Calon

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 362 hits
Mohon agar Presiden UMNO DS Zahid Hamidi akan angkat WAN MAHUSSIN WAN ZAIN sebagai calon dalam PRN nanti Alangkan singa jadi tikus Sang panglima perang pun jadi pangsai Inikan pula lebai lebai Mercedes Ramai akan terciduk Mahussin adalah so...
Hukum Berbinkan Kepada Ayah Angkat

Hukum Berbinkan Kepada Ayah Angkat

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 161 hits
Soalan Saya ingin bertanya mengenai anak angkat yang di bin atau binti dengan nama ayah angkat Bolehkah saya berhubung dengan sahibus samahah mufti atau bagaimana Jawapan Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S W T S...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus