Syed Saddiq Ibu Bapa Didakwa Dikepung Sekumpulan Individu Di Program Bersatu


MALAYAIAKINI




Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beserta ibu dan bapanya terpaksa melarikan diri apabila diganggu sekumpulan individu yang mengepung meja makan mereka semasa perjumpaan bersama Armada Johor, malam tadi.

Menurut Syed Saddiq, yang juga ketua Armada, sekitar 200 orang berpakaian hitam didakwa datang tanpa diundang ke perjumpaan itu, kemudian mengepung dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Ulu Tiram, Johor, dan dihadiri anggota Armada, Srikandi (Wanita Bersatu) dan bahagian parti itu.

Exco Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen dan Adun Puteri Wangsa Mazlan Bujang juga dilaporkan ada di situ.

“Gangster dan tidak hormat orang.

“Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat. Ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini,” dakwanya di Instagram hari ini.



Dalam video yang didakwa memaparkan kejadian itu, kumpulan berbaju hitam itu didengar menjerit agar Syed Saddiq meninggalkan negeri itu.

“Ini apa? Ada anak-anak kecil, wanita di dalam majlis. Paling teruk, mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ, kalau mahu pulang dari majlis.

"Apa yang berlaku, saya pun tak tahu. Yang saya tahu, ini biadap dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat,” katanya lagi, yang juga anggota parlimen Muar.

Beliau tidak mengulas lanjut siapa yang dimaksudkan sebagai TMJ, bagaimanapun umum mengetahui ia merupakan gelaran kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Syed Saddiq turut mendakwa dirinya, keluarga, dua adun tersebut dan orang lain terpaksa menggunakan "jalan tikus" dan "lompat pagar" untuk beredar dari restoran itu.

Seorang pembantunya memberitahu Malaysiakini bahawa laporan polis akan dibuat tetapi tidak memberikan butiran lanjut mengenai lokasi dan waktunya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/syed-saddiq-ibu-bapa-didakwa-dikepung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Dikepung Gangster Terpaksa Lari Panjat Pagar Untuk Selamatkan Diri

Syed Saddiq Dikepung Gangster Terpaksa Lari Panjat Pagar Untuk Selamatkan Diri

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 569 hits
Sumber gambar dari CempedakCheeseSemalam Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq mendedahkan di laman Instagram milik beliau menyatakan bahawa beliau telah diserang oleh sekumpulan individu dengan anggaran seramai 200 orang ketika sedang berkum...
Diherdik Pembohong Syed Saddiq Terpaksa Lari Panjat Pagar Selepas Dihalau 200 Individu Samseng

Diherdik Pembohong Syed Saddiq Terpaksa Lari Panjat Pagar Selepas Dihalau 200 Individu Samseng

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 566 hits
Semalam viral di media sosial video Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihalau balik dari program tersebut Malah beliau dan beberapa pemimpin lain terpaksa melarikan diri dengan melompat pagar gara gara per...
Bayangkan Dikepung Lebih 200 Orang Lagak Seperti Gangster Syed Saddiq

Bayangkan Dikepung Lebih 200 Orang Lagak Seperti Gangster Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 407 hits
Menerusi satu posting di Instagram Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq mendakwa dirinya telah diganggu oleh sekumpulan individu didalam satu majlis malam semalam Menurut perkongsian itu majlis tersebut dikatakan telah dihadiri sekitar 200 o...
Polis Sahkan Terima Laporan Ibu Bapa Bawa Keluar Anak Hidap Simptom Koronavirus Dari Wad

Polis Sahkan Terima Laporan Ibu Bapa Bawa Keluar Anak Hidap Simptom Koronavirus Dari Wad

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 600 hits
Bapa kanak kanak itu berdegil tidak mahu kuarantin anak dan meninggalkan hospital tersebut Ekoran daripada tularnya laporan polis mengenai seorang kanak kanak lelaki warga China berusia dua tahun yang dibawa keluar dari sebuah hospital di J...
Sebelum Jadi Ibu Bapa Belajar Dulu Jadi Suami Isteri Yang Baik Sebab Anak Cctv Terbaik Dunia

Sebelum Jadi Ibu Bapa Belajar Dulu Jadi Suami Isteri Yang Baik Sebab Anak Cctv Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 781 hits
Bukan ibu sahaja yang kena bersedia dengan ilmu untuk bergelar mama papa juga perlu siapkan diri dengan ilmu sebelum lahirnya anak pertama Alasan utamanya kerana papa adalah idola anak anak Jadi pada suami yang bakal bergelar papa kena siap...
Kurang Dapat Perhatian Remaja Prank Ibu Bapa Dakwa Diculik Dan Mata Dicungkil

Kurang Dapat Perhatian Remaja Prank Ibu Bapa Dakwa Diculik Dan Mata Dicungkil

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 421 hits
Seorang remaja bertindak membohongi ibu bapanya dengan mendakwa dirinya telah diculik oleh sekumpulan orang menaiki sebuah kereta berwarna hitam Dia juga mendakwa bahawa dirinya diancam penculik sehingga diugut matanya akan dicungkil serta ...
Ibu Bapa Warga China Tak Benar Anak Dikuarantin

Ibu Bapa Warga China Tak Benar Anak Dikuarantin

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 366 hits
JOHOR BAHRU Seorang kanak kanak berusia dua tahun yang juga suspek coronavirus telah dibawa keluar ibu bapanya daripada dikuarantinkan di Hospital Sultanah Aminah di sini semalam Tindakan yang mewujudkan kebimbangan di kalangan masyarakat i...
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Ingin Berjaya

Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Ingin Berjaya

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 540 hits
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Berjaya Rupanya belum habis isu tentang anak perempuan kena bertanggung jawab pada ibu sekali pun tak bekerja kita patut tahu bahagiakan hati orang tua Itulah yang cuba disampa...
Bagaimana Anda Mahu Diingati Sebagai Ibu Bapa

Bagaimana Anda Mahu Diingati Sebagai Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 331 hits
Suatu hari nanti kita cuma akan menjadi salah satu kenangan untuk mereka Persoalannya kenangan bagaimanakah yang mahu kita cipta untuk mereka ingati Membesar dengan kasih sayang Atau membesar sendiri dengan kasih sayang ciptaan visual upin ...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Sukan Bekalan Air Se Malaysia 2025

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Managing Stress For Entrepreneurs

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Agong Kurnia Dmij Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas Juruiring Pemangku Sultan Johor Berita Harian

4 Lelaki Dikenakan Bon Berkelakuan Baik Kes Gaduh Perlawanan Bola Sepak

Bagaimana Cara Mencegah Konstipasi Pada Anak Sejak Dini