Saksi Kebakaran Di Masjid Al Aqsa Dedah Sesuatu Mengejutkan
SAKSI Kebakaran Di Masjid Al-Aqsa Dedah Sesuatu
Masjlid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis (kiri). Saiful Nang menunjukkan insiden kebakaran Masjid Al-Aqsa (gambar kanan).
KECOH mengenai insiden kebakaran di kawasan kompleks Masjid Al Aqsa, Baitulmuqaddis, malahan kejadian hampir sama berlaku di Gereja Notre Dame di Perancis, awal pagi Selasa.
Jurugambar profesional, Saiful Nang merupakan antara rakyat Malaysia yang berada dekat Masjid Al Aqsa ketika kejadian.
“Semasa kejadian, saya baru selesai solat Maghrib. Selepas itu, bukan saya saja tapi semua yang berada di situ tak rasa panik kerana kebakaran itu berlaku sekejap sahaja.
“Dalam masa kurang dua minit, kami nampak api yang besar tu mula reda. Ia dipadamkan sepenuhnya oleh Briget Bomba dalam masa lima minit,” katanya kepada mStar sambil menambah dia dalam keadaan selamat bersama kumpulan yang disertainya.
Kawasan Masjid Al-Aqsa. Foto Reuters
Memasuki hari ketiga berada di kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa, Saiful berkata, ia sebenarnya hanya kebakaran kecil yang berlaku jauh dari kawasan solat berjemaah.
“Kebakaran berlaku di dalam kawasan masjid tetapi ia bukan di dalam masjid iaitu bangunan berkubah, kira-kira 250 meter dari dalam masjid.
“Tiada apa yang perlu dibantu kerana bomba pantas bertindak. Kebakaran Notre Dame berbeza kerana ia adalah kebakaran besar dan di sini hanya kebakaran kecil,” katanya yang berada di Palestin selama 11 hari mengetuai pasukan pengajian sejarah dan ketamadunan dari badan Rumah Pengasih Warga Prihatin anjuran syarikat pengembaraan, Rarecation Travel Sdn Bhd.
SAIFUL NANG
Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook miliknya, Saiful yang juga pengasas Rarecation Travel memuat naik video menunjukkan dirinya berada di luar kawasan Masjid Al-Aqsa ketika kejadian.
Namun Saiful berkata, butiran kebakaran tidak dipastikan kerana tidak melihatnya sendiri selepas api dipadamkan kerana orang awam tidak dibenarkan masuk ke lokasi kejadian.
Jurugambar itu bagaimanapun menegaskan bahawa keadaan begitu tenang dan aman serta selamat, tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak termasuk media antarabangsa.
“Keadaan Masjid Al-Aqsa adalah sama sebelum dan selepas insiden kebakaran dan operasi masjid diteruskan seperti biasa,” ujarnya.
Saiful di dalam Masjid Al-Aqsa. -foto Saiful Nang
Sehubungan itu, Saiful menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa keadaan di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitar adalah tenang.
“Malah, kekacauan di sini sebelum ini bila ditanya penduduk tempatan, mereka beritahu ia terlalu localised contohnya melibatkan pergaduhan dua individu, sama macam kat Kuala Lumpur pun ada orang gaduh. Tapi sebab ia berlaku di Palestin, ia digembar-gemburkan.
“Bila kita percaya sangat sehingga menjadi takut seolah-olah Masjid Al-Aqsa ini menjadi satu tempat yang tak aman, nanti orang jadi takut dan tak ramai yang nak datang,” katanya.
Dia yang kesal dengan kekecohan di media sosial berhubung kejadian itu meminta semua pihak tidak membuat pelbagai andaian yang boleh menimbulkan kebimbangan orang awam.
“Nasihat saya, kita kena datang sendiri baru kita tahu Al-Aqsa, Palestin ini sebenarnya merupakan tempat yang aman dan tenang,” katanya.
Agensi Berita Palestin iaitu saluran rasmi Pihak Berkuasa Palestin memetik kenyataan pengawal sebagai berkata, kebakaran terbabit bermula dari bilik pengawal di luar bumbung Masjid Marwani, sebelum berjaya ditangani oleh briged bomba pihak berkuasa wakaf.
Berita mengenai kebakaran di Masjid Al-Aqsa, tanah suci ketiga umat Islam itu bagaimanapun ditenggelami oleh laporan mengenai kebakaran besar di Gereja Notre Dame.
Kebakaran di Masjid Al-Aqsa ketika Katedral Notre Dame terbakar
BAITULMUQADDIS: : Tatkala dunia merintih sedih melihat api yang menjulang membakar bangunan ikonik Katedral Notre Dame di Paris, Perancis, pada waktu sama turut berlaku satu lagi kebakaran di halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.
Rakaman video di lokasi ketiga suci dalam Islam itu menunjukkan asap dan api muncul dari atap struktur dikenal pasti sebagai Bilik Solat Marwani kini berlegar di media sosial.
Masjid Al-Aqsa sinonim dengan peristiwa Israk dan Mikraj dalam sejarah Islam bagi mengenang peristiwa junjungan Nabi Muhammad SAW dibawa menghadap Allah SWT.
طواقم الإطفاء تخمد حريقاً اندلع على سطح المصلى المرواني في المسجد الأقصى. pic.twitter.com/CVx8X7nx4N
— المركز الفلسطيني للإعلام (@PalinfoAr) April 15, 2019
Menurut seorang pengawal di situ, kebakaran terjadi di bilik pengawal di luar umbung Bilik Solat Marwani, lapor The Palestine News Agency.
“Mujur pasukan bomba Waqf berjaya menangani insiden kebakaran itu.”
Insiden kebakaran itu walau bagaimanapun ditenggelami berita tragedi di Katedral Notre Dame yang hampir memusnahkan bangunan ikonik di kota Paris itu.
— المركز الفلسطيني للإعلام (@PalinfoAr) April 15, 2019
The post SAKSI Kebakaran Di Masjid Al-Aqsa Dedah Sesuatu Mengejutkan! appeared first on InfoJe.Com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://infoje.com/saksi-kebakaran-di-masjid-al-aqsa-dedah-sesuatu-mengejutkan/