Kenapa Buat Swab Test ?Entry Kali ini kaella nak cerita untuk kisah kaella sendiri 14 hari yang dah berlalu. Kaella kena buat Swab Test disebabkan menjadi contact rapat dengan beberapa orang Positif untuk Covid-19. Mula-mula kaella tahu kaella contact rapat dengan orang yang positif kaella jadi takut. Bayangkan kitaorang duduk kerja sebumbung, selalu bergaul. Perasaan kaella jadi serba takut masa mula-mula kaella dapat tahu perkara ini. Ye lah, Penyakit berjangkit ni kalau kita nampak kita boleh elakkan, tapi sayangnya kita tak boleh nak nampak penyakit ni dengan mata kasar kita, bahkan dengan pandangan mata halus sekali pun takkan nampak arah penyakit ini. 
Sakitnya Swab Test FirstSehari sebelum kaella swab, kaella risau gila dengan keadaan semasa kaella. kaella risau kalau-kalau keluar keputusan positif. Tapi syukur. 3 hari selepas swab keputusan kaella negatif. Sebelum swab banyaklah video, cerita orang katakan buat swab ni sakit sangat. Tapi bila diri sendiri yang kena, bagi kaella takdelah sakit sangat. Ibaratnya, korang mandi sungai, kemudian air masuk ke hidung terasa sehingga kepala. Korang pernah rasa tak macam tu ? Tapi itu bagi kaella lagi sakit sebab sampai kepala, yang ni tak, rasa sampai ke hidung saja. Jadi, jangan dengar kata orang buat swab test ni sakit. NO NO NO, tak sakit. 😅😅 


| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |