Sakit Tekak Kanak Kanak Faktor Cara Rawat


Sakit tekak merupakan masalah kesihatan yang sering dialami kanak-kanak yang mampu menyebabkan mereka merasa tidak selesa. Walaupun selalunya penyakit ini tidak serius, tetapi ia masih boleh mengganggu aktiviti harian anak-anak anda. 
Pada artikel kali ini, kami akan terangkan kepada anda tentang penyebab berlakunya masalah ini dalam kalangan kanak-kanak dan cara merawatnya. Untuk mengetahui lebih lagi pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Sakit Tekak? Sakit tekak merupakan keadaan di mana tekak seseorang individu itu terasa sakit, kering, gatal, atau perit, terutamanya ketika menelan. Ia adalah salah satu simptom yang sangat biasa dan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, dari jangkitan virus hingga keadaan persekitaran.
Namun begitu, apabila penyakit ini menyerang kanak-kanak, ia boleh menyebabkan gangguan dalam aktiviti harian anak-anak anda. Rasa tidak selesa, mungkin akan menyebabkan anak anda tantrum, murung (moody) dan sebagainya. 
Selain itu, walaupun penyakit atau masalah ini dikira sebagai masalah ringan, jika ia berterusan anda perlu segera membawa anak anda berjumpa pakar. Hal ini demikian kerana, sakit yang berpanjangan mungkin disebabkan komplikasi yang lebih teruk. 
Faktor Penyebab Sakit Tekak Bagi ibu bapa yang tidak tahu akan punca anak-anak anda mengalami sakit tekat, berikut merupakan beberapa faktor masalah ini berlaku:
Jangkitan Virus  Jangkitan virus seperti selesema, influenza, atau virus Epstein-Barr (penyebab mononucleosis) adalah punca utama sakit tekak.  Virus ini merebak melalui sentuhan, titisan udara, atau perkongsian barang. Selalunya, gejala lain seperti demam, hidung berair, atau batuk sering turut muncul. Jangkitan Bakteria Bakteria seperti Streptococcus pyogenes menyebabkan jangkitan streptokokus tekak, yang lebih dikenali sebagai “strep throat”.  Kanak-kanak dengan strep throat biasanya mengalami sakit tekak teruk, demam tinggi, dan kadang-kadang tompok putih pada tonsil. Jangkitan ini memerlukan rawatan antibiotik. Alergi dan Pencemaran Alergi terhadap debunga, habuk, atau bulu haiwan boleh menyebabkan kerengsaan tekak.  Pencemaran udara atau pendedahan kepada asap rokok juga boleh mencetuskan sakit tekak, terutama pada kanak-kanak dengan saluran pernafasan sensitif. Faktor Lain Teriakan berlebihan, udara kering, atau dehidrasi juga boleh menyebabkan tekak kering dan sakit.  Kanak-kanak yang minum air kurang atau terdedah kepada cuaca sejuk kering juga lebih berisiko mendapat masalah ini.  Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Simptom Penyakit Simptom sakit tekak berbeza bergantung pada punca, tetapi berikut adalah tanda-tanda biasa yang perlu diberi perhatian:
Sakit atau ketidakselesaan di tekak: Kanak-kanak mungkin mengadu tekak mereka terasa gatal, pedih, atau sakit semasa menelan. Kesukaran menelan: Kanak-kanak mungkin enggan makan atau minum kerana kesakitan. Demam: Demam tinggi sering dikaitkan dengan jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan sakit tekak.  Tonsil merah atau bengkak: Tonsil yang kelihatan merah, bengkak, atau mempunyai tompok putih (nanah) mungkin menunjukkan jangkitan yang menyebabkan sakit tekak. Air liur meleleh secara berlebihan: Bagi bayi dan anak-anak kecil yang sukar menyatakan kesakitan mereka, ini merupakan tanda atau simptom penting yang boleh membantu anda mengenal pasti masalah sakit tekak ini.  Cara Hilangkan Sakit Tekak Kanak-Kanak Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengalami masalah ini, anda boleh cuba merawat anak-anak anda dengan cara berikut:
Perbanyakkan minum air suam.  Pastikan anak anda mendapatkan jumlah air secukupnya iaitu sekurang-kurang 8 gelas sehari.  Makan-makanan lembut Makan-makanan lembut seperti sup dan bubur bagi mengurangkan bengkak atau rasa sakit di kawasan tekak. Madu Jika anak anda sudah berada pada usia setahun dan ke atas, anda boleh cuba berikan madu dengan mencampurkannya dalam air suam atau begitu saja. Hal ini demikian kerana, madu mempunyai sifat antimikrob dan boleh melegakan batuk.  JANGAN berikan madu pada anak-anak bawah usia satu tahun kerana risiko botulisme. Kumur air garam Untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas, anda boleh suruh mereka kumur dengan air garam (1 sudu teh garam:1 cawan air) bagi mengurangkan keradangan dan membersihkan tekak. Ubat-ubatan Ubat seperti paracetamol atau ibuprofen boleh digunakan untuk mengurangkan demam dan kesakitan, tetapi pastikan dos yang diberikan sesuai dengan umur dan berat kanak-kanak. Berjumpa Doktor Jika anak-anak anda mengalami sakit tekak berpanjangan iaitu melebihi tempoh 3 hingga 5 hari, anda sangat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor, bagi mendapatkan rawatan sepatutnya.  Anda juga perlu mendapatkan rawatan doktor jika sakit tersebut diiringi dengan penyakit atau masalah lain seperti: Demam panas berpanjangan Kesukaran bernafas Ruam atau pembengkakan kelenjar yang teruk.   Baca juga: 6 Ubat Sakit Tekak Yang Anda Boleh Cuba Untuk Kelegaan Segera
Langkah Pencegahan Bagi anda yang mempunyai anak-anak kecil berikut merupakan langkah pencegahan dalam mengurangkan risiko sakit tekak, yang boleh anda ambil:
Jaga Kebersihan Ajar anak-anak anda untuk sentiasa mencuci tangan dengan kerap, terutamanya sebelum makan atau selepas bersin/batuk. Pastikan pakaian, tempat tidur dan kawasan perumahan anda juga bersih dari debu atau habuk yang boleh menyebabkan alahan atau pembiakan bakteria.  Pakai Pelitup Muka Hadkan pendedahan anak-anak kepada orang yang sakit dengan memakai pelitup muka sewaktu berada di luar kawasan rumah Kekalkan Kelembapan Udara Gunakan humidifier di rumah bagi menjaga kualiti udara anak-anak anda.  Vaksinasi Salah satu langkah utama yang boleh anda lakukan adalah dengan memastikan anak-anak anda mendapat vaksinasi sepatutnya bagi memastikan langkah pencegahan awal dapat di ambil.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sakit-tekak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sakit-tekak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chatgpt Kini Boleh Jana Imej Dalam Whatsapp Terhad 1 Sehari Ini Cara Dapat Lebih

Chatgpt Kini Boleh Jana Imej Dalam Whatsapp Terhad 1 Sehari Ini Cara Dapat Lebih

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 157 hits
OpenAI kini memperluaskan ciri penjanaan imej ChatGPT melalui aplikasi WhatsApp membolehkan pengguna menjana imej berasaskan kecerdasan buatan secara terus dalam perbualan di aplikasi pemesejan itu Untuk mencuba pengguna hanya perlu menghan...
5 Cara Halus Tapi Power Didik Anak Jadi Manusia Berguna Dunia Akhirat

5 Cara Halus Tapi Power Didik Anak Jadi Manusia Berguna Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 199 hits
Nak anak jadi baik bukan tunggu dia besar panjang baru nak mula tapi dari dia masih comot lari dalam pampers lagi dah boleh mula tanam benih baik Tak perlu tunggu dia masuk sekolah agama tak perlu tunggu dia faham semua sebab anak anak ni b...
Teknologi Yang Mengubah Cara Hidup Manusia Setiap Dekad

Teknologi Yang Mengubah Cara Hidup Manusia Setiap Dekad

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 200 hits
Setiap hari kemajuan sains dan teknologi berkembang dengan pesat Namun dalam setiap 1 dekad akan ada 1 atau 2 teknologi yang terus mengubah ketamadunan manusia dari cara hidup bekerja dan juga berfikir
Inilah Cara Paling Cepat Buat Masak Lemak Cili Padi Hanya 10 Minit

Inilah Cara Paling Cepat Buat Masak Lemak Cili Padi Hanya 10 Minit

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 182 hits
Masak lemak ni sebenarnya cara memasak dia tak susah cuma nak masak ni kena pandai matching setiap bahan agar rasa dia sekata sedap Masak lemak cili padi Udang Masak lemak ni sebenarnya tak perlu ambil masa yang lama pun nak masak Tapi rasa...
Cara Tukar Akaun Bank Untuk Bayaran Str

Cara Tukar Akaun Bank Untuk Bayaran Str

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 190 hits
Bagi penerima Sumbangan Tukar Rahmah yang ingin menukar maklumat akaun bank mereka ada cara tukar akaun bank untuk bayaran STR yang boleh dilakukan secara online Penukaran maklumat akaun bank ini hanya boleh dibuat sekiranya status bayaran ...
Sotong Katak Cara Kenal Harga Pilihan Masakan

Sotong Katak Cara Kenal Harga Pilihan Masakan

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 176 hits
Sotong Katak merupakan salah satu sotong yang popular dan yang terdapat di Malaysia Sotong ini dikenali sebagai sotong yang berbentuk besar dan beratnya boleh melebihi 10 5kg bergantung kepada tempat dan lokasi Mengenai Sotong Katak Sotong ...
Barang Anak Asyik Hilang Di Sekolah Ini 7 Cara Didik Anak Jaga Barangan Sendiri

Barang Anak Asyik Hilang Di Sekolah Ini 7 Cara Didik Anak Jaga Barangan Sendiri

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 167 hits
Mak botol air adik hilang Pensel tak jumpa Kalau ini situasi yang ibu dengar hampir setiap minggu anda tidak sendiri Ramai ibu bapa mengalami masalah sama barang anak asyik hilang di sekolah Sikit sikit lesap dari pensel sampai kasut sukan ...
Bila Rayuan Str Masuk Tarikh Cara Mohon Rayuan

Bila Rayuan Str Masuk Tarikh Cara Mohon Rayuan

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 206 hits
Bila Rayuan STR Masuk CARA PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA STATUS KELULUSAN RAYUAN STR 2025 BAGI PEMOHON BERSTATUS TIDAK LAYAK TIDAK LULUS Sumbangan Tunai Rahmah merupakan salah satu bantuan kewangan utama kerajaan Malaysia untuk golongan B40 dan...
Cara Solat Duduk Atas Kerusi Panduan Lengkap

Cara Solat Duduk Atas Kerusi Panduan Lengkap

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 151 hits
Cara Solat Duduk Atas Kerusi Panduan Lengkap Sebagai individu yang beragama Islam solat adalah merupakan satu kewajipan Perintah untuk bersolat adalah suatu fardu ke atas setiap mukalaf Kefarduan solat merangkumi dalam setiap keadaan sama a...
Cuktech Raikan Merdeka 2025 Dengan Inovasi Terkini

United Newcastle Berebut Sesko Harian Metro

Top Commentators Of July Tahniah Blogger Mohamad Taufik

Lirik Lagu Biarkan Wani Kayrie

Malaysia Akan Perkenal Tiga Tindakan Susulan Utama Dalam Mendepani Pascatarif As

Cuktech Rai Kemerdekaan Dengan Peranti Untuk Kemudahan Setiap Hari

Resmi Gabung Persita Hokky Caraka Siap Buka Lembaran Baru Di Liga 1

Emotional Intelligence For Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mudah Memohon Ampun Dari Allah Tapi Bagaimana Dengan Manusia

Custom Kotak Baju Untuk Bisnes Online Murah Cantik Berkualiti

Socmed Marketing For Businesses

Cekak Rambut Merdeka Gaya Patriotik Yang Comel

Lelaki Vs Wanita Siapa Perlu Minta Maaf Terlebih Dahulu

Planning A Move Here S What To Look For In A Trusted Local Removalist