Elak Sakit Sendi Ketahui Persiapan Awal Sebelum Mendaki


Elak Sakit Sendi, Ketahui Persiapan Awal Sebelum Mendaki
Sejak kebelakangan ini, aktiviti mendaki sering menjadi kegemaran ramai tanpa mengira usia. Biasanya, aktiviti ini sering menjadi pilihan sebagai salah aktiviti riadah bersama kawan-kawan, keluarga, pasangan, malah ada yang seorang diri.
Selain dari mengeratkan hubungan persaudaraan dan menikmati keindahan alam semula jadi, aktiviti ini juga merupakan satu bentuk senaman yang bagus untuk fizikal dan mental.
Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga mampu menguatkan otot, melatih fokus dan juga disiplin diri. Namun, bagi sesetengah individu yang mengalami masalah sakit otot dan tulang seperti osteoartritis, aktiviti ini perlu dilakukan dengan berhati-hati.
Tanpa persediaan yang cukup, pendaki mungkin mengalami masalah seperti kejang otot, sakit sendi, kecederaan ringan dan sebagainya.
Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.
Osteoartritis merupakan masalah artiris terlazim didiagnosis di seluruh dunia. Ia berlaku apabila tulang rawan yang berperanan penting dalam melindungi hujung tulang (sendi) menjadi haus.
Walaupun masalah kesihatan ini boleh mempengaruhi mana-mana sendi, tapi ia kerap berlaku pada tangan, lutut, pinggul dan tulang belakang.
Perubahan patologi yang berlaku terhadap sendi tidak boleh pulih kembali, namun simptomnya masih boleh dikawal dengan rawatan yang betul.
Pun begitu, ada individu yang sering menggunakan artritis sebagai alasan untuk menjalani kehidupan tidak aktif.
BACA: Jangan Ambil Ringan, Ini Kesan Kepada Tubuh Badan Jika Kurang Minum Air Hiking bagus untuk penghidap osteoartritis Mungkin ramai pendaki tegar yang kecewa apabila menerima diagnosis osteoartritis.
Namun, jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan lain yang boleh merencatkan keupayaan untuk kekal aktif, anda masih boleh melakukan aktiviti dakian dan dalam masa yang sama menikmati kebaikan kesihatan daripadanya.
Aktiviti hiking sebenarnya baik untuk pesakit artritis memandangkan ia boleh melibatkan lebih banyak pergerakan sendi dan berupaya untuk menguatkan otot yang menyokong struktur sendi.
la juga boleh meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular seseorang di samping menikmati keindahan alam semula jadi.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menghidap masalah osteoartritis, persiapan awal perlu dilakukan sebelum boleh kembali aktif dengan aktiviti dakian.
Pengambilan ubat perlu dibuat seperti biasa dan rujukan kepada doktor amat digalakkan. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya membeli ubat daripada farmasi tanpa pengetahuan doktor yang merawat.
Ini berikutan terdapat ubat yang boleh mempengaruhi tahap keterukan bagi masalah kesihatan tertentu. Perkara ini penting terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah alergi.
Buat penghidap asma pula, anda perlu membawa penyedut ubat asma atau ubatan lain yang disarankan oleh doktor.
Persiapan awal pesakit osteoartritis sebelum mendaki bukit Perancangan awal sangat penting bagi mereka yang ingin melakukan sebarang aktiviti dakian. Anda perlu membuat banyak persiapan sebelum mendaki bukit memandangkan banyak keperluan asas yang perlu dibawa.
Mulakan sesi dakian anda pada awal pagi memandangkan pada waktu tersebut jumlah pendaki lain tidak terlalu ramai. Pakar kebiasaannya akan menyarankan pendakian dibuat pada permukaan yang tidak terlalu cerun.
Kebanyakan kawasan dakian yang sering mendapat kunjungan pendaki mempunyai laluan yang rata dan mudah dilalui oleh mana-mana pengunjung.
Jika anda baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, jangan terlalu ekstrem dan ambil laluan yang cerun. la bukan sahaja tidak bagus untuk masalah sakit sendi anda, malah tahap kesihatan anda secara menyeluruh.
Sekiranya anda sudah pun aktif untuk beberapa tahun dan simptom artritis anda terkawal, anda mungkin boleh mencuba laluan yang lebih mencabar sedikit berdasarkan kepada nasihat doktor anda.
Penting juga bagi anda untuk melalui kawasan yang anda familiar dan elakkan daripada mencuba sebarang jalan shortcut yang tidak diketahui destinasi keluarnya.
Lebih baik lagi jika kawasan tersebut menjadi laluan utama para pendaki lain. Sekiranya terdapat sebarang masalah, urusan untuk meminta pertolongan (sekiranya perlu) akan menjadi lebih mudah.
Kawasan dakian anda perlu mempunyai tanda yang jelas dengan jumlah halangan (seperti batu besar dan kawasan tidak rata) yang minimum.
Mulakan aktiviti dakian anda secara perlahan-lahan dan ambil masa rehat dengan lebih kerap terutamanya jika anda mula berasa sakit sendi.
Dalam setiap keadaan, anda perlu mengetahui tahap kemampuan anda sendiri dan jangan paksa sekiranya anda mula berasa penat atau kesakitan.
Apa yang anda perlu bawa semasa mendaki bukit jika alami masalah sakit sendi? Aktiviti mendaki bukit tidaklah semudah yang disangka. Selain daripada persiapan fizikal, anda juga memerlukan daya tahan mental yang kuat.
Tiada siapa yang berlatih sehari dua sebelum mendaki Gunung Kinabalu. Persiapan boleh memakan masa bertahun-tahun sebelum seseorang itu bersedia untuk menawan puncak gunung.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah jenis kasut yang anda pakai. Kasut yang dilengkapi dengan tapak dengan daya sokongan yang baik boleh memberikan keselesaan sepanjang anda sedang mendaki.
Sebelum mula mendaki, pastikan anda mencuba kasut tersebut terlebih dahulu semasa pergi ke tempat awam bagi mengenal pasti tahap keselesaannya.
Jika sakit, kasut yang anda beli berkemungkinan tidak sesuai dengan aktiviti yang bakal anda lakukan kelak.
Kalau anda merancang untuk membawa beg bagi memuatkan keperluan di dalamnya, pastikan anda memilih beg yang ringan dilengkapi dengan tali pada bahagian pinggang dan pinggul.
la bukan sahaja meringankan beban pikulan, malah memberi keseimbangan kepada beg yang dipikul.
Kelengkapan lain seperti tongkat hiking yang direka khas untuk pendaki juga boleh memberikan kestabilan kepada para pendaki terutamanya jika mereka berada di kawasan cerun.
Jika digunakan dengan betul, penggunaan tongkat tersebut boleh merendahkan tekanan pada bahagian belakang badan, lutut dan kaki.
Bagi pendaki yang mengalami artritis pada lutut dan buku lali, anda boleh menggunakan pendakap lutut atau buku lali.
Konklusi Rumusannya, jika anda mengalami masalah osteoartritis (sakit sendi) dan merancang hendak mendaki bukit, pastikan anda lakukan persiapan di atas.
Rujuk doktor jika ada sebarang persoalan dan kemusykilan. Nasihat yang diberikan boleh berbeza mengikut keadaan klinikal pesakit.
BACA: Perhati 12 Bahan Ini Dalam Syampu, Boleh Legakan Gatal Kulit Kepala Sumber: Hello Doktor
The post Elak Sakit Sendi, Ketahui Persiapan Awal Sebelum Mendaki appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/07/elak-sakit-sendi-ketahui-persiapan-awal-sebelum-mendaki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Last Aktiviti Ladang Dania Sebelum Exam Untuk Semester 4

Last Aktiviti Ladang Dania Sebelum Exam Untuk Semester 4

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 123 hits
Assalamualaikum wrtMujur SA tak EL sebab badan sakit sakit dan tak larat tapak kaki sakit tulang pungung sakit lutut sakit suami pun ajak MC SA malas nak MC sebab malas nak ke klinik insurance dah sampai limit dan balance tinggal untuk jump...
Sebelum Terlambat

Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 125 hits
Sebelum Terlambat JMBELOG Refleksi Jiwa Pernahkah kau bayangkan suatu pagi nanti dunia tidak lagi seperti pagi yang kita kenal Jam enam tapi langit gelap seperti malam yang belum berakhir Burung burung tidak berkicau Angin berhenti di udara...
Lelaki Tinggal Nota Terakhir Sebelum Ditemukan Tidak Sedarkan Diri

Lelaki Tinggal Nota Terakhir Sebelum Ditemukan Tidak Sedarkan Diri

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 128 hits
Buletin TV3KUALA LUMPUR Seorang lelaki tempatan ditemukan bersama nota terakhir dalam sebuah kereta berkunci di Taman Sri Endah di sini hari ini Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata lelaki itu ditemui ole...
Lelaki Tinggalkan Selipar Kereta Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

Lelaki Tinggalkan Selipar Kereta Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 44 hits
Malinda Abdul MalikGEORGE TOWN Pasukan bomba giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke laut dari Jambatan Pulau Pinang arah Perai menghala ke pulau hari ini Penolong Pengarah Bahagian Operasi...
Menutup Aurat Dan Didikan Awal Kepada Anak Perempuan

Menutup Aurat Dan Didikan Awal Kepada Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 144 hits
Menutup aurat bukan sekadar tentang kain atau pakaian tetapi tentang ketaatan dan harga diri seorang wanita Muslim Ia tanda cinta dan perlindungan daripada Allah SWT yang mahu hamba Nya dihormati bukan dipertontonkan Ia adalah lambang ketaa...
E Mas 5 Dan Saga Baru Didedahkan Lebih Awal Di Sidang Kemuncak Asean

E Mas 5 Dan Saga Baru Didedahkan Lebih Awal Di Sidang Kemuncak Asean

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 163 hits
Dalam acara yang agak mengejutkan PM Anwar Ibrahim telah mendedahkan lebih awal 2 model terbaru Proton dari tarikh pelancarannya iaitu model EV e MAS 5 dan Proton Saga Ia didedahkan secara tidak rasmi di laman rasmi FB PM Anwar Ibrahim keti...
Lelaki Ini Sempat Telefon Nenek Sebelum Maut Dipatuk King Cobra

Lelaki Ini Sempat Telefon Nenek Sebelum Maut Dipatuk King Cobra

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 143 hits
KOSMOPekerja penyelamat menangkap ular tedung selar di kediaman mangsa KhaosodBANGKOK Seorang lelaki di Bang Sao Thong wilayah Samut Prakan maut akibat dipatuk ular tedung selar selepas membuat panggilan telefon terakhir kepada neneknya lap...
Dicerai Dua Hari Sebelum Suami Dilantik Pppk Rezeki Imelda Safitri Mencurah Tanpa Diduga

Dicerai Dua Hari Sebelum Suami Dilantik Pppk Rezeki Imelda Safitri Mencurah Tanpa Diduga

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 237 hits
ACEH Rezeki jodoh dan takdir semuanya urusan Allah Siapa sangka ujian yang datang dalam bentuk perpisahan akhirnya membuka pintu rezeki yang tak disangka sangka Itulah kisah Imelda Safitri atau lebih dikenali sebagai Fitri wanita asal Aceh ...
Cara Buat Kuetiau Homemade Mudah Bersih Jimat Confirm Jadi

Nepal Govt Rejects Malaysia S New Labour Requirements

Kim Poong Dari Webtoon Ke Dapur Presiden Korea Dan Netflix

Parents Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess Unable To Travel To Malaysia Rep Appointed To Handle Matters Says Manager

Kenapa Madu Tidak Beku Dalam Peti Sejuk

Bomboloni Si Donut Montel Yang Jadi Kesukaan Ramai

Sarapan Kedua Di Akasia By Keronsang Emas

Ada Saman Tak Boleh Sambung Lesen Tahun Depa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kulit Kaki Gatal Ingatkan Salah Hormon Rupanya

Ambil Darah

Tiada Pengurus Peribadi Rosyam Nor Selesa Kerja Sendiri

Saya Dah Terlambat Ke Tok Abah Luahan Dr Fie Dalam Kongsian Fadzilah Kamsah Undang Sebak

Holiday Gift Guide For Teachers Cute Teacher T Shirts Christmas Shirts Cozy Sweatshirts

Bila Tiba Masa Saya Umum Kata Kj Di Bangunan Umno