Sakit Mata Pun Jadi Perbalahan




oleh Ab Jalil Backer
DI negara ini rakyat suka berbalah kerana terlalu ramai yang mahu bercakap soal politik dan melihat semua hal dari segi politik.
Terbaru yang sangat menarik dilihat ialah bagaimana cuti sakit bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menghadiri perbicaraan selama sehari, pada Khamis dua minggu lalu mendapat kritikan pemimpin parti pemerintah.
Mereka mendakwa Najib menipu mahkamah untuk turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.
Satu laporan Polis dibuat oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) supaya disiasat penipuan sijil cuti sakit Najib daripada sebuah klinik perubatan yang ternama.
Segala kekecohan dan riuh rendah ini dibuat seolah-olah Najib telah lari daripada perbicaraan.
Kita boleh faham sebahagian NGO di negara ini mempunyai kesukaan dan kebolehan membuat pelbagai laporan polis dan kenyataan hanya untuk kepentingan agenda tertentu atau mendapat publisiti murahan.
Namun untuk Peguam Negara (AG), Tommy Thomas, mengarahkan pendakwa meminta mahkamah mengenakan sekatan terhadap Najib hanya boleh berada dalam kawasan Wilayah Persekutuan dan melaporkan diri kepada balai polis yang paling dekat dengan rumahnya setiap hari Sabtu bermula 9 pagi adalah sesuatu yang sangat memalukan.
Menurut pendakwa raya sementara Gopal Sri Ram, pihaknya memohon perkara itu kerana adalah satu keajaiban masalah mata boleh sembuh dengan pantas selepas Khamis dan Najib kemudian boleh berada di Johor.
Permohonan itu adalah sangat tidak rasional dan boleh menimbulkan prasangka dalam kalangan rakyat bahawa AG tidak mampu bersikap profesional dan menjalankan tanggungjawab mengikut lunas undang-undang.
Jika AG melakukan siasatan sebelum membuat sebarang permohonan tentu beliau tahu sakit mata Najib adalah akibat alahan (allergic), bukan kerana conjunctivitis (sejenis sakit mata berjangkit akibat jangkitan kuman).
Apabila seseorang mengalami alahan terhadap habuk, bahan kimia atau makanan ia boleh menyebabkan mata bengkak dan berair. Dengan pengambilan ubat yang betul dan berkualiti ia boleh berkurangan dan sembuh dalam masa beberapa jam sahaja.
Lebih menghairankan Najib mendapat cuti sakit pada hari Khamis, mengapa AG ingin mempersoalkan di mana beliau pada hari Jumaat dan Sabtu sehingga memohon perintah kawasan terhad?
Jika pun Najib keluar berjalan pada hari Khamis ia bukanlah satu kesalahan kerana cuti sakit hanya surat kebenaran tidak menghadiri kerja atau dalam kes ini perbicaraan mahkamah, atas sebab perubatan.
Tidak ada dalam undang-undang menyatakan mereka yang mendapat sijil cuti sakit harus tinggal di rumah atau di hospital.
Jika AG meneliti fakta tentu tidak timbul soal Najib mahu menangguhkan perbicaraan atau melewat-lewatkannya sehingga memerlukan pendakwa raya mengemukakan permohonan yang melucukan dan bersifat draconian.
Ini kerana sepanjang perbicaraan beratus hari membabitkan kes SRC dan 1MDB, hanya beberapa kali sahaja Najib yang sudah berusia 66 tahun memohon penangguhan kerana cuti sakit.
Mujurlah Hakim Collin Lawrence Sequerah mempunyai pertimbangan yang rasional dan menyatakan “mahkamah tidak melihat sebarang keadaan untuk mengenakan sekatan” seperti yang diminta pihak pendakwa raya.
Jika tidak kita mungkin menyaksikan satu lagi sisi gelap sistem kehakiman negara kerana sikap seorang AG yang bertindak secara tidak munasabah dan bertimbang rasa.
Kita faham AG mungkin sedang ditekan oleh ahli politik kerajaan yang mahu kes ini diselesaikan secepat mungkin.
Namun Najib juga berhak mendapat keadilan dan mempunyai tempoh masa yang sewajarnya bagi mengharungi perbicaraan yang panjang dan memenatkan ini.
Walaupun Thommy Thomas dilantik melalui saluran politik atas kepentingan politik parti pemerintah, namun adalah tanggungjawab beliau memastikan setiap orang mendapat layanan dan budi bicara perundangan yang wajar dari pejabat beliau.
Memohon perintah sekatan keluar dari Wilayah Persekutuan dan melapor diri di Balai Polis berdekatan setiap Sabtu adalah satu lakonan ‘black comedy’ yang tragik oleh AG.
Apakah AG kini mahu mengklasifikasikan Mohd Najib sebagai penjenayah ganas seperti kumpulan kongsi gelap dan LTTE?
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/11/sakit-mata-pun-jadi-perbalahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Ke Mahkamah Sakit Mata Ke Tanjung Piai Boleh Pulak

Nak Ke Mahkamah Sakit Mata Ke Tanjung Piai Boleh Pulak

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 372 hits
Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah mengingatkan yang beliau tidak akan toleransi dengan mana mana pihak yang cuba untuk memperdayakan mahkamah Ingatan itu adalah berkaitan kehadiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak p...
Ada Pendarahan Dalam Mata Ni Buah Pinggang Awak Bocor Dah Ni Ingatkan Sakit Mata Biasa Rupanya Berpunca Dari Diebetes

Ada Pendarahan Dalam Mata Ni Buah Pinggang Awak Bocor Dah Ni Ingatkan Sakit Mata Biasa Rupanya Berpunca Dari Diebetes

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 425 hits
Hampir semua makanan tular di media sosial terutamanya makanan manis dan berkarbohidrat tinggi saya akan cuba kerana beranggapan masih muda dan tidak berisiko menghidap penyakit kata Sidah Omar 27 kepada Harian Metro Terdahulu perkongsian S...
Dua Mantan Pegawai Twitter Diadili Di As Karena Jadi Mata Mata Saudi

Dua Mantan Pegawai Twitter Diadili Di As Karena Jadi Mata Mata Saudi

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 178 hits
Pengadilan Seattle Amerika Serikat mendakwa agen Arab Saudi telah mencari informasi pribadi tentang pengguna Twitter termasuk kritik terhadap Kerajaan Arab Saudi
Kaca Mata Huawei Boleh Didapati Bermula 15 November Ini Berharga Rm1599

Kaca Mata Huawei Boleh Didapati Bermula 15 November Ini Berharga Rm1599

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 651 hits
Huawei baru baru ini telah bekerjasama dengan pihak Gentle Monster untuk hadir dengan sebuah penawaran kaca mata pintar Kaca mata ini hadir dengan sokongan fon telinga terbina sekaligus memberikan alternatif kepada pemakaian fon telinga Pad...
Pasangan Mata Wang Aud Dan Nzd Bersedia Untuk Meneruskan Penurunan

Pasangan Mata Wang Aud Dan Nzd Bersedia Untuk Meneruskan Penurunan

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 284 hits
Laporan mengenai kemungkinan penangguhan menandatangani perjanjian perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China telah menyumbang kepada pergerakan mendatar Volatiliti pasaran menurun indeks saham berubah dalam 0 5 kecuali Australia S P ...
Menimang Cahaya Mata Kedua Tak Sama Macam Anak Sulung Bersediakah Anda

Menimang Cahaya Mata Kedua Tak Sama Macam Anak Sulung Bersediakah Anda

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 356 hits
Kami ingin bertanya kepada anda adakah anda mempunyai perancangan atau impian untuk membentuk pasukan bola sepak daripada anak anak anda sahaja Berapakah jumlah pemain yang ingin anda hasilkan Perancangan memiliki ramai anak sememangnya kel...
Alhamdulillah Aysar Dah Mula Buka Mata

Alhamdulillah Aysar Dah Mula Buka Mata

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 162 hits
BAYI tujuh bulan Aysar Nasri Muhammad Nassar yang menghidap penyakit hati kronik atau Biliary Atresia masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi selepas menjalani pembedahan kedua di Max Super Speciality Hospital New Delhi India semalam Bapanya...
Papa Tak Pernah Beritahu Dia Sayang Kami Mengalir Air Mata Si Ayah Garang Nikahkan Puteri Sulung

Papa Tak Pernah Beritahu Dia Sayang Kami Mengalir Air Mata Si Ayah Garang Nikahkan Puteri Sulung

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 317 hits
Kasih ibu membawa ke syurga kasih sayang ayah sepanjang masa Itulah ungkapan yang mengambarkan keakraban seorang anak perempuan dengan ayahnya semasa dalam satu majlis akad nikah baru baru ini Video ijab kabul tersebut meraih lebih daripada...
Pisau Cantuman Khas Pokok Dua Mata

Pisau Cantuman Khas Pokok Dua Mata

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 905 hits
PISAU CANTUMAN KHAS POKOK DUA MATA RM32 Termasuk harga pos seluruh malaysiaBERMINAT TEKAN SAJA LINK WHATSAPP SAYA
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense