Sakit Hati Pak Dia Mau Tinggalkan Saya Youtuber 16k Followers Maut Ditikam Kekasih Sebab Tak Serius Dalam Perhubungan


(Video) 'Sakit hati pak, dia mau tinggalkan saya' - YouTuber 16K followers maut ditikam kekasih sebab tak serius dalam perhubungan



Seorang YouTuber maut ditikam teman wanitanya dalam kejadian yang berlaku di Wisma Topaz, Kecamatan Panakkukang, Kota Makassar, Indonesia pada jam 5 pagi Jumaat lalu, 5 Mac 2021. 


Ari Pratama, 20, yang mempunyai lebih 16,000 followers maut ditikam oleh Aisyah Alfika, 20, menggunakan pisau dapur yang dibawanya dari rumah. 


Ketua Unit Siasatan Jenayah Kecamatan Panakkukang, Iqbal Usman berkata, pihaknya berjaya menahan suspek yang ketika itu mahu melarikan diri melalui tangga. 


Berdasarkan fakta kes, Ari dan Aisyah berkenalan melalui media sosial dan menjalinkan hubungan selama tujuh bulan. Dalam tempoh itu, pasangan berkenaan kerap melakukan hubungan intim seperti suami isteri, setiap kali bertemu. 


Biarpun telah melakukan hubungan intim selama beberapa kali, Aisyah selalu terasa dirinya diabai dan dipermainkan oleh Ari yang membuatkan dia berasa sakit hati yang membawa kepada timbulnya perasaan dendam. 


Lebih menyakitkan, Aisyah mendakwa Ari pernah berjanji mahu mengahwininya. Tetapi janji-janji itu hanya sekadar kata-kata manis di mulut. Dari situ Aisyah mula merancang untuk membunuh Ari, malah menyediakan pisau untuk membunuh lelaki itu. Tetapi perancangannya selalu menemui kegagalan. 


Sehingga pada hari kejadian, Ari menghubungi Aisyah dan mengajaknya berjumpa. Aisyah meminta izin dari bapanya untuk keluar rumah dengan alasan mahu membeli sesuatu di pasar raya. Setelah bertemu, Ari dan Aisyah mendaftar masuk ke sebuah tempat penginapan. 


Seterusnya pasangan itu pergi ke bilik bernombor 214 di tingkat dua bangunan berkenaan. Ketika Ari sedang tidur, Aisyah mengambil kesempatan itu untuk menikam dadanya menggunakan pisau membuatkan Ari terbangun. 


Jam 5 pagi, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Ari yang tidak berpakaian tiba-tiba keluar dari bilik itu sambil memegang bahagian dadanya berlumuran darah dan terus berjalan perlahan ke kaunter di tingkat satu. Seketika kemudian, suspek juga dilihat keluar dari bilik yang sama dan masuk ke bilik bersebelahan untuk bersembunyi.




Ari memaklumkan kepada kakitangan di kaunter mengenai apa yang berlaku dan meminta bantuan daripada mereka sebelum berjalan keluar daripada bangunan itu yang akhirnya terjatuh tidak sedarkan diri serta disahkan meninggal dunia. 


Polis tiba di tempat kejadian tidak beberapa lama kemudian dan berjaya menahan Aisyah yang ketika itu mahu melarikan diri melalui tangga. Polis turut merampas sebilah pisau yang digunakan Aisyah dalam kes pembunuhan terancang itu.


Ketika disoal siasat, Aisyah mengakui dia menikam Ari kerana dendam yang berpunca dari sikap Ari tidak serius dalam perhubungan mereka.


Bedah siasat juga menemui beberapa kesan luka tikaman di bahagian dada yang dipercayai menjadi punca kematiannya.


"Sakit hati pak, dia mau meninggalkan saya," kata Aisyah. 


Kes masih dalam siasatan polis. - Agensi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2021/03/video-sakit-hati-pak-dia-mau-tinggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Youtuber Maut Ditikam Kekasih

Youtuber Maut Ditikam Kekasih

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 509 hits
Seorang YouTuber maut ditikam teman wanitanya dalam kejadian yang berlaku di Wisma Topaz Kecamatan Panakkukang Kota Makassar Indonesia pada jam 5 pagi Jumaat lalu 5 Mac 2021 Ari Pratama 20 yang mempunyai lebih 16 000 followers maut ditikam ...
Pdf Lynas Berhati Hati Tuduhan Liar Jangan Terpedaya Momokan Radiasi Maut Untuk Undi

Pdf Lynas Berhati Hati Tuduhan Liar Jangan Terpedaya Momokan Radiasi Maut Untuk Undi

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 239 hits
KUANTAN Semua pihak dinasihatkan supaya berhati hati dengan tuduhan liar terhadap syarikat Gading Sengara Sdn Bhd dalam isu kemudahan Pelupusan Kekal bagi sisa penulenan air larut lesap daripada kilang nadir bumi Lynas Advanced Materials Pl...
Maut Akibat Ditoreh Pisau Ditikam Dengan Botol Arak

Maut Akibat Ditoreh Pisau Ditikam Dengan Botol Arak

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 338 hits
Kuala Lumpur Dendam lama dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan individu di Jalan Telawi 3 Bangsar di sini yang meragut nyawa seorang lelaki awal pagi tadi Malah kejadian kira kira jam 1 pagi itu turut menyebabkan seorang lagi lelak...
Lelaki 78 Tahun Maut Ditikam Dalam Pergaduhan Di Inap Desa

Lelaki 78 Tahun Maut Ditikam Dalam Pergaduhan Di Inap Desa

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 390 hits
JOHOR BAHRU Seorang lelaki warga emas ditemui maut dipercayai ditikam dalam pergaduhan di sebuah inap desa di Jalan Pinang Taman Kota dekat Kulai petang semalam Ketua Polis Daerah Kulai Tok Beng Yeow berkata pihaknya menerima laporan pada 3...
Bergayut Di Dahan Yang Rapuh Hati Yang Sakit Maih Belum Sembuh

Bergayut Di Dahan Yang Rapuh Hati Yang Sakit Maih Belum Sembuh

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 295 hits
Setelah tertekan diasak kerana membuat kenyataan tak berasas terhadap mantan menteri agama kini sang mufti buat helah bela diri lagi Tulis beliau saya menghantar mesej peribadi kepada beliau mencadangkan beliau bertemu DZN sendiri Jawapan b...
Hiburan Rasa Macam Tinggal Berhari Hari Nur Fazura Berat Hati Tinggalkan Anak Di Rumah Walaupun Hanya Sekejap

Hiburan Rasa Macam Tinggal Berhari Hari Nur Fazura Berat Hati Tinggalkan Anak Di Rumah Walaupun Hanya Sekejap

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 490 hits
Pelakon dan juga penyanyi yang baru sahaja bergelar ibu Nur Fazura berkata dia berasa berat hati apabila terpaksa meninggalkan anaknya meskipun untuk sementara waktu Sumber Instagram Nur Fazura Menurut pelakon cantik ini lagi meskipun dia s...
Video Berpuluh Tahun Tidak Pernah Potong Rambut Kuku Lihat Youtuber Indonesia Ini Lakukan Pada Gelandangan

Video Berpuluh Tahun Tidak Pernah Potong Rambut Kuku Lihat Youtuber Indonesia Ini Lakukan Pada Gelandangan

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 262 hits
Di YouTube seorang youtuber Indonesia iaitu berkongsikan video menemui seorang wanita yang dipercayai gelandangan di daerah Jawa Timur Indonesia Youtuber ini dengan kerjasama Yayasan Al Fajar telah mendekati seorang warga emas yang dipercay...
Hampir Sejuta Followers Tiktok Gadis Siam Tiba Tiba Lesap 2 Kali Gugur Air Mata Si Jelita

Hampir Sejuta Followers Tiktok Gadis Siam Tiba Tiba Lesap 2 Kali Gugur Air Mata Si Jelita

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 633 hits
Hampir sejuta followers TikTok gadis Siam tiba tiba lesap 2 kali gugur air mata si jelita status calon SPM ini buat ramai keliruSabtu 27 Februari 2021 12 00 PMOleh MOHD IZZAT MOHD KHALIZANMula aktif berkongsi video sejak tahun lalu Niena me...
Alhamdulilah Blog Cik Ash Dah Cecah 1k Followers

Alhamdulilah Blog Cik Ash Dah Cecah 1k Followers

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 328 hits
Alhamdulilah Blog Cik Ash Dah Cecah 1K Followers Alhamdulilah akhirnya followe blog Cik Ash dah cecah 1K lama sungguh tu berblog dari tahun 2010 tahun ke 2021 baru capai 1K hahaha Mesti ada yang cakap setakat follower 1K pun nak kongsi deka...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya