Pdf Lynas Berhati Hati Tuduhan Liar Jangan Terpedaya Momokan Radiasi Maut Untuk Undi


KUANTAN - Semua pihak dinasihatkan supaya berhati-hati dengan 'tuduhan liar' terhadap syarikat Gading Sengara Sdn Bhd (GSSB), dalam isu kemudahan Pelupusan Kekal (Permanent Disposal Facility, PDF) bagi sisa penulenan air larut lesap (WLP) daripada kilang nadir bumi  Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Bukit Ketam dekat sini
Isu itu panas itu timbul susulan pendedahan portal Malaysiakini yang melaporkan GSSB ada hubung kait dengan kerabat istana Pahang baru-baru ini.
Demikian ditegaskan oleh bekas aktivis anti Lynas, Mohd Shukri Mohd Ramli pada satu kenyataan di blog peribadi  beliau hari ini.
Beliau turut hairan, kerana isu ini akan panas setiap kali menjelang pilihanraya. Pada ketika ini beliau melihat, muncullah semula para aktivis Lynas untuk bersuara seperti Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan) dan Wong Tuck (Ahli Parlimen Bentong).
Masa inilah mereka akan kembali membakar sentimen ketakutan dikalangan rakyat terhadap impak radiasi Lynas. Malah terbaharu,  mereka turut menyerang PDF Lynas termasuk  GSSB. 
"Mereka sendiri tahu Lynas Malaysia telah melantik GSSB sebagai kontraktor bagi menguruskan kesemua projek PDF termasuk rekaan, pembinaan dan operasinya di Bukit Ketam.
"GSSB ialah ahli Kumpulan Syarikat Gading yang mana perniagaannya termasuk aeroangkasa, pertahanan, maritim, pembangunan, pembinaan, komoditi tenaga, dagangan, minyak dan gas.
"GSSB juga merupakan pemegang konsesi yang dilantik oleh kerajaan dengan lesen untuk pelupusan sisa industri bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia," dakwa Shukri.
Beliau turut melihat, tiada isu besar yang perlu dibangkit oleh kedua-dua peminpin pembangkang itu sebenarnya.
Fuziah misalnya, pada satu kenyataan sebelum ini kecewa dengan keputusan kerajaan Pahang yang bersetuju dengan tapak  kemudahan Pelupusan Kekal (Permanent Disposal Facility, PDF) di Bukit Ketam, sempadan antara Pahang dan Terengganu. 
Fuziah mendakwa lokasi PDF itu boleh mencemar bekalan air kepada penduduk Kuantan. Beliau turut berkata penilaian kesan alam sekitar yang terperinci masih belum dijalankan.
Sedangkan pakar-pakar luaran mengesahkan tapak di Bukit Ketam bukan dalam kawasan tadahan. Malah dakwanya, kajian pakar menunjukkan PDF boleh dibina dengan memastikan tiada laluan untuk bahan mencapai bekalan air. 
Kenyataan yang tidak benar dan tuduhan yang mengapi-apikan oleh mereka kelihatan seperti berniat untuk mengelirukan rakyat.
"Kerajaan Pahang sendiri sudah membuat kajian yang cermat sebelum mengizinkan PDF untuk sisa pembersihan pelunturan air (WLP) Lynas dibina di Bukit Ketam," katanya.
"Saya difahamkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendakwa tiada sebarang kawasan tanah air dan anak sungai dikesan di Bukit Ketam. 
"Pemeriksaan telah dilakukan di kawasan itu oleh beberapa exco kerajaan Pahang sudah dua kali membuat lawatan ke tapal pada tahun lalu, jelas tidak menemui kawasan tadahan air dan anak sungai seperti yang didakwa," kata Shukri.
Justeru, apa yang ditimbulkan sengaja untuk menakut-nakutkan rakyat agar membenci kerajaan. Dalam masa yang sama memberi peluang untuk meraih sokongan pada PRU-15 tidak lama lagi.
Selepas isu tadahan hujan senyap, kini mereka kaitkan pula kerabat raja dibelakang GSSB dan seorang pemimpin UMNO bahagian.  Nama institusi raja Pahang cuba diburukkan agar rakyat membencinya. Walhal dalam perniagaan sesiapa pun berhak, jika mereka ada kepakaran dan keupayaan untuk melakukannya. 
Namun, bagi tidak mahu membuatkan mereka terus kecewa dan menyerang, kedua-dua pihak terbabit telah menarik diri dan melepaskan kepentingan saham mereka dalam syarikat terbabit baru-baru ini. 
"Apa pun, pasti akan ada lagi alasan lain yang direka cipta untuk memastikan rakyat marhaen termakan dengan provokasi mereka kali ini. Sebelum ini mereka mainkan sentimen aliran anak sungai menjadi sumber bekalan air berdekatan dengan lokasi PDF. Ia dinafikan oleh Kerajaan Negeri Pahang di sidang DUN Pahang. Kini kontraktor terbabit pula pasti akan diserang bertalu-talu bagi memastikan perjuangan mereka berjaya. Apa yang pasti, isu  ini hangat kembali menjelang pilihanraya umum ke-15 tidak lama lagi gamaknya," dakwa Shukri lagi. 
Walhal masa jadi kerajaan, mereka tidak berani untuk bersuara lantang.
"Mulalah dedahkan syarikat kontraktor ada kaitan dengan kerabat dan bagai-bagai lagi. Mula mainkan sentimen takut-takutkan rakyat Kuantan konon di Bukit Ketam ada aliran sungai yang akan bahayakan sumber air warga Kuantan. Sama macam dulu juga, diawal perjuangan Lynas pada 2010. 
Menurut Shukri lagi, sentimen persepsi, provokasi dan juga spekulasi menakutkan rakyat mula dimainkan.  Bila rakyat takut, mudahlah pancing undi untuk menang pilihanraya.
"Inilah yang berlaku pada sesetangah orang-orang tua kita dulu. Gemar takutkan anak-anak dengan" gelap ada hantu" dan "kubur ada hantu". Hingga anak-anak jadi takut sampai besar. Sampai nak pegi kubur pun takut sebab terbayang ada hantu. Bergelap jer sikit, takut sebab ada hantu. Akhirnya kita jadi hidup dalam ketakutan pada bayang-bayang sendiri sejak dulu, kini dan selama-lamanya.
"Samalah dalam isu nadir bumi Lynas, radiasi dan lain-lain lagi. Rakyat ditakut-takutkan oleh mereka yang mencari kepentingan untuk raih sokonga," tambah beliau. 
Beliau turut mendakwa dia  tidak berpihak kepada sesiapa, namun sebagai aktivis bebas beliau berharap hentikanlah perbuatan menakut-nakutkan rakyat ini.
"Sampai bila mahu terus bersikap begini? Saya ingatkan bila PH menang dan Fuziah sendiri berada dalam kabinet, lesen operasi Lynas akan dibatalkan kerana faktor radiasi. Namun apa yang berlaku, kerajaan PH sendiri menyokong projek Lynas diteruskan kerana faktor pelaburan dan ekonomi negara. Maknanya bila jadi kerajana boleh pula tidak takut radiasi, tapi bila jadi pembangkang maka barulah isu radiasi dimomok-momokkan kepada rakyat. Apakah rakyat boleh percaya lagi kepada mereka ini?.," tambah Shukri lagi. 
Pada masa ini, pasti ramai pakar yang akan mengeluarkan berbagai hujjah mereka untuk menghalang projek ini. Pandangan dan maklum balas orang awam mengenai laporan EIA projek itu, dilaporkan berlangsung dari 27 Jan hingga 28 Februari 2021. Namun yang terkini ia telah dilanjutkan sehingga 19 Mac.
"Kita mahu memandang ke hadapan dan melihat masa depan. Saya pun dah jemu dengan mainan persepsi yang buatkan kita tidur tak lena gara-gara takutkan radiasi kilang Lynas di Gebeng dulu. Namun sehingga kini kita masih mampu hidup menghidu udara segar di atas muka bumi Allah ini. Justeru usah terus memomokkan rakyat dengan sesuatu benda yang terkadang bercakap atas dasar politik dan emosi. Ubahlah demi masa depan, " katanya lagi. #PDO
Baca kenyataan penuh Shukri di https://cucumatkilau.blogspot.com/2021/02/pdf-lynas-usahlah-terus-mainkan-rakyat.html?m=0.


http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/02/pdf-lynas-berhati-hati-tuduhan-liar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berhati Hati Kata Skmm Ketika Semakin Ramai Wanita Guna Media Sosial Cari Sugar Daddy

Berhati Hati Kata Skmm Ketika Semakin Ramai Wanita Guna Media Sosial Cari Sugar Daddy

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 204 hits
Pengguna terdedah kepada risiko jenayah siber sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri SKMM akan terus memantau dan menyiasat bersama polis aplikasi Sugarbook Gambar Pexels Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedi...
Skmm Berhati Hati Ketika Melayari Laman Cari Teman

Skmm Berhati Hati Ketika Melayari Laman Cari Teman

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 200 hits
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia kini mengeluarkan peringatan kepada pengguna supaya berhati hati dan berwaspada ketika melayari laman cari teman Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan fungsi cari teman atau percintaan...
Sama Seperti Buat Tatu Sulam Bedak Tak Sah Bawa Solat Safiey Ilias Minta Wanita Muslimah Berhati Hati

Sama Seperti Buat Tatu Sulam Bedak Tak Sah Bawa Solat Safiey Ilias Minta Wanita Muslimah Berhati Hati

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 303 hits
Usahawan kosmetik penuh kontroversi Safiey Ilias membuat satu pendedahan di mana dia menjelaskan bahawa sulam bedak sebenarnya tidak mesra wuduk untuk wanita muslimah mengerjakan solat Sumber Instagram Safiey Ilias nbsp Menurutnya lagi p
Berhati Hati Dengan Yang Tidak Terlihat

Berhati Hati Dengan Yang Tidak Terlihat

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 251 hits
Assalammualaikum wbtBERHATI HATI DENGAN YANG TIDAK TERLIHATSetiap hari kita mandi setiap hari tubuh kita tetap ada dakinya Begitu juga dengan udara disekeliling kita Udara yang kita rasai tapi tidak terlihat dek kasarnya pandangan mata mewa...
Jangan Curi Hati Saya

Jangan Curi Hati Saya

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 338 hits
Fendi and Dr Sharmilla on set JanganCuriHatiSaya
Akaun Rahsia Umno Bersatu Parti Lain Jangan Keluar Kenyataan Tuduhan Annuar Musa

Akaun Rahsia Umno Bersatu Parti Lain Jangan Keluar Kenyataan Tuduhan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 342 hits
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan bahawa UMNO pernah membuat keputusan membuka akaun bank rahsia Menurut beliau sepanjang lebih 20 tahun beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu tiada keputu...
Jangan Terpedaya Kumpulan Dakwa Mereka Antivaksin Sultan Selangor

Jangan Terpedaya Kumpulan Dakwa Mereka Antivaksin Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 203 hits
Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris ShahSHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan seluruh rakyat agar tidak terpedaya dengan kumpulan kumpulan tertentu yang mendakwa diri mereka sebaga...
Perlupusan Sisa Radioaktif Lynas Jangan Lakukan Konsultasi Tapak Masih Belum Ditukar Status

Perlupusan Sisa Radioaktif Lynas Jangan Lakukan Konsultasi Tapak Masih Belum Ditukar Status

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 157 hits
POSTED BY AMIR WRLRProses Konsultasi Awam berkaitan Kajian Impak Alam Sekitar ke atas Tapak Pelupusan Kekal Sisa Buangan Radioaktif Lynas sepatutnya tidak boleh diteruskan memandangkan kawasan yang dicadangkan belum ditukar status dan masih...
Bagi Pan Tuduhan Gar Itb Melukai Hati Tokoh Bangsa

Bagi Pan Tuduhan Gar Itb Melukai Hati Tokoh Bangsa

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 173 hits
Partai Amanat Nasional menyayangkan tuduhan Gerakan Anti Radikalisme Alumni ITB terhadap mantan Ketua Umum PP Muhammadiyah Din Syamsuddin yang disebut sebagai seorang yang radikal Apalagi makna radikal itu sendiri sebetulnya belum dipahami ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord