Sakit Gigi Bahaya Untuk Jantung Berlubang


Hari ini (ketika kiriman ini mula ditaip) temujanji Aina bersama Paediatric Cardiologist di Hospital Serdang. Temujanji ini untuk menggantikan temujanji bulan Disember 2018.
Letak Kereta di MAEPS Serdang guna Touch 'n GoMaster Berebut Belon dengan BudakBeri Aina Ubat TidurLubang Atas Sudah TertutupJangkitan Kuman pada Gigi Boleh Beri Kesan Buruk pada Jantung BerlubangSinggah di Wisma Sumber AsliSinggah di Areeya SeafoodMesyuarat CombiParas Gula dalam Darah Mummy NaikLetak Kereta di MAEPS Serdang guna Touch 'n GoMaster menurunkan Mummy dan Aina di lobi utama Hospital Serdang sebelum meletakkan kereta di MAEPS menggunakan kad Touch n Go. Bas shuttle dari MAEPS ke Hospital Serdang disediakan. Bayaran yang dikenakan kepada kami ialah RM8 (lapan Ringgit Malaysia) untuk tempoh lebih kurang 6 jam.
Kawan Master kata caj RM 8 adalah kadar maksimum bayaran letak kereta di sana.
Master lebih rela bayar letak kereta berbanding meletakkan kereta di tepi jalan kerana peratus kecurian kereta adalah lebih kurang kerana pencuri perlu masuk ke dalam tempat letak kereta dahulu, kemudian nak keluar kena bayar parking menggunakan kad Touch n Go, yang bermaksud mereka perlu masuk ke dalam tempat letak kereta tersebut menggunakan kereta dan sentuhkan kad Touch n Go, agak rumit, takkan mereka nak tinggalkan kereta mereka pula sebab nak keluar nak kena sentuh kad Touch n Go lagi. Tapi kerumitan ini hanya akan terjadi jika anda tak tinggalkan kad Touch n Go dalam kereta. Tapi stereng tetap kena kuncilah ya supaya tahap kerumitan tu semakin bertambah.
Bas shuttle agak cepat tapi Tedi tak pasti apakah jadualnya? Nampaknya van shuttle yang kami naiki tadi bergerak setelah penuh, dan ia  van shuttle itu agak cepat penuh. Van shuttle tersebut boleh memuatkan lebih kurang 11 penumpang.
Master Berebut Belon dengan BudakGambar budak perempuan bernama Nor Aina berlagak jadi gimnas negara Malaysia nak bergayut di gelungsur. Mulut je juih lebih, naiknya tak juga.
# Wednesday, 24 April 2019, 10:50 # 20190424 # IMG_20190424_105100 # Xiaomi Redmi Note 5A # Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor #Sepanjang pagi Aina bermain di taman permainan di Klinik Paediatrik tersebut. Master bawa sebiji belon untuk ditiup untuk dijadikan mainan Aina apabila tiba-tiba sahaja ada seorang budak lelaki cuba merampas belon tersebut. Berebut jugalah Master dengan budak lelaki itu sambil menanti bantuan daripada ibu bapanya. Master nak saja lepaskan belon tersebut kepada budak lelaki itu tetapi kalau Aina bertempik rasanya tidak ada seorang kanak-kanak pun yang jeritannya selantang Aina di situ.
Akhirnya Master menerima persetujuan Aina untuk memberi belon tersebut kepada budak lelaki tersebut, di mana Aina sendiri yang menghulurkannya, tetapi kedua ibu bapa budak lelaki tersebut seolah tidak mendengarnya. Mungkin sahaja mereka tak mahu menerimanya kerana tidak mahu Aina bersedih atau mungkin sahaja mereka tak mahu urusan keluarga mereka dicampuri. Contohnya macam anak menangis minta gula-gula, kita tak nak beri dan anak kita menangis, tiba-tiba ada orang lain pula bagi gula-gula tu, kita mungkin agak marah atau kecewa.
Beri Aina Ubat TidurDoktor tanya adakah perlu beri ubat tidur kepada Aina sebelum pemeriksaan jantung dijalankan. Pemeriksaan jantung ini menggunakan alat seperti ultrasound, memerlukan kerjasama kanak-kanak tersebut untuk baring dengan tenang semasa pemeriksaan dijalankan.
Master memutuskan Aina perlu diberi ubat tidur kerana kanak-kanak perempuan itu sedang melasak. Tambahan Aina memang mengantuk pun,  cuma ditahannya kantukan itu. Keputusan itu tampak agak tepat kerana Master kali ini dapat tumpukan perhatian pada skrin pengimbas jantung Aina tu berbanding melayan kerenah Aina.
Lubang Atas Sudah TertutupHari ini doktor yang memeriksa Aina menyatakan bahawa lubang pada injap atas jantung Aina sudah tertutup sama sekali, membuatkan kami garu kepala kerana setahu kami hanya ada lubang pada injap bawah jantung Aina. Lubang pada injap bawah jantung Aina masih sama sahaja tidak mengecil atau membesar. Doktor kata tiada masalah, boleh dilayan seperti kanak-kanak yang tiada masalah jantung.
Sebelum umur Aina 5 tahun, ada kemungkinan untuk lubang pada jantungnya tertutup.
Tetapi lubang yang kecil itu membuatkan tekanan darah tinggi memecut melaluinya dan boleh merosakkan injap jantung yang lain. Pemeriksaan susulan perlu dilakukan setahun sekali untuk memastikan tiada masalah pada injap jantung yang lain.
Jangkitan Kuman pada Gigi Boleh Beri Kesan Buruk pada Jantung BerlubangSelain itu doktor juga menyatakan bahawa pesakit jantung berlubang perlu dijaga kesihatan gigi mereka, jadi Aina perlu berus gigi dua kali sehari, selain itu tidak dibenarkan diberi minum susu semasa tidur, hanya air masak sahaja, dan sebelum tidur gigi Aina perlu dibersihkan.
Ini adalah kerana apabila berlaku jangkitan kuman pada gigi kanak-kanak penghidap sakit jantung berlubang, kuman akan masuk ke dalam darah dan mungkin akan duduk dalam lubang di jantung tersebut. Tedi tidak pasti kenapa hanya penghidap masalah jantung berlubang sahaja mempunyai masalah ini? Atau mungkinkah peratusnya lebih tinggi kepada penghidap sakit jantung berlubang?
Nasihat doktor ni terasa macam sindiran setepek kena atas batang hidung sebab Aina memang susah nak gosok gigi, kalau Master paksa pun akan digigitnya, sekaligus membuatkan Master terfikir apakah taktik untuk berus gigi budak 2 tahun?
Temujanji seterusnya ditetapkan pada 29 April 2020 jam 9 pagi.
Singgah di Wisma Sumber AsliSelesai urusan di Hospital Serdang, kami singgah di Wisma Sumber Asli untuk ambil buah naga daripada kawan Mummy.
Singgah di Areeya SeafoodKami singgah di Areeya Seafood untuk bungkus Siakap Kengsom. Harganya RM 29 (dua puluh sembilan Ringgit Malaysia) termasuk harga Nescafe suam.
Master juga minta sedikit daun mongga yang ada di hadapan kedai makan Areeya Seafood tersebut, kalau tak silap eja. Daun ini selalunya dimasukkan dalam masakan telur dadar.
Mesyuarat CombiPada jam 9 malam Master pergi menghadiri mesyuarat Combi bersama para penduduk taman kami.
Paras Gula dalam Darah Mummy NaikParas gula Mummy naik 8 malam ini, suspek utamanya adalah lauk Siakap Kengsom tadi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://interpretzz.blogspot.com/2019/04/sakit-gigi-bahaya-untuk-jantung.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Diuji Anak Jantung Berlubang Pendarahan Otak Ika Reda Nia Kini Anak Istimewa

Ibu Diuji Anak Jantung Berlubang Pendarahan Otak Ika Reda Nia Kini Anak Istimewa

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 476 hits
Demi anak apa juga dugaan ibu ayah rela berkorban Apa yang diceritakan ibu ini amat menyentuh hati betapa tabahnya menempuhi dugaan anak yang sakit Naqisha Nazrin 4 tahun 3 bulan tidak pernah sakit selama 5 bulan pertamanya Malah jaundis ya...
Elakkan Tabiat Anak Telan Ubat Gigi Masa Berus Gigi Jika Perlu Mama Gosok Lagi Baik

Elakkan Tabiat Anak Telan Ubat Gigi Masa Berus Gigi Jika Perlu Mama Gosok Lagi Baik

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 315 hits
Bagi kanak kanak di bawah umur 2 tahun ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan Bagaimanapun jika nak guna pun hanya meletak satu lapisan yang sangat nipis pada permukaan berus gigi atau sebesar saiz sebutir beras Berikut 5 tip menggunakan u...
Nampak Kejam Paksa Anak Berus Gigi Teknik Ni Tapi Lagi Kejam Kalau Tak Berus Gigi Anak

Nampak Kejam Paksa Anak Berus Gigi Teknik Ni Tapi Lagi Kejam Kalau Tak Berus Gigi Anak

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 524 hits
Doktor saya tak berus gigi anak saya sebab dia mengamuk ngamuk tiap kali nak berus gigi Ibu Bapa semua jika anak menangis mengamuk tak nak berus gigi kita tak boleh putus asa dan terus tak berus gigi mereka Anak kecil dalam proses belajar j...
Mengoleskan Pasta Gigi Dan Mentega Pada Luka Bakar Justru Bisa Buat Luka Tambah Parah

Mengoleskan Pasta Gigi Dan Mentega Pada Luka Bakar Justru Bisa Buat Luka Tambah Parah

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 281 hits
Walau banyak digunakan rupanya cara yang jamak dipraktikkan ini sesungguhnya keliru dan membahayakan Dokter umum dan Kepala Unit Emergency RS Pondok Indah Felix Samuel menekankan cara tersebut justru makin memperparah luka bakar
Bakteria Yang Menyerang Gigi Akan Merebak Pada Janin Anda Jaga Kebersihan Gigi Ketika Hamil

Bakteria Yang Menyerang Gigi Akan Merebak Pada Janin Anda Jaga Kebersihan Gigi Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 392 hits
Semasa hamil setiap tubuh anda memerlukan penjagaan yang rapi kerana hormon kehamilan akan membuatkan anda melalui banyak perubahan Tidak terkecuali gigi Ibu hamil sering terlepas pandang akan penjagaan mulut mereka terutamanya gigi dan gus...
Pengalaman Cabut Gigi Geraham

Pengalaman Cabut Gigi Geraham

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 1216 hits
Assalamualaikum Berpisah juga akhirnya setelah 32 tahun selamat tinggal Geraham Akhirnya penderitaan menyimpan gigi geraham yang senget itu berakhir semalam Ahaks Walaupun gigi itu tak menyebabkan kesakitan berdenyut denyut tetapi terpaksa ...
18 Batang Gigi Terpaksa Dicabut Gara Gara Kerap Tidur Dengan Botol Susu Masih Di Mulut

18 Batang Gigi Terpaksa Dicabut Gara Gara Kerap Tidur Dengan Botol Susu Masih Di Mulut

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 389 hits
18 batang gigi seorang kanak kanak lelaki berusia empat tahun terpaksa dicabut daripada 20 batang giginya pada 9 April lalu disebabkan kerap tertidur dengan botol susu masih di mulut BACA Sathian Ken Suravisankul doktor pergigian di Klinik ...
Viral 18 Batang Gigi Susu Tinggal Tunggul Dicabut Anak Boleh Hadapi Masalah Bertutur Nutrisi

Viral 18 Batang Gigi Susu Tinggal Tunggul Dicabut Anak Boleh Hadapi Masalah Bertutur Nutrisi

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 438 hits
Mungkin ramai pandang ringan pada gigi susu Jangan begitu ibu ayah gigi susu juga sangat penting untuk si kecil pada tahun tahun awal kehidupannya Menurut perkongsian Dr di Twitter atas reaksi beliau kepada kes kanak kanak 4 tahun yang terp...
Ini Hal Yang Harus Kamu Perhatikan Ketika Memutihkan Gigi Dengan Bahan Alami

Ini Hal Yang Harus Kamu Perhatikan Ketika Memutihkan Gigi Dengan Bahan Alami

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 254 hits
Menurut drg Andy Wirahadikusumah Sp Pros Prosthodontist memutihkan gigi dengan bahan alami hasilnya tidak akan signifikan Beberapa bahan alami pemutih gigi malah tidak disarankannya karena bisa merusak email gigi
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran