Sajian Egg Stra Ong Lagi Power Di Marrybrown Sempena Cny
Sajian Egg-stra Ong di Marrybrown kini kembali! Sempena perayaan Tahun Baru Cina (CNY), sekali lagi Marrybrown menampilkan menu kegemaran ramai iaitu Egg-stra Ong Lagi Power yang pastinya akan memberi Egg-stra bahagia untuk seisi keluarga. Nak tahu apa yang special untuk menu Egg-stra Ong Lagi Power kali ni? Jom, check it out
Seperti tahun sebelum ni, Salted Egg Sauce (sos telur masin) Marrybrown adalah antara sos yang paling sedap setakat ini. No wonder, ada orang tertunggu-tunggu menu Egg-stra Ong kembali. Jadi, inilah masanya untuk kita sama-sama limpahkan kegembiraan dan keseronokan kepada orang tersayang dengan hidangan 'Egg-stra Ong, Lagi Power' sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal diraikan tidak lama lagi
Ada yang rindu dengan rasa keenakan sajian telur masin Marrybrown? Aku pun sama, rindu gila nak menikmati keenakan sos telur masin Marrybrown. So guys, tak payah risau. Marrybrown mendengar keinginan korang. Untuk perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, 'Egg-stra Ong, Lagi Power' kini kembali dengan limpahan sos telur masin yang menyelerakan lagi ‘power’. Korang boleh dapatkan dari outlet Marrybrown berdekatan bermula sekarang sehingga 28 Februari 2022. Cepat grab sebelum terlambat
Sinonim dengan slogan 'something different', bermula dari hidangan makanan malah penyediaan perkhidmatan yang sememangnya best, kini Marrybrown kembali lagi dengan menu telur masin mereka yang terkenal! Kali ini lagi power, dengan taburan kepingan cili kering pada roti burger dan egg-stra limpahan sos telur masin. Kombinasi ini sememangnya cukup sempurna dengan rasa pedas dan masin yang pasti akan memberikan ‘kejutan’ tambahan kepada semua yang menikmatinya
Prihatin kepada rakyat Malaysia yang sebelum ini mengalami detik suka dan duka akibat daripada keadaan yang tidak menentu sejak pandemik, malah kita juga tidak dapat meraikan perayaan bersama keluarga dan rakan. Dengan keadaan yang dijangka beransur pulih, kita semua akhirnya dapat bertemu semula dengan orang tersayang. Oleh itu, kami kembalikan hidangan Egg-stra Ong yang kali ini lagi power, khas untuk musim perayaan yang bakal tiba. Kami berharap dengan sajian Egg-stra Ong ini, dapat memberikan egg-stra kegembiraan dan semangat yang lagi power untuk persiapan musim perayaan.Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
Sajian Egg-stra Ong ini dilengkapi dengan rasa manis, masin dan pedas yang menghasilkan kelazatan ‘umami’ pada setiap suapan. Seriously, aku suka dengan padanan sos telur masin Marrybrown dengan ayam goreng dan burger Marrybrown. Sangat serasi dan sepadan. Rasai nikmatnya dalam setiap gigitan. Tak tahu nak order apa? Jangan risau, kat sini aku share menu Egg-stra Ong yang ditawarkan oleh Marrybrown. Kalau korang penggemar sos telur masin, korang boleh try order sama ada dua atau tiga ketul ayam untuk Kombo Ayam Egg-stra Ong. Harganya bermula dari RM17.90 dan RM22.90. Semua kombo ayam disertakan dengan kentang lenyek, salad sayuran dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange.
Sementara itu, kalau korang suka makan burger boleh try order Kombo Burger Ayam Egg-stra Ong. Kombo ini dihidangkan bersama dengan Burger Ayam Egg-stra Ong, kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange. Harganya bermula dari RM14.90.
Untuk penggemar sos telur masin Marrybrown, untuk menambah kelazatan korang boleh menambah sos telur masin tambahan untuk setiap hidangan pada harga bermula dari RM2.50. Personally, aku suka add-on extra sause. Lagi banyak sos telur masin, memang lagi kaw. Egg-stra Ong, Lagi Power! Sumpah, sos telur masin Marrybrown ni sedap. Siap ada rasa cili dan daun kari lagi. Pekat pulak tuh. I love it so much
Bagi korang yang nak menikmati kombinasi rasa burger dan ayam, korang boleh order Egg-stra Ong Big Box yang merangkumi Burger Ayam Egg-stra Ong dan dua ketul Ayam Egg-stra Ong. Hidangan ini dilengkapi dengan kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange. Harga bermula dari RM25.80.
Satu lagi tawaran hebat untuk set besar ialah Egg-stra Ong Family Meal yang dilengkapi dua burger ayam, lapan ketul ayam goreng, satu mangkuk besar kentang lenyek dan 1.5 liter Coca-Cola® Rasa Asli. Harga bermula dari RM80.00. Kalau korang nak makan ramai-ramai dengan family atau kawan-kawan, boleh order Egg-stra Ong Family Meal. Menariknya, set ini cukup berbaloi untuk dijadikan hidangan perkongsian di musim perayaan. Apapun, selamat mencuba
Pelanggan kami sememangnya best kerana mereka sentiasa memberikan sokongan dan inilah yang menjadi visi dan misi kepada kami dalam membangkitkan semangat agar terus menawarkan ‘something different’ terutamanya untuk hidangan Egg-stra Ong ini. Kami yakin dengan idea gabungan egg-stra limpahan sos telur masin dan taburan kepingan cili kering yang terdapat pada roti burger ini pasti akan memberikan kelazatan dan kenikmatan unik yang tidak dapat anda lupakan. Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
Terima kasih Marrybrown kerana telah menyajikan menu-menu yang menarik sepanjang tahun. Tak sangka, sekarang Marrybrown dah ada lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan, dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown dan promosi terkini termasuk perkhidmatan penghantaran (delivery), korang boleh layari laman web atau media sosial Marrybrown
Website:https://marrybrown.com/
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.penaberkala.com/2022/01/sajian-egg-stra-ong-lagi-power-di.html