Makan Di Warung Santan Sambal Sempena Hari Jadi Iman
Assalamualaikum...
ACARA yang ditunggu-tunggu saban tahun, tentunya ketibaan ulangtahun kelahiran setiap ahli dalam keluarga. Selepas Che Li yang lahir pada 2 Januari lepas, Iman pula mengambil giliran. Jika tahun lepas, Sambutan Hari Lahir Iman disambut dalam suasana PKP di Rumah Sendiri, tahun ini Sk memilih untuk meraikannya di restoran sahaja kerana ... (sila isi tempat kosong) hehehe.
Sk memilih Warung Santan dan Sambal sebagai lokasi sambutan hari jadi Iman tahun ini. Jemputan macam biasa la, adik-beradik sendiri aje, tak jemput orang lain pun. Memang dari dulu, Sk lebih selesa macam ni.
Kehadiran si cilik Zulaikha atau kini panggilan manjanya Jeika, memeriahkan suasana dengan Chocolate Bouquet dan belon untuk Kakak Iman atau sebenarnya dalam keluarga dipanggil Yaya. Cuma mak dia jer yang panggil Iman 😍
Terima kasih sudi surprise Chocolate Bouquet dan belon untuk Iman ❤️
Nenek yang mengasuh Iman dari lahir sampai 5 tahun. Lepas tu, Iman dah masuk sekolah, duduk taska transit
Sepupu yang sama-sama membesar di bawah jagaan nenek, Izzat Iskandar.
Sepupu-sepupu yang memeriahkan hari jadi Iman tiap tahun. Ni semua sebelah Sk, sebelah Pak Inche semua jauh-jauh, kan. Tiga lagi sepupu Iman di sebelah Sk tinggal di Melaka dan Bangi. Memang itu jer la koret-koret sepupunya, heheh
Cikwa sanggup balik demi anak sedara yang tersayang. Lepas tu keliru nak makan yang mana satu 😆
Mekaceh Cik Ani jadi PA Sk semalam. Tukang semak check list makanan dan minuman, hehehehe 😆
Makanan dipesan secara individu, biar masing-masing dapat makanan sendiri, hehe.
Antara yang sempat ditangkap gambarnya semalam, Nasi Goreng Pattaya Chicken Chop, Lamb Grill, Roti John, Mac & Cheese Roti John with Chips dan Rainbow Spaghetti. Oh, ya.. Warung Santan dan Sambal ni dah bertukar pemilik ya, bukan lagi Chef Shafiee yang mengendalikannya
Menu lain yang kami pesan tapi tiada dalam gambar, Nasi Ambeng Tauhu Semedang, Nasi Putih Ayam Buttermilk Salted Egg, Nasi Putih Ayam Lemak Cili Api, Nasi Goreng Meatballs, Chicken Chop, Grilled Chicken Chop, Nasi Putih Udang Buttermilk dan Rojak Tauhu Semedang
Terima kasih, Angah yang Iman panggil ibu. Sambil buat ucapan, makan tetap makan ya, Angah! 😜
Lepas makan-makan baru potong kek. Kek tema Kedai Kopi kegemaran Iman ni, Sk tempah dari rakan bakers, Salwa Salehan di Taman Lagenda, Kulai. Gigih memandu ke sana lepas habis kerja semalam
Kek senget selepas menempuh jalan berliku-liku, hahahaha. Ni mujurlah Salwa pesan jangan bawa kereta laju. Sk bukan jenis bawa laju pun, tapi kalau dah lalu highway, takkanlah nak bawa 60 km/j 😆 Jalan menuju ke taman perumahan Sk dahlah bertampal dan berlubang sana sini 😭
Semoga semuanya diberi keafiaatan, kebahagian dan kesejahteraan oleh Allah SWT.. Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnnn
🌹
Warung Santan dan Sambal
Taman Pulai Perdana 2, Kangkar Pulai, Johor(dekat dengan Dominos)
Tel +6012-7769653
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/01/makan-di-warung-santan-sambal-sempena.html