Sajian Bufet Antarabangsa Di Royale Chulan Bukit Bintang Setiap Sabtu Yang Cukup Menyelerakan
Sajian Bufet Antarabangsa di Royale Chulan Bukit Bintang Setiap Sabtu Yang Cukup Menyelerakan | Bukit Bintang memang kawasan yang sangat dikenali oleh pelancong dari luar mahupun dalam negara. Mana taknya, di sini memang antara syurga membeli belah yang tak perlu diperkenalkan lagi untuk sesiapa sahaja. Seharian berjalan dan membeli belah di hari Sabtu, pastinya membuat perut pun berkeroncong, jadi apa kata kita singgah makan malam di Sunflowers Brasserie di tingkat 1, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang untuk mengisi perut yang minta di isi
Chef Raja Kamarulzaman dan Chef HaniffSajian Bufet Antarabangsa Di Royale Chulan Bukit Bintang setiap Sabtu yang cukup menyelerakan ini berharga RM78 untuk seorang dewasa dan RM40 untuk warga emas dan kanak-kanak, bufet antarabangsa ini memang sangat berbaloi dan hanya diadakan pada hari Sabtu bermula jam 7 malam hingga 10 malam sahaja.
Rangkaian hidangan yang disajikan sememangnya menepati cita rasa orang ramai ini termasuklah pelbagai makanan barat, Asian, Melayu dan China ni di masak dan disediakan menggunakan bahan-bahan yang segar. Ini yang ditekankan oleh Ketua Chef, Raja Kamarulzaman semasa memberi penerangan tentang hidangan yang disajikan. Jadi tunggu apa lagi, jom kita ke sini!
sebahagian dari appetizer yang pasti buat pengunjung terliur
Appetizers (cold)Poached Seafood with cocktail sauce, pasta salad, Greed Salad, Tuna Salad, Coleslaw, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Ayam, Kerabu daging, Kerabu Sotong, Thousand Island, Italian Dressing, French Dressing, Caesar Dressing, Salted fish, Saled egg, Ikan Pekasam, Keropok ikan, Keropok Sayur
Do You own SaladNicoise Salad
Soup StationCreamy Wild Mushroom Soup (Western)6 types of bread selection
Stall 1Pasta Corner - Spagetti, Fettucine, Penne (Western), 2 types of sauces
Stall 2Mee Bandung Muar (Malay)
orang Malaysia dengan Nasi Lemak memang tak boleh dipisahkan
Stall 3Nasi Lemak with condiment, Ayam Goreng Berempah, Sambang Sotong, Kacang Panjang Tumis Belacan
Stall 4Teochew Porridge, Assorted Steamed Pau
Stall 5Roasted Lamb Leg, Mint Sauce, Black Pepper Sauce
Sajian Bufet Antarabangsa di Royale Chulan Bukit Bintang Setiap Sabtu Yang Cukup Menyelerakan
Main CourseWhite Rice (Malay), Fried Koay Teow (Asian), Grilled Mini Steak with black pepper sauce (Western), Vegetarian Bean curd with dried chili (Chinese), Roasted Lamb Leg with Puree Green Pepper Sauce (Western), Ginger Chicken (Chinese), Pan Fried Fish with Dill Cream Sauce (Western), Butter Mix Vegetable with raisin (Western)
memang rambang mata dengan pelbagai dessert terutama yang kuih muih Melayu tu..DessertTropical Fresh Fruits (Cold). French Pastries, Assorted Malay Kuih, Black Forest Cake, Assorted Pudding, Fruit Jelly in a Glass, Butter Cake, Chocolate Tart, Assorted Cookies, Bread an Butter Pudding with Vanilla Sauce, Ice Kacang with condiments (Cold), Ice cream with condiments (cold)
Untuk keterangan lanjut atau nak mencuba sajian bufet yang cukup menyelerakan ni, boleh layari atau hubungi no yang tertera dibawah atau terjah je, tapi pasti kan setiap Sabtu ya
Laman sesawang www.royalechulan-bukitbintang.com
Facebook royalechulanbukitbintang
Instagram royalechulanbukitbintang
Alamat17-21, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
No Telefon +603-2147 9898
Telefax +603 22145 9558
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.umifuzy.com/2019/01/sajian-bufet-antarabangsa-di-royale.html