Saji My Memaparkan Senarai Tempat Makan Sedap Best Dan Menarik Di Malaysia
SAJI.MY MEMAPARKAN SENARAI TEMPAT MAKAN
SEDAP, BEST DAN MENARIK DI MALAYSIA
Baru-baru ni TB dan suami ada la plan nak Jalan-Jalan Cari Makan kat satu tempat tu tapi plan kami tu belum jadi lagi.. Cuma TB saja la jenguk-jenguk tempat makan menarik dan murah di lokasi yang kami nak pergi nanti..
Dan terjumpalah satu website.. yang memaparkan tempat makanan sedap, best, menarik di Malaysia ni. Website ni sangat bagus sebab ia diwujudkan untuk berkongsi ilmu dengan golongan pembaca dalam memperolehi tips dan maklumat mengenai tempat makanan terbaik dan wajib dicuba. TB suka sebab selain review yang menarik, ia juga disertakan gambar-gambar menu yang menyelerakan.. Meleleh airliur sambil baca sambil lihat gambar.. adoii..
Haaa.. Website yang berkongsi tentang tempat makan dan menu menarik ni namanya Saji.My . Seperti yang TB nyatakan tadi Di Saji.My ni korang boleh dapati artikel berkualiti tentang tempat makanan mahupun tips, informasi kedai, cadangan dan pelbagai lagi. So, tak susah lah nak mencari tempat makan yang sedap-sedap lepas ni sebab kat website Saji.my ni dah tersenarai lokasi-lokasi tempat makan menarik untuk korang cuba..
Haaa.. Dalam Website tersebut.. Korang boleh nampak koleksi artikel tempat makan menarik yang boleh korang terjah dan cuba. Semuanya pasti membuat korang tersenyum.
Just pilih je lokasi mana yang korang nak tuju.. dan dekat situ ada tertera tempat-tempat makan yang sedap dan murah untuk korang singgah dan cuba ..
Contoh macam dalam gambar atas ni TB pilih Lokasi tempat makan di PERAK , So.. TB klik lah Perak tu kan.. dan automatik kita akan dibawakan ke Perak.. eh.. hahahha.. tak.. maksud TB kita akan terus dibawa ke senarai / list tempat-tempat makan best di Perak (Jangan taktauu.. kampung teman ni yewww!)
Haaa.. dah sampai ke laman ni.. korang akan nampak Tajuk .. PERAK - Berkongsikan tempat makan menarik, sedap, best di Perak. Penuh tempat-tempat makan rahsia... Betuii.. banyak tempat makan rahsia yang TB sendiri baru tau lepas tengok website saji.my ni tau kome weh!
Haa.. Nanti korang akan nampak senarai artikel tempat-tempat makan menarik di Perak yang korang patut cuba..heheheh.. adoi.. Banyak dalam senarai kat Perak tu TB tak pernah try lagi.. huhu.. baru tahuu.. thank you pada saji.my sebab wujudkan website ni.. heheh..
Haa.. selain dari Lokasi tempat makan sedap di Perak ni ada juga disenaraikan list tempat makan menarik, sedap dan murah di semua negeri yang lain.. malah luar negara pun ada tau.. untung sangat kalau korang dah sampai ke website saji.my ni..
Haaa.. dibawah ni lokasi yang boleh korang pilih di website saji.my tu nanti..
Pilih Lokasi
JohorKedahKelantanKuala LumpurMelakaNegeri SembilanPahangPenangPerakPerlisPutrajayaSarawakSelangorTerengganuSabahLuar NegaraOh ya.. selain tu, TB suka juga baca artikel-artikel lain berkenaan info-info kesihatan.. macam artikel kat bawah ni.. TB rasa tertarik nak baca sampai habis.. nak tahu tentang apa.. ?
Imej via hellosehat
7 Nutrisi Makanan Yang Diperlukan oleh Tubuh Setiap Harihttps://saji.my/nutrisi-makanan/
Tentang cara pengambilan makanan yang bernutrisi dalam setiap diet kita.. penting tau untuk kita mengetahui setiap khasiat dalam setiap menu yang kita hadap... hehehehe.. So.. Lepas ni nak makan pun dah kuantiti yang diperlukan ..
Imej via Fousquare
Makanan Barat TERSEDAP, Hanya di Pak Mat Western Cafehttps://saji.my/pak-mat-western-cafe/
Yang ni pulak antara favourite TB .. haha.. ala-ala western gitu.. Memang dalam setahun memang mesti nak makan jugak sekali dua .. atau berkali-kali.. hehehe.. Dan Bila terbaca artikel tentang western food yang boleh didapati di Pak Mat Western Cafe terus terasa nak mencuba pulak.. nyum-nyum.. Korang nak cuba jugak? klik je link atas ni.. baca dan bookmark nak pi tempat ni nanti..
Imej via Foursquare
Masakan Kampung TERBAIK di
Restoran Hassan AyamKampunghttps://saji.my/hassan-ayam-kampung/
Haaa.. satu lagi artikel yang TB suka sangat baca.. haaaaaa,, Masakan Kampungggg.. memang kegemaran TB.. walau pun dah berjinak-jinak dengan western food tapi masakan kampung jugak lah menjadi pilihan hati kuuu... Korang tengoklah dari gambar tu tu pun dah buat kita terliur kan.. haa.. semua ni boleh didapati di Restoran Hassan Ayam Kampung.. nak tahu lebih lanjut.. korang klik je kat link yang TB dah sertakan kat atas tu ye.
Imej via Foursquare
Nikmati Cendol Terlampau SEDAP di Cendol Kampung Hulu!https://saji.my/cendol-kampung-hulu/
Satu lagi menu yang TB rasa tertarik sangat-sangat semasa singgah di website saji.my ni ialah.. review yang mereka tulis tentang Cendol Sedap nii.. adoii.. Please lahhh.. TB dan suami pun peminat cendol jugakkk niii.. huhuhu.. Haaa.. kalau korang nak tahu lebih lanjtu pasal Cendol Kampung hulu ni.. jom baca kat link atas ni.. TB dah tepek siap-siap..
Untuk Info Lebih, Boleh La Follow :
WEBSITE
YOUTUBE
INSTAGRAM
TWITTER
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.tengkubutang.com/2019/06/sajimy-memaparkan-senarai-tempat-makan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SharingMyCeritera+%28Sharing+My+Ceritera%29