Sajat Bertaubatlah Kena Soal Dan Gari Di Dunia Is Nothing Compared To Disoal Dan Gari Di Sana Caprice
Selepas video usahawan kosmetik, Nur Sajat digari tular minggu lalu, akhirnya Sajat semalam telah menjelaskan perkara yang berlaku menurut pihaknya di laman Instagram yang dia aktifkan semula
Dalam video tersebut, Sajat memberitahu yang dia telah disiasat ekoran mengadakan majlis bacaan doa selamat dan yassin bersama anak-anak tahfiz di wismanya di Seksyen 16, Shah Alam
Penjelasan dari Sajat ini telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang bersetuju dengan apa yang berlaku ke atas dirinya tak kurang juga ada yang menyokong usahawan itu
“Kena soal dan gari di dunia is nothing compared to disoal dan gari di akhirat”
Caprice yang sering mengulas tentang berita terkini yang berlaku di negara kita juga tak terlepas dari bercakap tentang isu Sajat ini
Menerusi Instagram peribadinya, Caprice memulakan ulasannya dengan mengatakan nasihatnya ini bukan sahaja untuk Nur Sajat tapi juga untuk semua rakyat Malaysia dan dirinya juga
Tak semestinya kita buat benda baik, bersedekah ke, spend time dengan tahfiz ke, tak semestinya boleh tutup benda jahat yang kita buat.”
Kata Caprice, ada antara kita yang beruntung kerana benda-benda jahat yang kita buat tak boleh dilihat oleh pihak berkuasa mahu pun orang luar namun tambahnya lagi, walaupun kita tak disoal di sini tapi kita pasti akan disoal di sana
Tak cukup dengan itu, Caprice juga berkata selama ini, Sajat sering memprovok sejak dari isu umrah dan memuat naik semua perkara yang dia lakukan dengan memberikan contoh seperti orang merompak bank dan bagitahu orang di media sosial
Katanya, bila berbuat demikian, lambat laun pasti akan kena tangkap tambah lagi kita sebagai orang Islam dan Malaysia juga ada undang-undang syariah
Kena soal dan gari di dunia is nothing compared to kena soal dan kena gari di akhirat. Bertaubatlah.”
Sumber: capriceofficial
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kelimerah.com/2021/01/sajat-bertaubatlah-kena-soal-dan-gari.html