Saiz Maksimum Muat Naik Fail Di Wordpress
WordPress mempunyai begitu banyak tema dan plugin yang membolehkan anda membina apa-apa jenis laman web. Dari e-dagang ke blog yang mudah, WordPress mempunyai segala-galanya untuk semua orang. Apabila laman web WordPress hos fail imej besar, video atau tema dengan saiz fail media tunggal yang mempunyai GBs, maka anda akan menghadapi sekatan iaitu tidak dapat memuat naik fail media yang lebih besar daripada 2MB (dalam kebanyakan pelayan hos).
Secara default, saiz muat naik maksimum dalam WordPress adalah di antara 2MB hingga 150MB bergantung pada tetapan pembekal hosting web anda. Untuk menyemak apakah had saiz muat naik maksimum semasa dalam laman WordPress anda kemudian menavigasi ke “WP Admin > Media > Add New”. Anda akan melihat saiz muat naik maksimum semasa di bahagian bawah.
Ingin meningkatkan saiz maksimum muat naik fail anda dalam WordPress? Had muat naik fail rendah boleh menyebabkan masalah kepada web anda dan menghalang anda daripada memuat naik fail ke dalam media anda juga menghalang anda daripada memasang tema dan plugin bersaiz besar.
Punca yang paling biasa masalah ini boleh dikaitkan dengan beberapa seting PHP yang dapat diubahkan dengan mudah dalam fail php.ini, .htaccess, wp-config.php, functions.php atau dengan plugin Increase Max Upload Filesize. Artikel ini akan membimbing anda melalui kesemua kaedah cara-cara penyelesaian.
Edit Fail php.iniEdit Fail .htaccessEdit Fail wp-config.php atau functions.phpKaedah PluginTingkatkan Saiz Muat Naik dalam MultisiteMenghubungi Pembekal Hosting
Nota: Lima kaedah adalah berkesan untuk membetulkan isu-isu yang disebabkan oleh had saiz muat naik fail maksimum. Walau bagaimanapun, mereka mungkin tidak dapat diubahkan jika anda menggunakan pelayan hosting awam atau pelayan shared hosting. Oleh itu, anda perlu pergi untuk pilihan keenam, iaitu menghubungi pembekal hosting anda.
1. Edit Fail php.ini
Ini adalah fail default yang digunakan untuk mengkonfigurasi sebarang aplikasi PHP. Fail ini mengandungi parameter yang diperlukan untuk tempoh masa fail, saiz muat naik, dan had sumber. Akses direktori root WordPress anda menggunakan SSH atau FTP dan cari fail php.ini. Dalam sesetengah kes, fail ini tidak kelihatan dan anda mungkin perlu mengaktifkan fail tersembunyi.
Buka sebarang editor teks dan cipta fail baru. Salin kod berikut dan simpan sebagai fail php.ini.
upload_max_filesize = 500M
post_max_size = 500M
Jika anda menggunakan CPanel, log masuk ke CPanel dan cari bahagian sektor software dan klik pada “MultiPHP INI Editor”. Saiz fail di atas dalam contoh untuk anda ubah mengikut keperluan anda.
2. Edit Fail .htaccess
Jika pelayan web anda gunakan adalah Apache dan PHP ditetapkan sebagai modul Apache, maka anda boleh menambah beberapa baris kod dalam fail .htaccess anda untuk meningkatkan saiz maksimum muat naik dalam WordPress. Akses direktori root WordPress anda menggunakan SSH atau FTP dan cari fail .htaccess. Dalam sesetengah kes, fail ini tidak kelihatan dan anda mungkin perlu mengaktifkan fail tersembunyi.
Buka fail .htaccess dalam editor teks atau Notepad dan tambah baris berikut:
php_value upload_max_filesize 500M
php_value post_max_size 500M
php_value max_execution_time 360
php_value max_input_time 360
Ini akan menentukan saiz muat naik maksimum dalam Megabytes. Gantikan nombor mengikut keperluan anda. “max execution time” dan “max input time” adalah mengikut saat. Masa pelaksanaan menentukan had masa yang dihabiskan pada skrip. Pilih nombor yang sesuai untuk laman anda.
3. Edit Fail wp-config.php atau functions.php
Another way of increasing the upload size in WordPress is to define the size parameter in the wp-config.php file. To do that, access your WordPress root directory using SSH or FTP and locate a wp-config.php file. Or you can easily increase the size limits by define the size parameter in the the functions.php file of your theme.
Satu lagi cara untuk meningkatkan saiz muat naik dalam WordPress adalah untuk menentukan parameter saiz dalam fail wp-config.php anda. Untuk berbuat demikian, akses direktori root WordPress anda menggunakan SSH atau FTP dan cari fail wp-config.php anda. Ataupun dengan mudah anda boleh meningkatkan had saiz dengan menentukan parameter saiz dalam fail functions.php tema anda.
Buka fail dalam sebarang editor teks dan tambah kod berikut.
@ini_set( 'upload_max_size' , '500M' );
@ini_set( 'post_max_size', '500M');
Simpan perubahan anda dan ianya dapat meningkatkan saiz muat naik fail anda.
4. Kaedah Plugin
Tidak semua orang berminat untuk melakukan pengekodan atau mengakses fail menggunakan SSH atau FTP. Sebagai alternatif, plugin amatlah berguna dan anda bernasib baik terdapat plugin WordPress yang tersedia untuk meningkatkan saiz muat naik WordPress. Plugin yang akan kami gunakan ialah “Increase Max Upload Filesize” plugin.
Go to your WordPress Dashboard > Plugins > Add new, search “Increase Max Upload Filesize” then activate and install the plugin. Once installed, go to plugin settings and simply enter the value for upload size.
Pergi ke laman pentadbir WordPress anda > Plugins > Add new, cari “Increase Max Upload Filesize” kemudian aktifkan dan pasang plugin ni. Setelah dipasang, pergi ke seting plugin dan hanya masukkan nilai untuk saiz muat naik.
Klik butang “Save” untuk menggunakan perubahan saiz muat naik baru.
5. Tingkatkan Saiz Muat Naik dalam Multisite
Jika anda mempunyai WordPress multisite, maka saiz muat naik boleh ditingkatkan dari seting. Peningkatan ini bergantung pada seting pelayan anda. Jika pelayan anda disetkan kepada 20MB anda tidak boleh meningkatkan saiz muat naik WordPress ke 25MB. Walau bagaimanapun, jika pelayan anda ditetapkan kepada 20MB rangkaian anda ditetapkan kepada 15 MB maka anda boleh menyelesaikan isu ini dengan meningkatkan saiz muat naik ke 20MB.
Mulakan dengan log masuk ke rangkaian WordPress Multisite anda. Pastikan pengguna anda mempunyai akses untuk mengubah seting seluruh rangkaian.Di sudut kiri atas halaman, pergi ke My Sites > Network Admin > Settings.Sekarang anda berada di halaman “Network Settings”. Tuju ke bawah ke bahagian seting Muat Naik.Cari seting“Max upload file size”. Di dalam seting ini, anda boleh meningkatkan saiz fail maksimum.Akhir sekali, pastikan anda klik butang “save changes” untuk menyimpan seting anda.
7. Menghubungi Pembekal Hosting
Jika anda tidak mahu mengedit fail itu sendiri maka anda boleh menghubungi pembekal hosting anda untuk melakukannya untuk anda.
If you are using our managed WordPress hosting, then you can easily increase the max upload size limits of all your websites through the options in our platform. It is only a matter of a few clicks, if you are not familiar then just tell us and we will help you.
Jika anda menggunakan hosting WordPress yang diuruskan oleh kami, maka anda boleh meningkatkan had saiz muat naik maksimum melalui pilihan dalam platform kami. Ianya hanya beberapa klik sahaka, jika anda tidak biasa bolehlah memberitahu kami dan kami akan sedia membantu anda.
The post Saiz Maksimum Muat Naik Fail di WordPress appeared first on Wordpress Tip Guide Support Solution.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.jonloh.com/saiz-maksimum-muat-naik-fail-di-wordpress/