Saintis Dakwa Bukan Hanya Batuk Dan Bersin Tapi Coronavirus Boleh Tersebar Melalui Cirit Birit


Wabak koronavirus yang semakin tular di seluruh dunia yang sebelumnya dipanggil sebagai koronavirus  2019-nCov dan terbaru ialah COVID-19.
Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, membeli topeng untuk melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus, kajian terbaru mendakwa bahawa wabak Covid-19 baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.
Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Ciri-ciri penyebaran yang sama dengan wabak coronavirus SARS Walaupun cara penyebaran melalui sisa perkumuhan ini merupakan maklumat baharu yang telah disahkan oleh kajian sains, tapi saintis tidak terkejut. Ini berikutan virus novel korona (COVID-19) ini sering dikaitkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Persamaan di antara kedua-dua virus ini dipersetujui oleh kebanyakan ahli akademik sehinggakan ia pernah digelar sebagai SARS-CoV-2.
Suatu ketika dahulu, kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh tersebar melalui sisa air kencing pesakit. Sampel virus tersebut juga jelas terzahir pada sampel najis menunjukkan SARS-CoV bukan hanya tersebar melalui batuk atau bersin.
Perkara ini, walaupun tidak mempunyai implikasi yang agak dahsyat kepada orang awam, tapi boleh membahayakan golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merawat pesakit. Tanpa memakai alat perlindungan diri, mereka mudah untuk dijangkiti oleh sampel sisa perkumuhan pesakit walaupun ia jarang berlaku.
10 peratus daripada jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.
Tanpa mengetahui tentang peranan virus novel korona terhadap sistem gastrousus, simptom sebegitu pastinya dirawat sebagai masalah keracunan makanan walhal daripada sejarah pesakit, ia jelas menunjukkan risiko jangkitan wabak coronavirus.
Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku. Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira.
Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Titisan udara masih cara utama wabak coronavirus tersebar Walaupun kajian soal selidik di China tersebut menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama masih melalui titisan udara.
Mereka yang mengalami simptom selesema perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut daripada tersebar.
Topeng tersebut hanya betul-betul berkesan bagi menghindarkan penyebaran virus. Ia tidak berapa berkesan dalam menghindarkan anda daripada dijangkiti virus.
Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air.
Ia ternyata berkesan dalam membasmi virus novel korona tersebut melalui pelbagai kajian. Pernah juga tular di Facebook berkenaan dengan eksperimen ringkas menunjukkan perbezaan di antara penggunaan air dan sabun serta hand sanitizer terhadap penjagaan roti daripada kulat.
Air dan sabun bukan sahaja berupaya untuk membasmi majoriti mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor. Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.
Kepekatan alkoholnya mestilah berada pada paras 60% dan ke atas, jika tangan anda kotor, basuh tangan anda menggunakan air terlebih dahulu. Melalui langkah pencegahan ini, wabak coronavirus baharu boleh dikawal dengan baik.
Individu yang kerap bersin dan batuk juga perlu mengamalkan teknik/ etika yang betul. Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.
Tutup mulut anda menggunakan tisu dan buang tisu tersebut selepas digunakan.
Tempoh jangka hayat virus di dalam sisa perkumuhan Walaupun kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa virus korona novel boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek.
Kajian tersebut menggunakan tombol pintu dan barangan lain namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi. Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjanglah jangka hayat virus tersebut di dalam sampel yang tercemar.
Buangan sisa klinikal selepas melakukan ujian makmal atau kajian perlu dilakukan dengan betul. Jika tidak, mereka yang menguruskan sisa klinikal tersebut berisiko untuk mendapat wabak coronavirus baharu kelak.
Masih tiada lagi maklumat lengkap berkenaan dengan jangka hayat COVID-19 di luar badan. Virus SARS-CoV hanya boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.
Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan.
Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.
Konklusi Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga. Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.
Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Sumber : Hello Doktor
The post Saintis Dakwa Bukan Hanya Batuk dan Bersin, Tapi Coronavirus Boleh Tersebar Melalui Cirit-Birit appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/26/saintis-dakwa-bukan-hanya-batuk-dan-bersin-tapi-coronavirus-boleh-tersebar-melalui-cirit-birit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saintis Singapura Dakwa Tutup Aircond Buka Tingkap Boleh Rendahkan Risiko Jangkitan Covid 19

Saintis Singapura Dakwa Tutup Aircond Buka Tingkap Boleh Rendahkan Risiko Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 286 hits
Selain membasuh tangan dan menyahjangkit persekitaran pakar menasihatkan orang ramai agar mematikan pendingin hawa serta beralih kepada penggunaan kipas Hal ini bagi menggalakkan peredaran udara segar dan mengurangkan risiko jangkitan koron...
Jangan Hanya Cakap No Tapi Terangkan Kenapa Tak Boleh Biar Anak Faham

Jangan Hanya Cakap No Tapi Terangkan Kenapa Tak Boleh Biar Anak Faham

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 261 hits
Bila melarang anak anak kecil usia 3 tahun ke bawah perlu untuk kita terangkan mengapa tidak boleh Kita perlu terangkan dengan baik tak cukup kerana Nanti Allah Marah saja Contoh senario anak nak ambil pisau Perlu kita kata NO sayang namun ...
Boleh Ke Virus Covid Koronavirus Tersebar Melalui Barang Beli Dari Luar Negara

Boleh Ke Virus Covid Koronavirus Tersebar Melalui Barang Beli Dari Luar Negara

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 590 hits
Siapa suka beli di Shopee dan Lazada Kebanyakan barang import dari China Alamak virus banyak di sana Tak takut barang kena virus ke Tiada bukti menunjukkan virus korona terkini boleh merebak menerusi penghantaran barangan dari negara yang t...
Dakwaan Covid 19 Boleh Tersebar Melalui Cecair Kkm Nasihatkan Beli Ais Dari Kilang Yang Ada Lesen

Dakwaan Covid 19 Boleh Tersebar Melalui Cecair Kkm Nasihatkan Beli Ais Dari Kilang Yang Ada Lesen

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 486 hits
Jangkitan Novel Coronavirus dilaporkan boleh disebarkan melalui cecair Salah satunya adalah melalui penggunaan ais yang diambil dari sumber yang tidak disahkan Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan rasmi di Twitter me...
Menpora Pon 2020 Tak Hanya Prestasi Tapi Juga Pererat Persaudaraan

Menpora Pon 2020 Tak Hanya Prestasi Tapi Juga Pererat Persaudaraan

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 148 hits
Menpora Zainudin Amali cukup puas akan perkembangan persiapan PON 2020 Papua Baginya Papua sebagai tuan rumah telah mengalami progres yang signifikan
Gaji Rm2 500 Tapi Boleh Simpan Sampai Rm750 Sebulan Caranya Guna Formula Ini

Gaji Rm2 500 Tapi Boleh Simpan Sampai Rm750 Sebulan Caranya Guna Formula Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 512 hits
Biar betul gaji RM2 500 boleh simpan sampai RM750 sebulan Selalunya nak simpan sampai RM300 sebulan pun susah kalau gaji takat nih Boleh sebenarnya kalau kita tahu cara yang betul seperti yang dikongsi oleh Nur Aliah Mohd Nor ikut Formula 3...
Terkini Umno Pas Dakwa Perolehi 129 Kerusi Dan Boleh Tubuh Kerajaan

Terkini Umno Pas Dakwa Perolehi 129 Kerusi Dan Boleh Tubuh Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 778 hits
UMNO dan PAS dakwa sudah memiliki majoriti mencukupi iaitu 129 kerusi untuk membentuk kerajaan bagi menggantikan kerajaan Pakatan Harapan Jika dakwaan itu benar mulai esok bersamaan 25 Feb 2020 rakyat Malaysia berada dibawah kerajaan baharu...
Dalam Tak Sedar Kita Menzalimi Anak Anak Hanya Melalui Kata Kata

Dalam Tak Sedar Kita Menzalimi Anak Anak Hanya Melalui Kata Kata

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 213 hits
Zalim juga bermaksud tidak meletakkan benda pada tempatnya Bersabar dengan fe el anak akan timbul bila kita memahami bahawa manusia ini melalui fasa di dalam perkembangannya Anak kecil akan melalui pelbagai fasa sebelum dia menjadi manusia ...
Pakar Hong Kong Dakwa Covid 19 Boleh Jangkiti 60 Peratus Populasi Dunia Jika Tak Mampu Dibendung

Pakar Hong Kong Dakwa Covid 19 Boleh Jangkiti 60 Peratus Populasi Dunia Jika Tak Mampu Dibendung

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 251 hits
Covid 19 mampu menjangkiti 60 peratus populasi dunia jika usaha untuk membendung virus tersebut gagal dakwa Profesor Gabriel Leung Pengerusi Perubatan Kesihatan Awam Hong Kong Beliau berkata demikian setelah Pertubuhan Kesihatan Dunia menya...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Easy Ways To Overcome Spotify Errors And Slowness On Iphone Android

5 Simptom Gerd Paling Umum Yang Perlu Korang Ketahui

Fostering Critical Thinking In Our Children

Pantang Larang Berbincang Buat Tafsiran Sendiri Ayat Ayat Al Quran Yang Dipegang Kuat

Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi