334 Kenderaan Diarah Patah Balik Sjr Di Sabah


Sebanyak 334 kenderaan di arah berpatah balik ketika cuba melintasi sekatan jalan raya (SJR) untuk merentas daerah pada hari pertama sambutan Aidiladha di Sabah.


KOTA KINABALU: Sebanyak 334 kenderaan di arah berpatah balik ketika cuba melintasi sekatan jalan raya (SJR) untuk merentas daerah pada hari pertama sambutan Aidiladha di Sabah, hari ini.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 46,701 kenderaan diperiksa di 121 SJR yang beroperasi 24 jam sehari di seluruh negeri.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengeluarkan 36 kompaun atas pelbagai kesalahan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua yang dikesan di seluruh negeri hari ini.

"Masing-masing seramai empat orang dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka atau tidak memakai pelitup muka dengan betul dan tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan.

"Seramai lapan orang lagi dikompaun kerana membawa penumpang berlebihan, manakala kompaun tertinggi hari ini ialah gagal mendaftar masuk premis yang membabitkan 21 orang," katanya di sini, malam ini.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun
Beliau berkata, penguatkuasaan SOP di kawasan perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pula menjalankan 107 pemeriksaan di kawasan pantai timur Sabah dan 30 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu serta Labuan.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang tangkapan atau kompaun dilakukan sepanjang pemeriksaan di kawasan perairan Sabah dan Labuan pada hari ini.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri turut meneruskan pemeriksaan SOP di premis perniagaan sempena Aidiladha hari ini.

Katanya, daripada 768 premis perniagaan diperiksa, satu kompaun dikeluarkan atas kesalahan tidak mengimbas MySejahtera atau membuat catatan dalam buku pendaftaran membabitkan seorang pekerja premis di daerah Sipitang.

"Selain itu, lima notis atau amaran dikeluarkan PBT pada hari ini iaitu empat notis di daerah Penampang dan satu lagi di daerah Sipitang," katanya.

Masidi berkata, bagi kawasan Kota Kinabalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melaksanakan aktiviti pematuhan SOP ke atas 154 premis perniagaan dan 184 individu di 18 kawasan sekitar bandar raya, namun tiada kompaun dikeluarkan.

Katanya, rondaan Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan SOP Peringkat Komuniti oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut dilaksana di 413 premis perniagaan seluruh negeri membabitkan 192 anggota.

"Sebanyak 33 notis amaran dikeluarkan terhadap premis perniagaan yang tidak mengikuti SOP oleh anggota APM, manakala rondaan sama dilakukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) membabitkan 88 anggota di 110 lokasi seluruh negeri pula tidak mengesan apa-apa pelanggaran SOP," katanya.

Selain itu, katanya, hebahan untuk mengingatkan orang ramai mematuhi SOP turut diteruskan sempena Aidiladha hari ini dengan 50 hebahan awam menerusi program Info On Wheels Jabatan Penerangan Sabah, 26 hebahan oleh Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan 61 hebahan dilakukan Unit Kereta Peronda PDRM Sabah.

Sabah mengetatkan SOP sempena sambutan Aidiladha bermula hari ini termasuk melarang rentas daerah dan aktiviti ziarah, selain mengehadkan kehadiran umat Islam yang menyertai aktiviti korban serta solat berjemaah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/334-kenderaan-diarah-patah-balik-sjr-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Tegas Individu Balik Kampung 4 839 Kenderaan Diarah Patah Balik Semalam Ismail Sabri

Tindakan Tegas Individu Balik Kampung 4 839 Kenderaan Diarah Patah Balik Semalam Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 252 hits
Oleh ISMAIL SABRI YAAKOB Gambar TheSundaily SELURUH rakyat Malaysia dinasihat supaya mematuhi arahan Pelan Pemulihan Negara dan tidak merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing masing Timbalan Perdana Ment...
Lori Bantuan Ebit Lew Diarah Patah Balik Kerana Langgar Undang Undang

Lori Bantuan Ebit Lew Diarah Patah Balik Kerana Langgar Undang Undang

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 249 hits
July 21 2021 Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal Ebit Lew antara yang diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya Bentong pada awal pagi Selasa Tindakan itu berikutan tiga buah lori tersebut t...
Tiada Dokumen Sah Rentas Negeri Sebanyak 98 Kenderaan Di Arah Patah Balik Di Bentong

Tiada Dokumen Sah Rentas Negeri Sebanyak 98 Kenderaan Di Arah Patah Balik Di Bentong

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 98 kenderaan diarahkan berpatah balik ketika cuba melalui tiga sekatan jalan raya di sekitar daerah Bentong dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara sejak Khamis lalu Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kah...
Sabah Fc Berlatih Di Johor

Sabah Fc Berlatih Di Johor

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 391 hits
Kurniawan Dwi Yulianto berkata mereka tiba di Johor Bahru sejak Jumaat lalu Sabah FC berlatih di Johor Sabah FC berharap dapat memanfaatkan kem latihan berpusat di Johor bagi mencari keserasian dalam kalangan pemain di samping mengekalkan k...
Covid 19 Lebih 50 Peratus Kes Di Sabah Berpunca Dari 2 Penjara

Covid 19 Lebih 50 Peratus Kes Di Sabah Berpunca Dari 2 Penjara

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 309 hits
ISI SINI KOTA KINABALU Sabah mencatatkan jumlah kes harian Covid 19 tertinggi setakat ini iaitu 666 kes dengan 50 3 peratus kes berpunca jangkitan dari dua penjara di negeri itu kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masid...
Sabah Stops Open Houses Or Visits For Aidiladha

Sabah Stops Open Houses Or Visits For Aidiladha

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 325 hits
Congregations for prayers have been reduced to a maximum of 30 people KOTA KINABALU The Sabah government has amended the SOPs for Aidiladha celebrations after the high number of infections in the state today State local government and housi...
Kes Harian Di Sabah Kekal Tinggi Hingga Saringan Besar Besaran Selesai

Kes Harian Di Sabah Kekal Tinggi Hingga Saringan Besar Besaran Selesai

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 298 hits
Saringan besar besaran akan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah termasuk di lokaliti yang mempunyai kluster serta kontak rapat KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata jumlah kes harian Covid 19...
Covid 19 Sabah Catat Peningkatan Untuk Tiga Hari Berturut Turut

Covid 19 Sabah Catat Peningkatan Untuk Tiga Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 336 hits
Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 244 kes diikuti dengan Keningau 90 kes Tawau 60 kes dan Kalabakan 40 kes Gambar Fail KUALA LUMPUR Sabah kekal mencatatkan peningkatan kes COVID 19 untuk tiga hari berturut turut dengan 651...
Save Sabah Speed Up Vaccination Says Salleh

Save Sabah Speed Up Vaccination Says Salleh

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 280 hits
Salleh Said Keruak wants Putrajaya to quadruple its vaccination efforts so that Sabah can achieve herd immunity by October PETALING JAYA Former federal minister Salleh Said Keruak has urged Putrajaya to focus its attention on vaccinating Sa...
The Future Of Green Energy

338 Postmodern Monologue Home By Giant Design

Apa Yang Dilepaskan Dari Otot Jantung Jika Berlaku Serangan Jantung

Ipic Case Anwar Responsible If Najib S Dnaa Turns Into Full Acquittal

Tolak Petronas Sarawak Berisiko Dikawal Pihak Asing Zaid Beri Amaran

Skop Tugas Sebenar Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1

Buffet Ramadan Johor Di Bara Stulang Jb Dengan Menu Ala Carte

Panduankini Akta Pembaharuan Semula Bandar Apa Kita Tahu Setakat Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aiken Bha Pha Bright Pore Refining Exfoliating Gel

Gula Dan Kanser Memahami Hubungannya

2025 Predictions Future Of Domains

Lepak Petang Di Marine Beach Cafe

Perlu Kajian Mendalam Menyeluruh Sebelum Laksana Caj Kesesakan Ppim Sinar Harian 28 02 2025

10 Jenis Status Update Yang Selalu Kita Lihat Menjelang Bulan Puasa Ramadan