Putrajaya Belum Putus Jual Air Mentah Atau Terawat Kepada Pulau Pinang


Putrajaya belum memutuskan sama ada sumber air dari Sungai Perak akan dijual kepada Pulau Pinang sebagai air mentah atau air terawat bagi projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa berkata, pihaknya dan kerajaan negeri sentiasa mengingatkan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli mengenai kelulusan cadangan projek itu.

“Kami telah mengadakan mesyuarat pada September lepas dan Pulau Pinang mengulangi pendirian ingin (membeli) air mentah. Kami telah mengemukakan cadangan dan mereka akan menelitinya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau berkata, PBAPP sudah menggesa kementerian itu mempercepatkan proses membuat keputusan kerana Fasa 1 SPRWTS perlu disiapkan menjelang 2025.


“Ketua Menteri (Pulau Pinang) (Chow Kon Yeow) telah menulis surat kepada menteri berkenaan (Dr Xavier Jayakumar) antara hujung bulan lepas ke awal bulan ini,” katanya sambil menambah PBAPP akan terus mengingatkan kerajaan pusat berhubung perkara itu.

Projek SPRWTS dicadangkan PBAPP untuk memanfaatkan sumber air kedua Pulau Pinang di Sungai Perak bagi memenuhi keperluan permintaan air pada masa depan untuk Pulau Pinang dan utara Perak sehingga 2025.

Konflik berlaku apabila kerajaan Pulau Pinang dan PBAPP bercadang membeli air mentah dari Sungai Perak, tetapi Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu mahu menjual air terawat.

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli mempertimbangkan kedua-dua cadangan kerajaan negeri untuk menentukan pilihan terbaik yang akan menawarkan faedah bersama, termasuk pilihan ketiga iaitu “hibrid” yang menggabungkan pemindahan air mentah dan air terawat ke Pulau Pinang serta infrastruktur bekalan air Perak.

Terdahulu, Jaseni menghadiri kempen “Jom Kenali Sungai Kelian” anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan sumber air utama negeri sejak 1920-an.


Program itu diadakan pada 3, 10 dan 17 November di Tanjung Bungah melibatkan aktiviti pembersihan pantai dan lawatan ke Sungai Kelian.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/11/putrajaya-belum-putus-jual-air-mentah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Kosong Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang

Jawatan Kosong Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 455 hits
Jawatan Kosong Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Portal jawatan kosong ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada mereka yang berminat serta ber...
Contoh Soalan Penolong Pengawai Hal Ehwal Islam Gred S29 Suk Pulau Pinang 2019

Contoh Soalan Penolong Pengawai Hal Ehwal Islam Gred S29 Suk Pulau Pinang 2019

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 1668 hits
Berikut adalah Koleksi Soalan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam bagi jawatan Penolong Pengawai Hal Ehwal Islam Gred S29 SUK Negeri Pulau Pinang yang sebenar Calon yang lulus peperiksaan online ini sahaja akan ditemuduga bagi jaw...
Kehadiran Kumpulan Dolfin Di Pulau Pinang Cetus Tanda Tanya Netizen

Kehadiran Kumpulan Dolfin Di Pulau Pinang Cetus Tanda Tanya Netizen

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 468 hits
Tular satu rakaman memaparkan kehadiran dolfin yang dipercayai dirakam di laut berdekatan dengan jambatan Pulau Pinang baru baru ini Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama itu sekumpulan dolfin ters...
Tun Dr Mahathir Belum Putus Sama Ada Anwar Sertai Kabinet

Tun Dr Mahathir Belum Putus Sama Ada Anwar Sertai Kabinet

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 460 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau belum memutuskan sama ada akan memasukkan Presiden PKR Anwar Ibrahim ke dalam Kabinet jika rombakan Kabinet benar benar berlaku Saya belum putuskan lagi Semuanya boleh dilakukan k...
Angin Kencang Ribut Petir Dijangka Di Pulau Pinang Sehingga Ahad

Angin Kencang Ribut Petir Dijangka Di Pulau Pinang Sehingga Ahad

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 788 hits
Ribut petir hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang terutama di bahagian tanah besar bermula hari ini hingga Ahad susulan tempias Taufan Nakri dan Taufan Matmo Exco Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh...
Pulau Pinang Perketat Undang Undang Syariah Kawal Sebar Agama Lain Kepada Orang Islam

Pulau Pinang Perketat Undang Undang Syariah Kawal Sebar Agama Lain Kepada Orang Islam

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 502 hits
Undang undang syariah di Pulau Pinang akan ditambah baik bagi menangani penyebaran agama lain kepada orang Islam dengan lebih berkesan Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata memang sedia terdapat undang undang negeri...
Kerajaan Pulau Pinang Jamin Lanjutkan Tempoh Pajakan Tanah Industri

Kerajaan Pulau Pinang Jamin Lanjutkan Tempoh Pajakan Tanah Industri

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 288 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow memberi jaminan kepada syarikat terutama syarikat multinasional di negeri itu bahawa pajakan tanah perindustrian masing masing akan dilanjutkan Beliau berkata pajakan ke atas tanah perindustian lazim...
Penangan Taufan Nakri Dan Taufan Matmo Pulau Pinang Kini Berjaga Jaga

Penangan Taufan Nakri Dan Taufan Matmo Pulau Pinang Kini Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 1027 hits
Gambar HiasanGEORGE TOWN Pulau Pinang sentiasa memantau perkembangan cuaca dengan teliti berikutan jangkaan negeri itu menghadapi hujan lebat dan ribut petir esok hingga Ahad ini berikutan Taufan Nakri dan Taufan Matmo Pengerusi Jawatankuas...
Juru Operasi Bersepadu Jpj Pulau Pinang

Juru Operasi Bersepadu Jpj Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 383 hits
Seberang Jaya 19 November 2019 Satu Sidang Media Khas sempena Operasi Bersepadu telah diadakan pada malam ini di Plaza Tol Juru bersama Ybrs Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang Tuan Mohamat Johari Bin Mat Nor Operasi Bersepadu ini telah dijal
Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Budi 95 Lesen Sg Subsidi Ron95 Untuk Pemegang Lesen Singapura

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Iphone 17 Pro Vs Xiaomi 17 Pro Persamaan Perbezaan Siapa Patut Beli

Khalifah Owh Ila Namanya Chord

Easy Ground Beef Curry Recipe Indian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Tukar Sekolah Anak Langkah Mudah

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Digosipkan Dengan Nora Danish Mickey Ayo Rupanya Ada Lamborghini

Apa Maksud Alam Dan Dimensi

Ubah Ciptaan Allah Iqbal Zulkefli Serius Mahu Buat Pembedahan Hidung Cari Pakar Terbaik Dunia

Pm Anwar Dijemput Presiden Mesir Kunjungan Trump Ke Malaysia Amat Penting