Sains Dan Matematik


blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Semasa saya memegang jawatan Menteri Pendidikan sementara, saya telah kemukakan cadangan lama saya, iaitu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
2. Saya berpendapat bahawa ilmu sains dan hisab (Matematik) amat penting bagi menentukan kejayaan rakyat kita di masa hadapan

3. Sains dan Matematik ini tidak sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain umpamanya bidang Geografi ataupun Sejarah

4. Bidang Geografi dan Sejarah tidak berubah. Apa yang dicatatkan, yang kita belajar tidak berubah dari masa ke semasa kerana ianya tidak dinamik, tidak bergerak dengan kajian dan ilmu-ilmu yang baru

5. Sebaliknya dalam bidang Sains, kita dapati bahawa hampir setiap hari ilmu yang baru hasil penyelidikan diperkenalkan. Ilmu-ilmu pula diguna untuk berbagai-bagai barang buatan kegunaan kita. Dalam bidang komunikasi, hubungan tanpa wire (wireless) sudah begitu maju sehingga ia mempengaruhi cara perniagaan

6. Umpamanya kalau kita lihat telefon bimbit. Sebenarnya telefon bimbit ini adalah satu pusat pemancar, radio (broadcasting) station, yang memancar suara kita ataupun apa yang diperkatakan oleh kita, bahkan gambar juga dapat dipancar sejauh mana tanpa apa-apa hubungan yang solid seperti wayar dan sebagainya

7. Sebaliknya di zaman dahulu apabila kita mempunyai alat pemancar radio kita perlu adakan bangunan yang besar yang dilengkapi bermacam-macam alatan yang diperlukan untuk kita guna ataupun kita hantar mesej melalui udara ke mana-mana tempat

8. Kemudian daripada itu kita tahu daripada situlah bermula usaha untuk mengadakan telefon yang tidak mempunyai wayar. Pada mulanya ini sukar dilakukan, alatannya besar dan sukar untuk diguna dan dianya tidak begitu terang suaranya.
9. Tetapi kita juga tahu hari ini telefon bimbit yang kita simpan dalam saku kita boleh diguna oleh kita dimana-mana sahaja tanpa alatan yang berat dan kita boleh bercakap, boleh hantar mesej, bahkan gambar sejauh mana yang kita ingin. Kita boleh bercakap dengan seorang yang berada di Amerika umpanya seolah-olah dia berada di tepi kita. Suaranya begitu terang sehingga kita kenal suara siapa. Dan kita juga boleh dapat gambar

10. Skype umpamanya bermakna kita boleh lihat orang yang bercakap dan dianya boleh lihat kita.
11. Ini semua adalah hasil penyelidikan yang berterusan sepanjang masa. Jadi di masa hadapan pun kita percaya akan ada lagi banyak hasil penyelidikan yang mungkin memberi kemudahan-kemudahan lain kepada kita

12. Tetapi oleh kerana hasil penyelidikan ini tidak dibuat oleh kita, dibuat kebanyakannya oleh orang Barat dan bagaimana dianya dapat menjadi begitu ditentukan oleh ahli penyelidik di Barat dan kebanyakan daripada tulisan mereka adalah dalam Bahasa Inggeris, maka kalau kita faham Bahasa Inggeris agak mudah kita access ilmu yang baru ini.
13. Jika kita nak terjemah kita perlu seorang yang pakar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan juga pakar dalam bidang sains berkenaan

14. Tak ramai orang kita yang mempunyai kebolehan seperti ini dan mereka pula tidak ingin menjadi penterjemah sepanjang hayat mereka. Mereka boleh bekerja sekejap-sekejap sahaja

15. Jadi ini bermakna bahawa kita terputus daripada hasil siasatan yang sedang berlaku sepanjang masa. Dengan itu kita akan ketinggalan dari segi ilmu dan penggunaan ilmu-ilmu ini untuk pelbagai urusan kita

16. Tetapi kita dapati kalau kita belajar dalam Bahasa Melayu kita cuma boleh dapat ilmu yang asas sahaja, yang diterokai berzaman dahulu

17. Umpamanya kita semua boleh berkata dalam Bahasa Melayu iaitu campuran antara dua atom hidrogen dan satu atom oksigen, kita akan dapat air. Itu kita boleh

18. Tetapi apabila kita sampai kepada tahap bercakap berkenaan dengan digitalisation, dengan artificial intelligence, dengan macam-macam lagi perkara dan kemudahan baru kita sukar untuk faham ini kalau kita tidak berbahasa Inggeris.
19. Tetapi kalau kita berbahasa Inggeris, bukan sahaja kita akan faham ilmu yang baru ini, kita juga dapat menulis, bahkan kita dapat berbincang dengan rakan-rakan daripada negara lain yang tidak faham Bahasa Melayu tetapi faham Bahasa Inggeris

20. Mereka, yang tidak faham sains dalam bahasa Inggeris, akan dapati tidak dapat ikuti perbincangan dan mereka tidak akan perkenalkan ilmu mereka kepada mesyuarat ataupun konferens. Akan rugilah kita

21. Dan juga kita akan dapati kita tidak boleh berbincang dengan mereka. Kalau kita cuma bercakap dalam Bahasa Melayu sedangkan mereka bercakap dalam Bahasa Inggeris.
22. Jadi kita dapati di Malaysia ini di mana kita mempunyai penduduk berbagai kaum, kalau kita belajar Sains dalam Bahasa Kebangsaan, orang Cina pula belajar dalam Bahasa Cina dan orang India dalam Bahasa India, apabila ketiga-tiga ini bertemu untuk berbincang, mereka tidak dapat faham apa yang pihak yang lain itu berkata.
23. Sebab itulah kita berpendapat bahawa mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah satu perkara yang penting supaya kita dapat kejar perkembangan yang terbaru ilmu ini. Kita boleh baca kertas-kertas ilmiah yang disediakan oleh para penyelidik. Dan kita tidak akan tertinggal di belakang kerana kita tidak dapat kejar ilmu baru yang datang dalam Bahasa Inggeris.
24. Ya, memang Bahasa Inggeris bukan bahasa kita. Bahasa kita ialah Bahasa Melayu, tetapi kita tahu Inggeris adalah satu bahasa yang amat penting sehingga kita mengadakan kursus-kursus untuk menguasai Bahasa Inggeris

25. Bahasa Inggeris bukanlah sukar sangat bagi kita. Kalau kita kejar bahasa ini dengan menggunakan alatan-alatan yang baru, termasuk yang terdapat di Internet dengan mudah kita boleh menguasai Bahasa Inggeris

26. Kalau kita secara serius kuasai Bahasa Inggeris maka mengejar ilmu Sains dalam Bahasa Inggeris tidak menjadi masalah kerana kita boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris, dan kita boleh berbincang berkenaan dengan isi kandungan penyelidikan yang dilakukan oleh kita ataupun orang lain

27. Saya berpendapat bahawa yang pertama ialah kita mesti belajar Bahasa Inggeris sehingga fasih dalam Bahasa Inggeris sama seperti kita fasih dalam bahasa kita, Bahasa Melayu

28. Selepas itu kita akan belajar Sains dalam Bahasa Inggeris juga, dan Matematik pun sama semacam itu kerana tanpa pengetahuan ini kita akan ketinggalan dari segi ilmu duniawi

29. Saya harap Kerajaan tidak akan gugur peralihan mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blogtunm.blogspot.com/2020/06/sains-dan-matematik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buku Latihan Awal Bestari Matematik 4 5 Tahun

Buku Latihan Awal Bestari Matematik 4 5 Tahun

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 696 hits
Buku buku Aktiviti ini mengandungi kepelbagaian latihan yang disusun mengikut tema yang bersesuaian dengan menilai tahap pencapaian murid serta disusun ansur maju dari peringkat mudah ke peringkat yang lebih sukar Buku buku Aktiviti diharap...
Full Video Pengajaran Sains Kssm Tingkatan 5 Bab 1 Mikroorganisma

Full Video Pengajaran Sains Kssm Tingkatan 5 Bab 1 Mikroorganisma

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 309 hits
FULL VIDEO Pengajaran Sains KSSM Tingkatan 5 Bab 1 Mikroorganisma Dalam tajuk ini murid akan mempelajari tentang dunia mikroorganisma yang terdiri daripada fungi alga protozoa bakteria dan virus Selain itu murid akan mempelajari tentang mik...
Full Video Pengajaran Sains Kssm Tingkatan 4 Bab 1 Keselamatan Makmal

Full Video Pengajaran Sains Kssm Tingkatan 4 Bab 1 Keselamatan Makmal

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 425 hits
FULL VIDEO Pengajaran Sains Secara Online Sains KSSM Tingkatan 4 Bab 1 Keselamatan Makmal Dalam tajuk ini murid akan mempelajari tentang langkah keselamatan di dalam makmal Antara subtopiknya adalah peralatan perlindungan diri pembuangan ba...
Matematik Aiskrim

Matematik Aiskrim

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 202 hits
AssalamualaikumBismillahKita tahu bahawa ais krim adalah sejenis makanan yang sedap untuk dimakan terutama pada waktu panas Namun aiskrim juga dapat digunakan sebagai salah satu alat untuk mengajar kanak kanak tentang konsep mengira dalam M...
Latihan 7 Matematik Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10 Tanpa Mengumpul Semula Secara Online Melalui Liveworksheet Com

Latihan 7 Matematik Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10 Tanpa Mengumpul Semula Secara Online Melalui Liveworksheet Com

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 1011 hits
Salam semua Saya kongsikan lembaran kerja latihan Matematik operasi tambah dalam lingkungan 10 Latihan secara ONLINE dalam talian menggunakan liveworksheet com Latihan mengandungi 8 soalan berserta contoh LINK LATIHAN Kelebihannya 1 Murid a...
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan Untuk Subjek Matematik

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan Untuk Subjek Matematik

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 248 hits
Oleh Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah Zuraini Marion Sekolah Pendidikan Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia Kurikulum Standard Sekolah Menengah merupakan salah satu transformasi kurikulum yang telah dilakukan ol...
Cuba Formula Matematik Kasih Sayang Ini Kalau Jawapannya Positif Tahniah Anak Anda Cukup Kasih Sayang

Cuba Formula Matematik Kasih Sayang Ini Kalau Jawapannya Positif Tahniah Anak Anda Cukup Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 292 hits
Puan perangai anak saya semakin menjadi jadi bila dah ada adik Semakin saya marah semakin dia buat ANAK SENGAJA BUAT PERANGAI Kalau ada mak ayah yang ada masalah di atas yang pertama perlu faham perkembangan emosi dan sosial anak yang sedan...
Mui Yakinkan Vaksin Covid 19 Halal Jangan Pertentangkan Agama Dengan Sains

Mui Yakinkan Vaksin Covid 19 Halal Jangan Pertentangkan Agama Dengan Sains

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 245 hits
Jadi kita tak bisa berpaku kepada dalil tanpa mempunyai pengalaman atau pemahaman yang utuh tentang masalah tertentu ucapnya
Ditindih Semasa Tidur Kenapa Penjelasan Dari Sudut Sains

Ditindih Semasa Tidur Kenapa Penjelasan Dari Sudut Sains

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 210 hits
Hanya yang pernah alami sahaja yang dapat menceritakan betapa paniknya apabila sedang alami situasi tubuh dihimpit sehingga menyesakkan Hendak menjerit mulut terkunci dan tangan dan kaki tidak dapat digerakkan Ianya biasa berlaku dalam masa...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024