Saifuddin Terserah Mahu Tandatangani Resolusi Atau Tidak


Shakira BuangDiterbitkan Hari ini 8:16 malam

PKR akan mengirimkan naskhah resolusi yang dikeluarkan semasa pemukiman Ahad lalu kepada pemimpin parti terbabit yang tidak dapat hadir di Port Dickson.

Tujuan ia dibuat, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, adalah supaya mereka dapat membaca dan meneliti kandungannya.

Selepas itu, kata Saifuddin, terserah kepada mereka sama ada mahu menandatanganinya - sekali gus menyatakan sokongan - atau tidak.

"Mereka diberikan masa untuk membacanya, meneliti kandungannya dan kemudian memilih untuk menandatanganinya atau pun tidak.

“Pilihan ada pada tangan masing-masing - sama ada mahu setuju atau pun tidak - dengan resolusi itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Saifuddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PKR Selangor, Amirudin Shari, bahawa beliau bakal dikenakan tindakan disiplin kerana tidak menandatangani resolusi tersebut.

Pemukinan PKR berlangsung selama tiga hari mulai 19 Julai di Port Dickson. Ia dihadiri lebih 100 pemimpin pelbagai peringkat parti berkenaan, selain anggota Dewan Rakyat dan dewan undangan negeri.

Tak sampai ke situ

Pada hari terakhir pemukinan PKR mengeluarkan resolusi menyatakan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim sebagai presiden parti.

Bagaimanapun daripada 140 orang yang diarahkan hadir, hanya 120 muncul. Antara pemimpin yang tidak menyertai pemukiman tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, dan Amirudin yang memang diketahui penyokong timbalan presiden PKR itu.

Semasa berucap di majlis kesyukuran untuk Azmin pada Ahad lalu Amirudin - yang juga menteri besar Selangor - berkata, beliau sudah menerima amaran daripada PKR dan berdepan kemungkinan dikenakan tindakan disiplin ekoran tidak menandatangani resolusi berkenaan.

“Saya telah diperingatkan bahawa bakal berdepan tindakan disiplin (akibat teguran) tetapi saya tidak rasa gentar atau keliru kerana Allah bersama kita,” katanya.

Saifuddin menjelaskan PKR tidak memutuskan sebarang tindakan ke atas mana-mana pemimpin yang tidak menandatangani resolusi tersebut.

“Kami tak ada bincang pun perkara itu, nak tandatangan atau pun tidak, itu pilihan mereka.

“Kami cuma kata, kalau mereka hadir pemukiman, itu lebih baik sebab resolusi berkenaan dirangka setelah kami melakukan percambahan minda dan berbincang untuk nak menggerakkan parti.

“Jadi kalau kita berada di situ kita akan tahu bagaimana resolusi itu dirangka. Jadi, tak timbul rasa bimbang diambil tindakan dan sebagainya. Kita tak sampai ke situ (ambil tindakan) pun.

“Jadi, saya tak tahulah daripada mana dia (Amirudin) dapat (maklumat akan dikenakan tindakan disiplin),” katanya.
Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, situasi itu adalah seperti berikut:

Pertama, Amirudin tersenarai sebagai peserta pemukiman namun beliau memilih untuk tidak hadir.

Kedua, pemukiman berkenaan berakhir dengan satu resolusi dengan ditandatangani oleh semua yang hadir.

Justeru Saifuddin mengingatkan, kepemimpinan PKR yang benar-benar ikhlas berjuang dan mahu melihat parti berjaya mempunyai satu pilihan saja, iaitu menyertai program parti yang menjadi medan mereka bermusyawarah.

Sebaliknya kata Saifuddin kegagalan pemimpin tertentu dalam program tersebut tetap tidak memberi gangguan besar kepada PKR.

“Apakah perpaduan parti terganggu? Jawapannya: tidak.

“Apakah yang berlaku? Yang berlaku ialah, sebilangan pemimpin memilih untuk tidak hadir dan kemudian membuat kenyataan terbuka melalui media.

“Sebab itu saya anjurkan supaya hadir dalam program-program parti, baik pemukiman atau mesyuarat biro politik atau mesyuarat-mesyuarat lain kerana ia penting.

“Sebab itu sahaja pilihan yang kita ada, kalau kita betul-betul jujur dan ikhlas untuk melihat parti ini bergerak," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/saifuddin-terserah-mahu-tandatangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resep Sambal Ijo Padang Atau Sambal Lado Mudo

Resep Sambal Ijo Padang Atau Sambal Lado Mudo

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 343 hits
Resep sambal ijo Padang atau sambal lado mudo Bisa disantap dengan masakan non Padang Disajikan bersama ayam geprek atau nasi putih saja sudah enak kok
Risiko Dan Masalah Beli Rumah Atau Tanah Geran Bersama

Risiko Dan Masalah Beli Rumah Atau Tanah Geran Bersama

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 1161 hits
Risiko Lot Geran Bersama Tanah dan rumah dua entiti dalam kategori property yang cukup besar nilainya Semakin hari semakin ramai manusia dan semakin memerlukan tempat tinggal Kekurangan prospek mencari tempat tinggal menjadikan permintaan m...
Selagi Belum Dibuktikan Bersalah Mereka Boleh Cuti Atau Teruskan Tugas

Selagi Belum Dibuktikan Bersalah Mereka Boleh Cuti Atau Teruskan Tugas

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terpulang kepada mana mana pemimpin untuk bercuti atau meneruskan tugas selagi belum dibuktikan bersalah Ya anda boleh ambil cuti atau teruskan Anda tidak bersalah sehingga dibukt...
Haji Mencukur Atau Menggunting Rambut Orang Lain

Haji Mencukur Atau Menggunting Rambut Orang Lain

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 703 hits
Soalan Adakah dibolehkan bagi seseorang jemaah untuk mencukur atau menggunting rambut orang lain sebelum dia bercukur atau bergunting rambutnya sendiri Jawapan Bercukur atau bergunting dalam ibadah haji dan umrah bermaksud menanggalkan seku...
Azmin Boleh Ambil Cuti Atau Teruskan Kerja Kata Dr M

Azmin Boleh Ambil Cuti Atau Teruskan Kerja Kata Dr M

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 461 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Azmin Ali boleh mengambil cuti atau meneruskan kerjanya selepas pemimpin PKR menggesa mana mana pemimpin yang terpalit dengan tuduhan salah laku bercuti sementara sehingga siasatan se...
Safi Anti Bacterial Shower Frosty Watermelon Atau Frosty Pineapple

Safi Anti Bacterial Shower Frosty Watermelon Atau Frosty Pineapple

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 572 hits
Antara keperluan penjagaan diri harian yang perlu dititikberatkan adalah pemilihan sabun mandi atau shower gel Tak kira untuk kegunaan peribadi keluarga ataupun anak anak pemilihan shower gel yang tepat adalah perlu Shower gel yang dipilih ...
Tak Payah Sedih Atau Kesian Pada Orang Bercerai

Tak Payah Sedih Atau Kesian Pada Orang Bercerai

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 286 hits
Berita perceraian pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim ternyata mengejutkan ramai pihak Malah ramai tidak menyangka mahligai perkahwinan yang dibina selama enam The post appeared first on
Jaguar Land Rover Membangunkan Kecerdasan Buatan Yang Mengesan Pemandu Bosan Atau Mengantuk

Jaguar Land Rover Membangunkan Kecerdasan Buatan Yang Mengesan Pemandu Bosan Atau Mengantuk

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 368 hits
Insiden tidur mikro yang berlaku ketika sedang memandu dipercayai menyebabkan ribuan kematian di Amerika Syarikat Pemandu tidak menyedari mereka telelap sehingga 30 saat Kebarangkalian ini berlaku meningkat apabila memandu seorang diri pada...
Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekadar Penjelasan Ringkas

Budi95 Petron Cara Isi Petrol Ron95 Di Petron

Ultimate Beef Cheeks With Beer Recipe

Sekutu Trump Akan Menguasai Tiktok Versi As

Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Senarai Filem Tahun 2026

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Easy Beef Meatball Recipe No Milk

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

From Eurorack To Tire Attack A Ktm Rc8 Streetfighter From A Synth Designer