Saifuddin Bidas Dr Mahathir Sendiri Yang Tidak Tunai Janji
agendaily.com03/06/2022
Gambar kenanngan indah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tidak berpuas hati dengan kritikan terbaharu Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang pengikut setianya yang tewas dalam pemilihan PKR tampil mempertahankan bosnya kerana sering mendakwa mempunyai sokongan untuk menjadi Perdana Menteri (PM).
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution menjawab kritikan Dr Mahathir dengan menuduh bekas PM itu sendiri yang sering memungkiri janji kerana tidak memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.
“Janji PKR dan PH untuk menjadikan Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh telah ditunaikan.
“Mahathir sendiri tidak tunai janji untuk melepaskan jawatan PM kepada Anwar. PKR tidak pernah janji sokong Mahathir sebagai PM kelapan.
“Jika, Mahathir tunai janji, tidak timbul Anwar tak cukup majoriti,” katanya dipetik portal Malaysiakini.
Terdahulu, Pengerusi Pejuang itu sekali lagi menyindir Anwar yang kononnya sering mendakwa memiliki majoriti untuk menjadi PM tetapi masih gagal.
Malah, Anwar juga dipersalahkan kerana jika Pakatan Harapan (PH) tidak ditipu Presiden PKR berhubung jumlah majoriti, sudah pasti Dr Mahathir akan dapat menjadi PM semula.
“Tidak timbul Anwar tak sokong. Perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ialah Dr Mahathir jadi Perdana Menteri ketujuh. Anwar, PKR dan PH menunaikan janji. PH menang PRU-14 dan Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh negara.
“Saya sendiri yang mewakili PKR di samping pimpinan DAP dan Amanah yang terlibat tahu bahawa Dr Mahathir setuju sebagai interim PM.
“Dia tidak setuju menetapkan tarikh untuk berhenti tetapi setuju dua tahun untuk tidak dilihat sebagai ‘lame duck’ atau pemimpin yang akan pincang. Ternyata Dr Mahathir mungkir janji,” katanya lagi.
Anwar gagal meraih majoriti semasa kerajaan PH ditumbangkan susulan Langkah Sheraton dan sekali lagi juga gagal walaupun sudah berkomplot dengan anak muridnya yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/saifuddin-bidas-dr-mahathir-sendiri.html