Melayu Seronok Tengok Bangsa Sendiri Gagal Malakat Tribune 17 05 2022


 

KUALA LUMPUR – Penutupan Malakat Mall di Masjid Tanah, Melaka bukan petanda kempen Buy Muslim First (BMF) di negara ini telah gagal.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan penamatan operasi pusat beli-belah itu pada Februari lalu sebagai ‘batu nisan’ kepada kempen itu adalah tindakan berniat jahat.
Sebaliknya beliau berkata, tohmahan yang dilempar terhadap usaha Kumpulan Malakat Eco memperluas platform dan eko-sistem ekonomi Islam itu harus dilihat sebagai kegagalan umat Islam bersatu hati.
“Masalah kita adalah semangat. Memang kita boleh tuding jari kepada pihak-pihak yang tidak berjaya. Tapi adakah kita seronok melihat kegagalan bangsa kita sedangkan dalam isu ini kita dalam ‘kapal’ yang sama.
“Kalau kita sama-sama menyokong dan kuat semangat untuk membina ekonomi Islam, mungkin tidak tutup.
“Tapi kita tidak sokong pun, menyebabkan kita tak mampu bersaing, sehingga dihina oleh bangsa lain, memang padan muka kita,” katanya kepada Malakat Tribune dalam pertemuan di pejabatnya hari ini.
Isu penutupan cawangan kedua pusat beli-belah Malakat Mall di Masjid Tanah menjadi topik hangat selepas segelintir pihak mengaitkan perkembangan itu sebagai bukti kegagalan kempen BMF.
Di negara ini, kempen tersebut digerakkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PPIM, Pembela, Perkid dan beberapa lagi NGO Muslim lain.
Pengasas Malakat Mall Mohd. Fadzil Hashim (kanan) mengiringi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pada majlis Pelancaran Malakat Mall di Cyberjaya, pada 2019.Lebih menyedihkan katanya, tuduhan itu dilempar tanpa memahami isu dalaman dan perjuangan yang telah dilakukan oleh Malakat Mall sehingga kini.
“Dalam kes Coach Fadzil (Pengasas Malakat Mall) di Masjid Tanah, Malakat Mall bertapak di situ selepas dijemput untuk memajukan semula, berbincang dan bersetuju dengan syarat-syarat tertentu.
“Pendek kata bangunan yang telah kosong sejak lebih 4 tahun itu diserahkan kepada Malakat Mall untuk ‘dihidupkan’ semula.
“Kita juga kena faham bahawa Malakat Mall berjuang berseorangan tanpa ada bantuan daripada mana-mana agensi pun. Kalau tutup di Melaka tak bererti gagal,” katanya.
Nadzim atau lebih dikenali dengan Tokki berkata, penutupan Malakat Mall selepas lebih setahun beroperasi di siitu tidak seharusnya diperbesarkan kerana kumpulan perniagaan itu terus kekal di Cyberjaya.
Selain itu katanya, pembukaan pusat beli-belah tersebut untuk menyediakan peluang dan ruang perniagaan kepada usahawan tempatan dilakukan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Kita kena faham Malakat Mall di situ dibuka semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Masa itu banyak lagi syarikat yang gagal, tidak pula diperbesarkan.
“Misalnya, kita lihat sudah berpuluh tahun kerajaan dengan agensi-agensi bertungkus-lumus dalam pembangunan ekonomi dan sektor-sektor lain, berbilion-bilion sudah dibelanjakan…mana ada kejayaan yang boleh dibanggakan pun?,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam supaya memahami konsep perjuangan yang tidak seharusnya dinilai dengan kejayaan tetapi usaha yang berterusan.
“Soal perjuangan ini tidak boleh dilihat kepada kejayaan tapi usaha kita kerana kejayaan bukan urusan kita tapi dinilai Allah dengan usaha kita.
“Biarlah kita menjadi seperti burung pipit yang cuba memadamkan api dengan air di paruhnya. Kalau tidak berjaya pun, kita telah berusaha,” ujar beliau.
Tokki yang kecewa terhadap usaha sesetengah pihak mengkritik seolah-olah mahu ‘mematikan’ kempen BMF dalam nada sinis berkata, perkataan tolong-menolong sepatutnya ‘dibuang’ daripada kamus hidup orang Melayu.
“Tunggulah sehingga esok kita akan menerima nasib yang sama seperti Rohingya di Myanmar dan Melayu Champa yang sudah ada tamadun beribu tahun akhirnya merempat di bumi sendiri,” katanya.
Artikel oleh: Malakat Tribune
MELAYU SERONOK TENGOK BANGSA SENDIRI GAGAL

https://www.malakattribunenews.com/2022/05/melayu-seronok-tengok-bangsa-sendiri-gagal/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/05/melayu-seronok-tengok-bangsa-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Gesa Pengguna Peruncit Jangan Tunduk Game Pembekal Ayam Malakat Tribune 22 05 2022

Ppim Gesa Pengguna Peruncit Jangan Tunduk Game Pembekal Ayam Malakat Tribune 22 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 190 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa peruncit dan pengguna di negara ini supaya tidak panik dan tunduk kepada helah pengusaha ladang ayam untuk menaikkan harga bekalan makanan itu Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi ber...
Krisis Bekalan Gandum Tukar Segera Polisi Tangani Isu Kekurangan Bekalan Makanan Gesa Ppim Malakat Tribune 18 05 2022

Krisis Bekalan Gandum Tukar Segera Polisi Tangani Isu Kekurangan Bekalan Makanan Gesa Ppim Malakat Tribune 18 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 191 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan menangani masalah kekurangan bekalan makanan dengan meneliti semula polisi sedia ada susulan larangan eksport gandum oleh India baru baru ini Menurut Presiden PPIM Datuk Nadzi...
Ppim Sambut Baik Langkah Hentikan Eksport Ayam Malakat Tribune 23 05 2022

Ppim Sambut Baik Langkah Hentikan Eksport Ayam Malakat Tribune 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 189 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik langkah kerajaan dalam menangani krisis harga makanan di negara ini dengan menghentikan eksport ayam sebanyak 3 6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim...
Perjanjian Gpt Jangan Serah Negara Kepada Global Elite Gesa Ppim Malakat Tribune 19 05 2022

Perjanjian Gpt Jangan Serah Negara Kepada Global Elite Gesa Ppim Malakat Tribune 19 05 2022

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 162 hits
PUTRAJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyerahkan memorandum bantahan terhadap Perjanjian Pandemik Antarabangsa yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia di bangunan Kementerian Kesihatan hari ini Menurut Presiden PPIM Datuk ...
Gagal Pemilihan Pkr 2022 Afdlin Shauki Lapor Polis Jpp Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik

Gagal Pemilihan Pkr 2022 Afdlin Shauki Lapor Polis Jpp Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 197 hits
KUALA LUMPUR Pelakon pelawak dan pengarah filem Datuk Afdlin Shauki yang tewas pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Setiawangsa membuat laporan polis antara lain mendakwa Jawatankuasa Pemilihan Parti gagal mengurus perjalanan pengundian denga...
Akibat Dimainkan Dengan Pelbagai Dakyah Oleh Pimpinan Dan Ahli Kini Kerajaan Melayu Isle Gagal Kawal Harga Barang

Akibat Dimainkan Dengan Pelbagai Dakyah Oleh Pimpinan Dan Ahli Kini Kerajaan Melayu Isle Gagal Kawal Harga Barang

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 165 hits
NORMAN RADZUANIni fakta bukan auta Zaman PH segalanya murah Tapi ditipu dgn pelbagai dakyah dan hari ini bukan sahaja ayam sukar didapati tetapi harga melambung tinggi Itu belum harga barangan yg lain Org Melayu ini dia sanggup duit mereka ...
Senarai Lagu Melayu Mei 2022

Senarai Lagu Melayu Mei 2022

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 204 hits
Senarai Lagu Melayu Mei 2022Senarai Lagu Melayu Mei 2022 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Seperti biasa MOMI akan kemaskini senarai lagu lagu baru pada bulan Mei 2022 Untuk bulan Mei ini ada banyak lagu baru yang dikeluarkan dari ramai ...
Mengaku Parti Isle Bangsa Melayu Tapi Fitnah Kuat

Mengaku Parti Isle Bangsa Melayu Tapi Fitnah Kuat

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 254 hits
LIYANA MARZUKIDalam banyak2 Menteri PH dulu Menteri yang paling teruk kena kecam oleh geng UMNOPAS ialah YB Mujahid Walaun dan cytro berbayar memenuhkan ruang sosial media dengan sentimen kebencian Habis semua isu dibangkitkan Fitnah mengen...
Rumah Terbuka Hari Raya Pulai Springs Resort 2022

Rumah Terbuka Hari Raya Pulai Springs Resort 2022

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 198 hits
Assalamualaikum wbtSEMAKIN Penghujung Syawal ni nampaknya makin meriah Jemputan Rumah Terbuka Hari yang sama Sk sempat hadir ke Pulai Springs Resort bagi memenuhi jemputan rakan korporat media Charlotte Masih ingat lagi kemeriahan pada tahu...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari