Janji Ph Kepada Mahathir Ialah Sebagai Pm7 Bukan Pm7 Dan Pm8




Dakwaan Tun Mahathir Mohamad yang menyalahkan Anwar Ibrahim atas kejatuhannya, bukan saja tidak tepat, malah jauh tersasar daripada fakta yang sebenar.
Itu adalah kesimpulan yang mudah boleh difahami daripada jawapan balas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail terhadap rengekan terbaru bekas Perdana Menteri itu.
Dalam interbiu dengan sebuah akhbar, Tun Mahathir berkata, kalau bukan kerana Anwar, beliau masih lagi Perdana Menteri sekarang ini.
“Kalau tak sabit dia (Anwar), saya hari ini masih Perdana Menteri. Pasal bila saya letak jawatan, Agong mahu setiap 220 ahli parlimen tulis siapa yang mereka pilih.
“Saya fikir PH akan letak nama sayalah, pasal saya daripada PH.
“Tetapi Anwar kata dia ada banyak sokongan, tapi dia orang (PH) bagi kepada Anwar 92 undi, saya dapat 62,” katanya dalam interbiu tersebut.
Di sebalik Tun Mahathir sendiri yang meletakkan jawatan tanpa berunding dengan PH, tetapi kemudian menyalahkan Anwar, Saifuddin berkata, tidak benar sama sekali bahawa PKR dan PH tidak berpegang kepada janji.
Katanya, janji untuk menjadikan Tun Mahathir sebagai PM7 sudah pun dipenuhi, tetapi PKR dan PH tidak pernah berjanji menjadikannya PM8 selepas meletak jawatan sebagai PM7.
Sebaliknya, tegas Saifuddin lagi, Tun Mahathirlah yang mungkir janji kepada Anwar, PKR dan PH.
Berikut ialah jawapan Saifuddin itu sebagaimana diberikannya kepada Malaysiakini:-
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, tidak timbul isu Presiden PKR, Anwar tidak cukup sokongan untuk menjadi perdana menteri sekiranya Dr Mahathir Mohamad berpegang kepada janjinya.
Beliau juga menafikan kenyataan Mahathir yang mendakwa bahawa dia masih lagi perdana menteri jika bukan kerana langkah Anwar.
“Tidak timbul Anwar tak sokong. Perjanjian sebelum PRU14 ialah Dr Mahathir jadi perdana menteri ketujuh.
“Anwar, PKR dan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji. PH menang PRU14 dan Dr Mahathir menjadi perdana menteri ketujuh negara.
“Saya sendiri yang mewakili PKR di samping pimpinan DAP dan Amanah yang terlibat tahu bahawa Dr Mahathir setuju sebagai interim PM.
“Dia tidak setuju menetapkan tarikh untuk berhenti tetapi setuju dua tahun untuk tidak dilihat sebagai ‘lame duck’ atau pemimpin yang akan pincang. Ternyata Dr Mahathir mungkir janji,” katanya lagi.
Saifuddin mengulas dakwaan Mahathir semasa wawancara bersama Utusan Malaysia bahawa dia masih lagi perdana menteri dan bahawa Anwar sebagai ‘tidak lurus’.
Untuk rekod, sebelum PRU14, pimpinan PH bersetuju meletakkan Mahathir sebagai calon PM berikutan Anwar ketika itu masih berada di penjara.
Namun, susulan ‘Langkah Sheraton’ yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali kerajaan PH tumbang dan Mahathir meletak jawatan pada Feb 2020.
Seterusnya, Muhyiddin menjadi perdana menteri kelapan selepas mendapat sokongan daripada ahli parlimen BN, PAS dan GPS sementara Anwar gagal mendapat sokongan ahli parlimen di kalangan bekas sekutu PH.
Menjelaskan krisis politik negara pada 2020, Saifuddin yang juga ahli parliman Kulim Bandar-Baharu berkata Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri tanpa membuat perbincangan dengan pimpinan PH.
“Dia hilang jawatan akibat perbuatan sendiri yang silap. Jika dia mengakui kesilapannya dia akan lebih dihormati.
“Janji PKR dan PH untuk menjadikan Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh telah ditunaikan.
“Mahathir sendiri tidak tunai janji untuk melepaskan jawatan PM kepada Anwar.
“PKR tidak pernah janji sokong Mahathir sebagai PM kelapan.
“Jika Mahathir tunai janji, tidak timbul Anwar tak cukup majoriti,” katanya. – ShahbudinHusin 03/06/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/janji-ph-kepada-mahathir-ialah-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saifuddin Bidas Dr Mahathir Sendiri Yang Tidak Tunai Janji

Saifuddin Bidas Dr Mahathir Sendiri Yang Tidak Tunai Janji

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 358 hits
agendaily com03 06 2022Gambar kenanngan indah Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution bertemu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Tidak berpuas hati dengan kritikan terbaharu Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri An...
1mdb Ditubuhkan Sebagai Dana Politik Bn Kata Bekas Ksn

1mdb Ditubuhkan Sebagai Dana Politik Bn Kata Bekas Ksn

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 244 hits
freemalaysiatoday com June 7 2022 6 01 PMBekas ketua setiausaha negara Sidek Hassan mendedahkan bahawa beliau menerima RM30 000 sebulan sebagai ahli Lembaga Penasihat 1MDB sebelum dikurangkan kepada RM10 000 sebulan KUALA LUMPUR Bekas ketua...
Bekas Ketua Setiausaha Negara Dakwa 1mdb Ditubuh Sebagai Dana Politik Barisan Nasional

Bekas Ketua Setiausaha Negara Dakwa 1mdb Ditubuh Sebagai Dana Politik Barisan Nasional

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 150 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa mengikut pemahamannya syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad ditubuhkan untuk dijadikan dana...
Ewan Mcgregor Kongsi Reaksi Krew Produksi Selepas Melihat Hayden Christensen Sebagai Darth Vader

Ewan Mcgregor Kongsi Reaksi Krew Produksi Selepas Melihat Hayden Christensen Sebagai Darth Vader

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 160 hits
Episod ketiga Obi Wan Kenobi minggu ini akhirnya mempertemukan Jedi Master dan Darth Vader dalam pertarungan ulangan epik yang kita semua nantikan Ia adalah pertempuran yang segit dan mendebarkan yang mengingatkan kita semua betapa menakutk...
Son Dongwoon Bakal Tampil Sebagai Penulis Dalam Drama Today S Webtoon

Son Dongwoon Bakal Tampil Sebagai Penulis Dalam Drama Today S Webtoon

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 162 hits
Ahli kumpulan Highlight Son Dong woon akan membuat penampilan sulungnya dalam drama terestrial Today s Webtoon Terbaru agensi Highlight Around Us Entertainment berkata Son Dong woon akan muncul sebagai Oh Yoon dalam drama SBS Today s Webtoo...
Nak Bersama Ph Anwar Sebagai Pm

Nak Bersama Ph Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 139 hits
CHE BERAHIM MOHAMADSepatutnya Pengarah Komunikasi PH membuat kenyataan balas bahawa antara persetujuan konsep khemah besar ialah menerima DSAI sebagai PM jika PH menang dlm PRU 15 jadi kenyataan Mahathir tidak relevan untuk PH
Rentasan 1142 Gempar Kini Kuala Selangor Diambil Sebagai Daerah Ang

Rentasan 1142 Gempar Kini Kuala Selangor Diambil Sebagai Daerah Ang

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 158 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 11421 KUALA SELANGOR BUAT BN PN SEMAKIN KUCHALANA 2 ADAKAH PROJEK GANDINGAN 2H ITU PATUH SYARIAH 3 SUDAH LAMA SAYUR SAYURAN NAIK HARGA
Batas Timbun Tropika Sebagai Komposter

Batas Timbun Tropika Sebagai Komposter

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 161 hits
Antara kegunaan batas timbun tropika yang tak kurang pentingnya ialah sebagai komposter Samada komposter untuk sisa dapur sisa pasar sisa kebun sisa kandang dan sebagainya Bahan ini hanya perlu ditanam di batas timbun Aktiviti menyiram pana...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda

Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul