Sahut Cabaran Debat Rafizi Nurul Izzah Diberitahu


 Penganalisis berkata ia bagi elak tafsiran Nurul Izzah Anwar ‘serah kalah pada pusingan pertama’ kepada Rafizi Ramli.
Penganalisis berpendapat debat Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli sebagai peluang meneroka isu, penjelasan dan buah fikiran mereka untuk PKR bergerak ke depan.PETALING JAYA: Nurul Izzah Anwar patut menyahut cabaran debat terbuka dengan Rafizi Ramli bagi mengelak persepsi beliau ‘menyerah kalah pada pusingan pertama’ persaingan jawatan timbalan presiden PKR, kata penganalisis
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, Nurul Izzah seharusnya menjadikan inisiatif debat itu sebagai peluang untuk meneroka isu dan memberi penjelasan tentang hujah serta buah fikiran untuk parti bergerak ke depan.
“Saya fikir ada kekurangan pada Nurul Izzah apabila beliau menolak cabaran debat itu. Mungkin akan ditafsirkan oleh banyak pihak bahawa beliau tidak berani untuk berdepan Rafizi.
“Sangat tidak manis kerana akan timbul persepsi seolah-olah (beliau) menyerah kepada Rafizi dalam pusingan pertama ini,” katanya kepada FMT, yang turut menyifatkan Nurul Izzah ada idea bernas boleh diterima di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Mazlan berkata, medan debat perlu diadakan untuk jawatan nombor dua PKR itu bagi teladan kepada pemimpin lain dan seiring perjuangan parti yang sering uar-uarkan debat sebagai budaya politik baharu selama ini.
“Keputusan pemilihan kali ini adalah penting demi kelangsungan PKR. Sudah pasti akar umbi perlu mengetahui pandangan tentang apa yang boleh ditawarkan mereka kepada parti sekiranya terpilih.
“Budaya (debat) ini sangat meluas di negara maju seperti Eropah, Amerika Syarikat dan juga Australia,” katanya.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, jika debat diadakan beliau percaya Rafizi yang mempunyai pengalaman berhujah sepanjang perjalanan karier politiknya mempunyai kelebihan berbanding Nurul Izzah.
“Rafizi berasa yakin mampu berada di hadapan berbanding Nurul Izzah. Sebaliknya Nurul Izzah tahu dengan pengalamannya yang agak terhad pastinya debat itu hanya memberi lebih kesan negatif berbanding positif,” katanya.
Semalam, Rafizi dilaporkan menzahirkan hasrat berdebat dengan Nurul Izzah supaya perwakilan PKR dan masyarakat umum boleh membuat pilihan tepat.
Bagaimanapun, Nurul Izzah merasakan perhatian harus diberikan pada usaha mengurangkan ketegangan dalam parti dan mengadakan libat urus dengan perwakilan.
Persaingan bagi jawatan timbalan presiden PKR pada 23 Mei menyaksikan pertembungan satu lawan satu Rafizi dan Nurul Izzah.
Rafizi adalah penyandang jawatan itu selepas menang pada pemilihan 2022, manakala Nurul Izzah yang tidak bertanding kemudian dilantik sebagai naib presiden. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/05/sahut-cabaran-debat-rafizi-nurul-izzah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Pemenang Nurul Izzah Rafizi Tembung Jawatan No 2 Pkr

Tiada Pemenang Nurul Izzah Rafizi Tembung Jawatan No 2 Pkr

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 144 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Pertembungan antara Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar bagi jawatan nombor dua dalam PKR boleh menyebabkan parti pemerintah itu semakin berpecah kata beberapa pemimpin parti Tiada pemenang sebenar dalam pertandi...
Does It Matter Who Wins Rafizi Or Nurul Izzah

Does It Matter Who Wins Rafizi Or Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 130 hits
As the unexpected surprise contest between Rafizi Ramli and Nurul Izzah Anwar for the number two position in PKR tumbles into an anti climax with everyone including Rafizi expecting the incumbent to lose the question is what really happened...
Antara Rafizi Atau Nurul Izzah Siapa Pilihan Chatgpt

Antara Rafizi Atau Nurul Izzah Siapa Pilihan Chatgpt

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 127 hits
Apa kata ChatGPT Rafizi atau Nurul Izzah HarapandailySiapa lebih sesuai sebagai Timbalan Presiden PKR Ini kata ChatGPT mengenai Rafizi dan Nurul Izzah 1 RAFIZI RAMLIKelebihan Bijak dan teknokratik Rafizi dikenali sebagai tokoh yang cerdas b...
Vote For Nurul Izzah Rafizi Tells Pkr Delegates

Vote For Nurul Izzah Rafizi Tells Pkr Delegates

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 135 hits
Rafizi Ramli says Nurul Izzah Anwar has to win the race for the PKR deputy presidency or Malaysians would read her defeat as party members rejecting Anwar Ibrahim Rafizi Ramli has called on PKR delegates to vote for his rival Nurul Izzah An...
Rafizi Vs Nurul Izzah Siapa Yang Bakal Menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat

Rafizi Vs Nurul Izzah Siapa Yang Bakal Menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 192 hits
Berikut ialah analisis perbandingan antara Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar sebagai calon berpotensi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR berdasarkan kekuatan cabaran serta peluang dan risiko masing masing Berikut ialah analisis perbanding...
Jawatan Menteri Perbezaan Antara Nurul Izzah Dan Rafizi

Jawatan Menteri Perbezaan Antara Nurul Izzah Dan Rafizi

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 130 hits
11 May 2025 Rafizi Ramli berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi jika kalah pada pemilihan PKR hujung bulan ini Mengakui beliau sebenarnya agak lega dengan kemungkinan itu Rafizi menambah ia akan menjadikannya mempuny...
Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 321 hits
ALL eyes will now be on PKR deputy president Datuk Seri Rafizi Ramli who aspires to keep the reformasi momentum alive with his HIRUK campaign tagline as he defends his post in a two horse race against Nurul Izzah Anwar at the party s centra...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Explore Malaysia And Beyond

Drama Hilang Kasyorga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ziell Ferdian Kuhentikan Tangisku Chord

Payung Besar Najib Antara Pembebasan Prinsip Dan Ancaman Sebenar

Tell The Truth If You Don T Want People To Speculate Zaid Tells Agc

When Silence Turns To Violence Call To Reform Mental Health

Jinda55 17 June 2568 100 Jinda55 Top 83 By Clay Jin55 Vip

Focus On Demand Responsive Bus Rather Than Rm17bn Lrt