Sahsiah Rupa Diri Suck


Credit to unperfectskyBaru-baru ini Fakulti (FSPU) digemparkan dengan notis mengenai penguatkuasaan peraturan di FSPU. (Fakulti Seni Bina dan Ukur). Ramai yang menggelabah. Kelab-kelab mengadakan mensyuarat mengenai peraturan tersebut. Tak kurang yang mencarut dan memaki hamun. Sudahlah haritu sudah digelabahkan dengan penukaran guard kepada Polis Bantuan. Kini tiba lagi satu bencana lagi. Diantara peraturan yang ditegaskan ialah,

Kesalahan
1. Etika berpakaian
2. Rambut panjang
3. Pemakaian kad pelajar
4. Merokok/memiliki/menjual di sekitar FSPU
5. Penggunaan studio melebihi had yang dibenarkan.

Ke’tidak puas hatian’ tu mungkin disebabkan ke'tidak biasa'an mereka dengan mematuhi peraturan. Mungkin juga disebaban peraturan selama ini dipandang enteng oleh mereka. Peraturan itu ada, Cuma tidak dikuatkuasakan. Sebelum ni takde lah sampai ada polis bantuan memantau samada orang patuh atau tidak.

Apa Masalahnya? Kenapa Gelabah?


tengok ni je kan senang.. hahaSaya pun tidak faham, dengan sikap kita. Kenapa nak gelabah? Memang peraturan tu ada kan, dulu? Mengapa tidak kita mengikut peraturan itu dari dulu lagi. Kalau dah ikut peraturan dari dulu, mesti sekarang takde masalah. hehe

Alah Bisa Tegal Biasa
Rilekla.. buat apa nak gelabah, peraturannya mudah kot. Tak susah pun. Pakai je la baju yang berkolar dan menutup aurad. Takkan tiada langsung baju yang sesuai dipakai dalam koleksi baju kita kan?

Kalau rambut panjang, potong je la. Apa susah. Kedai gunting kan banyak di Shah alam ni. Sekali gunting lebih kurang 6-7-8 ringgit je. Apatah nak dibandingkan dengan henset yang kamu beli tu.

credit to SteKarKad Pelajar? Kan semua orang ada. Kalau hilang, buat la balik. Lepas tu kelip kan je dibaju. Takpun kalungkan di leher. Berat sangat ke kad matrik tu? Rimas? Alah, apa nak rimasnya, biasa je orang lain pakai. Pakai je dulu, lama-lama biasalah. Alah bisa, tegal biasa.

Merokok? Berhenti terus je lah. Tak bawak faedah pun. Banyak mudhorat je. Kalau nak hisap jugak benda mudhorat tu, bolehlah hisap diluar Fakulti. Kat luar tu hisap la 10 batang ke 100 batang ke, takde sape nak kisah. Menjual di FSPU? Takyah a jual di sekitar. Buat la macam sales man. Pergi studio ke studio. Lagi untung ma… haha

Pengunaan studio melebihi had yang dibenarkan. Takkan la diorang kejam sangat sampai tak bagi terus. Kalau ada alasan yang kuat untuk stay studio, takkan la dorang tak bagi kan. Tapi rasanya tak perlu kot sampai nak tiap-tiap hari stay studio. Ada sebab mengapa dorang tak bagi stay. Salah satunya sebab masalah social yang berlaku. Terutamanya golongan yang bercouple ni.

Cakap memang mudahkan? Saya tahu ia sebenar satu perkara yang susah untuk diubah. Sebab ia adalah satu tabiat. Namun susah itu bukan mustahil. Jika susah untuk menerima saranan saya yang bujet bagus tu. Tidak mengapa, mari kita lihat pula dari sudut pandangan islam.

Konsep Mentaati

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Hai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur`an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (surah An-Nisaa`:059)
Konsep yang islam ambil ialah, kita wajib mentaati Allah dan Rasul. Itu konsep utama dalam islam. Kemudian Allah berfirman 'dan pemimpin (ulil amri) dikalangan kamu'. Bermakna kta wajib mematuhi pemimpin pada masa itu. Tetapi dengan satu syarat, tidak melanggar konsep “mentaati Allah dan Rasul”. Selagi mana pemimpin itu tidak melanggar syara’ (perintah Allah). Selama itu kita wajib patuh. Tapi jika pemimpin itu melanggar perintah Allah, wajib untuk kita tidak mengikutinya

Perlu mentaati pemimpin yang ADIL
Dalam hal kita, mari menjawab beberapa persoalan ini. Adakah pemimpin (dalam kontek kita, Pihak FSPU) melanggar perintah Allah? Jika ada, maka peraturan apa yang kamu rasakan ia bercanggah dengan ajaran Islam? Jawapannya tentulah tidak ada. Potong rambut, pakai kad matrik dan sebagainya, tidaklah bercanggah dengan syara’. Maka dengan itu, wajiblah kita mematuhinya, sebagai mana itu juga adalah arahan Allah (mentaati pemimpin yang adil).

Konsep Ibadah Dalam KepatuhanOk, setelah kita memahami konsep 'wajib patuh' dan 'wajib ingkar'. Mari kita lihat sudut ibadahnya. Buat mereka yang tidak tahu, kehidupan itu adalah satu ibadah. Berdasarkan ayat Quran 
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِDan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (surah Adz-Dzaariyaat:056 )
Jika mematuhi peraturan secara sedar akan kewajiban mematuhinya, maka itu dikira ibadah kepada Allah (pahala). Sebagaimana jika kita mematuhinya, maka ia dikira sebagai amalan yang batil. 
Terpaksa meRelaSo, sekarang nak tak nak. Kita perlu mematuhi peraturan itu. Allah tidak membebani kita dengan sesuatu yang tidak kita mampu. Ubahlah diri tak kira dalam keadaan terpaksa, atau rela. Kerana sesungguhnya, ianya satu perintah Allah. Jika tidak cuba diikhlaskan diri kita dalam mematuhinya, maka tentunya ia akan menjadi sia-sia (walaupun tidak dapat dosa). Jika diikhlaskan hati dengan peraturan, pastinya Allah Maha menghitung segala amalan, tidak mengira kecil mahupun besar.
Persepsi Budak Skema


Gambar hiasan. credit to budak SKEMA.Saya banyak kali terdengar perkataan SKEMA dalam mematui peraturan. Orang yang 'SKEMA' selalu diperlekehkan oleh senior-senior saya. Contohnya, Orang yang memakai tali leher pada hari Isnin= budak skema. Orang yang pakai baju berkolar dan berkasut = Skema. Kenapa jadi begitu pula? Buanglah persepsi Jahilliyah dalam menilai sesuatu yang baik. Renungkan kembali perenggan-perenggan diatas. Bukankah islam mengajar kita untuk sentiasa kemas dan cantik? Selekeh tu bukan ajaran Islam kan?
Setiap taman ada kawasan larangannya.Kenapa perlu ada peraturan dalam hidup ini? Kenapa Allah menyediakan peraturan dalam kehidupan manusia? Kerana untuk kesejahteraan diri manusia juga. Peraturan dicipta agar sistem yang berjalan itu, lancar dan teratur pergerakannya. Peraturan dicipta bukan untuk dilanggar tapi ia dicipta untuk dipatuhi. Jika dilanggar, maka rosaklah sistem itu. Sedarlah, setiap taman ada kawasan larangannya

Be profesionalJika dilihat, dalam FSPU, course didalamnya adalah course yang melibatkan Professionalism. Apa salahnya kita melatih diri kita untuk berpakaian kemas dari sekarang. Bila kerja nanti tidaklah tergesa-gesa nak biasakan pakai baju kemeja dan sebagainya. 
Segala kekurangan dalam penulisan ini saya mohon ampun pada Allah, sesungguhnya kesalahan itu mungkin datang dari kelemahan saya sendiri. Penulisan ini adalah umum, ditujukan buat pelajar UITM FSPU dan diri saya sendiri sebagai student architecture di situ.


Notes:1. Mudah sahaja untuk mengikut peraturan
2. Wajib mentaati pemimpin
3. Perlu menentang jika pemimpin melanggar hukum Allah
4. Pahala buat mereka yang ikhlas mematuhinya
5. Selekeh bukan ajaran Islam6. Peraturan dicipta ada sebabnya7. Be Profesional!






.....::Wallahua'lam::.....

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mr-iq.blogspot.com/2011/11/sahsiah-rupa-diri-suck.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Naik Kenderaan Amalkannya Untuk Keselamatan Diri Dunia Dan Akhirat

Doa Naik Kenderaan Amalkannya Untuk Keselamatan Diri Dunia Dan Akhirat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 158 hits
Isi Kandungan Penjelasan Doa Naik Kenderaan Doa Naik Kenderaan Amalkannya Untuk Keselamatan Diri Dunia Dan Akhirat setiap Muslim Muslim harus memperbanyakkan doa untuk semua perkara Klik link untuk bacaan selanjutnya
Man Utd Bangkit Lee Chong Wei Tarik Diri

Man Utd Bangkit Lee Chong Wei Tarik Diri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 136 hits
Liga Perdana Inggeris Man Utd Pintas Man CityManchester United kembali ke takhta liga apabila menang ke atas West Brom di halaman sendiri Ternyata amaran yang dilaungkan Manchester United selama ini mengenai niat mereka memintas Manchester ...
Monolog Diri

Monolog Diri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 90 hits
As a human kita memang ada sifat sifat ingin tahu Ingin jadi penyibuk aka busybody Kita bertemu dengan sesetengah orang yang sangat suka ambik tahu hal hal orang lain Kita bertemu dengan seseorang yang suka membangkitkan emosi amarah kita K...
Perbuatan Yang Menjamin Masuk Neraka Ialah Membunuh Diri

Perbuatan Yang Menjamin Masuk Neraka Ialah Membunuh Diri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 209 hits
Membunuh diri adalah seseorang yang berusaha untuk membinasakan dan merosakkan diri dari pelbagai cara lantaran kerana ia kecewa untuk hidup Mereka yang membunuh diri adalah mereka yang hilang keyakinan kepada Allah S W T dan berputus asa d...
Hiburan Shahiezysam Berterus Terang Aib Diri Sebelum Kahwini Syatillamelvin

Hiburan Shahiezysam Berterus Terang Aib Diri Sebelum Kahwini Syatillamelvin

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 205 hits
Hiburan ShahiezySam berterus terang aib diri sebelum kahwini SyatillaMelvin Walaupun perangai saya tak berapa elok dia tetap ada Sam akui Syatilla banyak bersabar dengannya sepanjang perkenalan mereka sehinggalah sudah berkahwin GENAP lima ...
Ibu Kalau Penat Rehatlah Usah Paksa Diri Nak Sempurna Hingga Sakitkan Diri

Ibu Kalau Penat Rehatlah Usah Paksa Diri Nak Sempurna Hingga Sakitkan Diri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 194 hits
Bergelar ibu pengorbanannya sangat besar Memang penat menjadi ibu Tidak kira bekerja atau tidak bekerja Maka bila menjadi ibu jangan terlalu ikut emosi Kalau penat nak kemas rumah biarkan dulu Cukuplah walau kemasnya ala kadar asal lantai d...
Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri Hahahahaha

Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri Hahahahaha

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 156 hits
Rosmah Mansor memohon mahkamah supaya Hakim Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai RM7 juta terhadap istei bekas perdana menteri Najib Razak itu Menerusi permohonan yang difailkan...
Aduhai Bangsa Melayu Usah Lupa Diri

Aduhai Bangsa Melayu Usah Lupa Diri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 190 hits
Catatan Zainal Al Johan Siri 2 Petikan sebahagian laporan oleh wartawan Desi Ernita Dahnin yang telah disiarkan di dalam Mastika edisi November 2011Hamba ini berbangsa Melayu Bangsa yang satu ketika dulu adalah bangsa yang jauh peradabannya...
Lengkapkan Diri Anda Ke Toilet

Lengkapkan Diri Anda Ke Toilet

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 113 hits
Kalau u olls suka travel atau jalan jalan mana mana yang pastinya korang perlu ke tandas awam maka perlulah melengkapkan diri dengan sedikit barangan keperluan asas ke toilet Mahupun ke shopping complex yang canggih manggih giteww tetap per...
Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

Rachel Zegler S Legs And Feet In Tights 6

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Projek Tebatan Banjir S Ngor Gagal Rugi Besar

Iphones Dalam Bahaya Amaran Baru Peretasan Sasarkan Peranti Apple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Ebook Rahsia Taobao

Larangan Menjalinkan Hubungan Sulit Dengan Suami Isteri Orang

12 Cawangan Ahmad S Fried Chicken Yang Semakin Mengganas Di Pasaran

Drama One Cent Thief 2

Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Tahun 2025

Biodata Vivy Yusof Usahawan Ikon Fesyen Malaysia