Aduhai Bangsa Melayu Usah Lupa Diri


Catatan Zainal Al-Johan Siri 2 Petikan sebahagian laporan oleh wartawan Desi Ernita Dahnin yang telah disiarkan di dalam Mastika edisi November 2011





Hamba ini berbangsa Melayu. Bangsa yang satu ketika dulu adalah bangsa yang jauh peradabannya ke hadapan, meninggalkan bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Bangsa Melayu kaya dengan kepakaran dan teknologi.

Tunggu! Jangan mencebik, jangan mencemuh! Tuan hamba sekalian mungkin tidak tahu. Benar, generasi kita hari ini tidak tahu akan fakta kehebatan bangsa Melayu zaman dahulu. Dek kerana segala fakta itu telah dimusnahkan oleh sang penjajah keparat. Penjajah tidak mahu bangsa Melayu menjadi bangsa berkuasa di dunia. Mereka tidak mahu generasi Melayu akan datang tahu kehebatan nenek moyang mereka dahulu kala. Inilah muslihat penjajah keparat!


Meriam Terbesar Melayu Dilarikan ke India

Bangsa kita dimomokkan bahawa Melayu dahulu kala hanya berperang dengan keris dan lembing sahaja. Tidak! Tahukah tuan hamba sekalian, bangsa kita telah mencipta meriam, sudah lama sebelum kedatangan para penjajah lagi.

Ya, ketika itu, terdapat sebuah meriam terbesar di dunia yang dicipta oleh Bangsa Melayu. Meriam tersebut diletakkan di dalam mahligai istana Sultan Melaka. Dan apabila Melaka ditakluk, meriam itu telah dirampas oleh penjajah lalu di bawa berlayar ke Goa, India. Untuk pengetahuan tuan hamba, meriam itu masih ada sehingga kini di Goa. Namun, untuk membawa artifak bukti keagungan tamadun Melayu itu bukan mudah. Bahkan kosnya mencecah berbilion ringgit. Lihat betapa licik dan jahatnya sang penjajah!


Melayu Pelayar Terulung

Bangsa Melayu sudah boleh menghasilkan jam yang digunakan oleh Panglima Awang dalam pelayarannya sewaktu mengelilingi dunia. Dua abad lebih awal sebelum bangsa Eropah mampu mencipta jam. Bangsa Melayu juga boleh belayar di lautan tanpa menggunakan kuasa enjin dan layar, malah tidak pernah sesat dari arah tujuannya. Dan kepakaran belayar ini telah wujud lebih lama sebelum Bangsa Eropah mampu menggerakkan bangsa mereka untuk belayar mengelilingi dunia.

Tahukah juga tuan hamba, Panglima Awang yang berbangsa Melayu itu sebenarnya adalah orang pertama mengelilingi dunia dan hasil pelayarannya itu, dialah yang mengesahkan bahawa bumi ini bulat, bukannya mendatar seperti didakwa bangsa Eropah sebelum itu. Panglima Awang tidak pernah tersesat dalam pelayarannya, sedangkan Captain Columbus berbulan-bulan tersasar dalam pencariannya mencari tanah datar Amerika. Begitulah hebatnya bangsa kita!


Teknologi Mistik Melayu

Sewaktu zaman kegemilangan empayar Melayu Melaka, bangsa Melayu sedang dalam eksperimen untuk membina tentera bukan dari kalangan manusia, tetapi daripada haiwan yang boleh diseru, disuruh dan dipandu arah. Takjub bukan?

Tetapi sayang, belum sempat teknologi tentera haiwan itu dikembangkan, ia telah ‘dilarikan’ oleh penjajah setelah mereka berjaya menakluk Tanah Melayu. Lalu teknik itu mereka kaji dan mereka guna pakai untuk kepentingan bangsa mereka. Melalui teknologi seru itulah pihak Portugal melepaskan seekor ketam untuk membawa naik salib yang dicampakkan ke laut oleh seorang Paderi sebelum memijak bumi Melaka. Hamba bukan sengaja mereka-reka cerita ini, malah cengkerang ketam itu masih berada di Lisbon, Portugal sebagai bukti!


Khazanah Melayu Dihapuskan

Dek kerana hebatnya ilmu pengetahuan bangsa Melayu inilah, penjajah sentiasa mahu menawan tanah bertuah ini. Beribu-ribu dokumen, buku, persuratan dan khazanah bangsa kita telah dirampas oleh mereka. Salah satu darinya seperti usaha Raffles yang membawa ribuan catatan dan buku Melayu di dalam kapal The Fame yang akhirnya terbakar di tengah lautan.

Kita dijajah bukannya kerana rempah ratus seperti yang tercatat dalam sejarah yang digubah sesuka hati oleh sang penjajah. Kita dijajah kerana kehebatan tamadun bangsa Melayu. Inilah sejarah yang tidak diketahui oleh anak Melayu sendiri.

Hamba bangga menjadi anak Melayu. Bukan hanya kerana pengetahuan dan fakta yang hamba ada dan selidiki. Kata-kata hamba bukan omongan kosong. Jika tidak, hamba tidak akan bersusah payah mengumpul pelbagai artifak keagungan bangsa kita satu ketika dulu!





Pakaian Melambangkan Bangsa

Kata mereka, pakaian hamba sudah ketinggalan zaman, tidak relevan. Jika begitu, tidak relevanlah bangsa Arab yang berjubah dan berserban? Tidak relevankah bangsa Ghana dengan baju tradisi ala selimutnya? Tidak relevankah bangsa India dengan sarinya?

Apa yang hamba pakai ini adalah salah satu simbolik bangsa Melayu. Jika kita berjumpa di Melaka 500 tahun yang lampau, inilah pakaiannya. Namun, hamba sesuaikan dengan zaman sekarang. Hamba tempah khas baju ini agar diperbuat daripada kain kapas yang lebih selesa dipakai. Yang penting, identiti pakaian ini yang harus dikekalkan kerana inilah identiti bangsa kita.


Hamba Lebih Afdal Dari Sahaya

Ada yang bertanya, mengapa gunakan perkataan ‘hamba’ dan ‘tuan hamba’ dalam perbualan harian? Mengapa berasa pelik sedangkan itulah pertuturan bangsa kita sejak dulu kala. Malah, ada yang berkata, teruk benar gunakan perkataan hamba kerana ia hanya sesuai antara manusia dengan tuhan.

Tetapi mereka lupa, bila kita menyebut diri kita sebagai hamba, secara tidak langsung ia sentiasa mengingatkan bahawa kita ini adalah hamba Allah. Itukan lebih baik?
Mereka lupa penggunaan perkataan ‘saya’ itu bermula dari ‘sahaya’ yang bermaksud hamba sahaya yang tidak boleh ditebus., secara tidak langsung menjatuhkan diri kita serendah-rendahnya. Bermakna secara tidak langsung kita berdoa menjadi seperti itu. Akhirnya, seperti yang tuan hamba lihat hari ini, bangsa kita menjadi bangsa yang hina sekarang. Bahasa tu menunjukkan bangsa. Pada firasat hamba, perkataan hamba lebih afdal dari saya (sahaya).





Hargailah Khazanah Melayu

Apa yang hamba sampaikan mungkin susah diterima akal, tetapi buktinya ada. Jika tidak percaya, datanglah bertemu hamba. Teratak hamba di Rembau ada menyimpan lebih 200 artifak dan khazanah bangsa kita.

Bukan mudah untuk hamba kumpulkan segala artifak bangsa Melayu ini. Ia memerlukan kos jutaan ringgit dan tenaga pakar saintifik dan spiritual. Kebanyakan artifak ini gagal dikesan oleh pencari gali dari Barat walaupun menggunakan teknologi moden. Ini kerana harta-harta ini telah disimpan di alam mistik oleh orang-orang terdahulu.

Contohnya, 50 tahun lalu, pihak Inggeris ada menghantar ahli arkelogi mereka bagi mengesan Keris Penyalang, iaitu sebilah keris yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi menghukum pembesar istana yang bersalah. Pembesar itu akan ‘disalang’ menggunakan keris tersebut. Caranya, pesalah akan melutut lalu keris penyalang akan ditusukkan dari engkuk menembusi paru-paru, jantung hinga ke perut. Hebatnya keris penyalang, hanya setitis darah akan keluar melalui satu lubang di hulu keris, menandakan si pesalah sudah mati. Keris inilah yang cuba dicari ahli cari gali Inggeris itu tetapi setelah berbulan-bulan mencuba, mereka pulang dengan hampa.

Mengapa? Ini kerana keris itu disimpan pewarisnya di alam mistik dan semoden manapun orang Barat, mereka tidak dapat menandingi kemahiran bangsa Melayu ‘menyelam’ ke dunia mistik. Dan kini, Keris Penyalang itu sudah ada dalam simpanan hamba!


Akhir kata

Banyak artifak lain yang amat diinginkan oleh bangsa penjajah sudah berada dalam simpanan hamba. Dan pencarian hamba tidak akan terhenti di sini. Ini adalah khazanah bangsa kita, dan wajib kita menjaga dan menghargainya.

Tujuan hamba hanya satu, hamba mahu buktikan kehebatan bangsa kita satu ketika dahulu dan ia boleh dijadikan rujukan anak cucu kita kelak. Hamba mahu sedarkan bahawa kitalah bangsa yang hebat dan mencipta pelbagai penemuan pada zaman dahulu.

Tuan hamba, marilah kita sedarkan bangsa kita. Janganlah kita berpecah belah, bermusuhan sesama sendiri hanya kerana fahaman yang berbeza. Sepatutnya, kehebatan nenek moyang kita dahulu mampu menyatukan bangsa Melayu agar bangkit menjadi bangsa yang dihormati dan disanjung seantero dunia.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia!


Nota : Zainal Al-Johan kini juga merupakan pensyarah Pengajian Melayu di Kolej Komuniti Tangga Batu, Pantai Klebang, Melaka. Mereka yang berminat dengan pengajian yang dijalankan beliau boleh menghubungi Kolej Komuniti di talian 03-3152952http://ibnurusydi.blogspot.com/2011/11/catatan-zainal-al-johan-siri-2.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://amrlife-amran.blogspot.com/2012/11/aduhai-bangsa-melayuusah-lupa-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Melayu Mudah Lupa Biarlah Cina Mualaf Kerdil Ini Mengingatkan

Jika Melayu Mudah Lupa Biarlah Cina Mualaf Kerdil Ini Mengingatkan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 189 hits
KUALA LUMPUR Apakah kita masih buta dalam menilai produk UEC Punya ramai pemimpin MCA yang boleh berbahasa Melayu kenapa calonkan produk UEC Apakah kita sudah lupa bahawa ketika PH memerintah Melaka UEC telah diiktiraf Jika Melayu mudah lup...
Lirik Unang Lupa Diri Ho Nirwana Trio

Lirik Unang Lupa Diri Ho Nirwana Trio

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 307 hits
sorry ito unang dirippu ho na so hosakkimolo so ho saut di au ala mardua holong hojujur memang cinta do au tu ho hu akkui do iala arga do cinta ki hu hokkop do i dang boi parmeamonmumolo naneng tinggalhononmu do au itoso pola huambati mungk...
Ibu Kalau Penat Rehatlah Usah Paksa Diri Nak Sempurna Hingga Sakitkan Diri

Ibu Kalau Penat Rehatlah Usah Paksa Diri Nak Sempurna Hingga Sakitkan Diri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 203 hits
Bergelar ibu pengorbanannya sangat besar Memang penat menjadi ibu Tidak kira bekerja atau tidak bekerja Maka bila menjadi ibu jangan terlalu ikut emosi Kalau penat nak kemas rumah biarkan dulu Cukuplah walau kemasnya ala kadar asal lantai d...
Fakta Penting Tentang Bangsa Melayu Yang Telah Dilupakan

Fakta Penting Tentang Bangsa Melayu Yang Telah Dilupakan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 229 hits
Dalam tahun 1879 Parlimen Hawaii di Honolulu telah membincangkan kemungkinan penyatuan Dunia Melayu Polinesia yang luas Sembilan tahun selepasnya Apolinario Mabini di Manila mencadangkan Federation Malaya dengan gagasan yang sama Muncul di ...
Pengorbanan Melayu Untuk Bangsa Lain

Pengorbanan Melayu Untuk Bangsa Lain

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 156 hits
Terlebih dahulu saya ingin jelaskan kepada bangsa bangsa lain tujuan saya ketengahkan artikel atau isu ini bukanlah bertujuan untuk menyemarakkan semangat perkauman di kalangan Melayu ataupun ingin memusuhi bangsa lain terutamanya cina Tida...
Rahsia Tersembunyi Bangsa Melayu

Rahsia Tersembunyi Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 151 hits
Mengapa Israel bersusah payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis Adakah terdapat apa apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura Apa hubungan Bang...
Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin

Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 475 hits
Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin Pernah dengar atau baca tentang tombong wanita lepas besalin Pastinya tidak pernah Al maklumlah perkara yang melibatkan golongan wanita bagi yang sudah pernah bersalin Walau bagaimanapun ada pentingn...
Kalau Dia Anak Jantan Suruh 2 Adun Tu Tarik Diri Cabar Umno Kepada Mahiaddin

Kalau Dia Anak Jantan Suruh 2 Adun Tu Tarik Diri Cabar Umno Kepada Mahiaddin

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 282 hits
BORHAN AHMADUmno terus mencabar Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mengarahkan dua Adun mereka di Johor menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Johor dari Umno Ini kerana bagi mereka kedua dua Adun Bersatu di Johor itu tidak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities