Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri Hahahahaha


Rosmah Mansor memohon mahkamah supaya Hakim Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai RM7 juta terhadap istei bekas perdana menteri Najib Razak itu

Menerusi permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 2 Nov, Rosmah mendakwa terdapat risiko hakim bersikap prejudis dan berat sebelah kepadanya

Peguambelanya, Geethan Ram Vincent, memberitahu baru-baru ini mengenai pemfailan mahkamah, menjelaskan alasan utama agar hakim menarik balik dikatakan kerana konflik kepentingan

Geethan mendakwa perkara itu berlaku apabila Zaini membenarkan pihak pendakwaan mengemukakan peryataan beramaran SPRM dalam kes rasuah Rosmah yang berasingan berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak

Pernyataan beramaran itu berhubung kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai RM7,097,750.
Zaini bukan sahaja mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah, yang masih belum dibicarakan, tetapi juga perbicaraan kes rasuahnya yang berterusan dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak

Pada 21 Okt, semasa peringkat pembelaan perbicaraan rasuah projek solar Rosmah, hakim membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kredibilitinya dengan merujuk kepada pernyataan amaran yang diberikannya kepada SPRM semasa siasatan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya

Terdahulu, pada 18 Feb tahun ini, Zaini mengarahkan Rosmah membela diri dalam kes rasuah projek solar itu

Berkenaan dengan permohonan supaya hakim itu menarik diri, Geethan berhujah Zaini yang sedang mendengar kes perbicaraan rasuah projek solar Rosmah, telah melihat pernyataan beramarannya kepada SPRM sebelum Zaini mendengar perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai tertuduh

“Terdapat kemungkinan prasangka dan berat sebelah apabila beliau (Zaini) membenarkan pihak pendakwaan untuk membangkitkan pernyataan beramaran itu

"Apabila dia membenarkan ini, dia kemudiannya telah melihat pernyataan amarannya (Rosmah)," dakwa Geethan

Peguam itu berhujah perkara ini membawa risiko hakim tidak dapat berlaku adil apabila mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah

Menurut salinan permohonan menarik diri yang dilihat oleh Malaysiakini, Rosmah memohon perintah supaya Zaini menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya

Rosmah juga memohon perintah supaya hakim Mahkamah Tinggi yang berbeza untuk mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.
"Yang Arif Tuan Mohamed Zaini juga di dalam kes solar telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memeriksa balas pemohon menggunakan pernyataan beramaran yang dirakam berhubung siasatan kes ini (Amla)

"Keterangan dan eksibit-eksibit telah dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan kes solar di mana ianya secara langsung atau tidak langsung boleh mempengaruhi Yang Arif Tuan Mohamed Zaini sekiranya Yang Arif Tuan Mohamed Zaini mendengar kes ini

"Hak pemohon untuk mendapatkan suatu perbicaraan yang adil adalah dilindungi sebagai hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan. 
"Hak ini akan dipejudiskan secara teruk dan menjadi sia-sia sekiranya Yang Arif Tuan Mohamed Zaini mendengar perbicaraan kes ini,” dakwa Rosmah dalam pemfailannya di mahkamah

Sementara itu, menurut Geethan, permohonan supaya hakim menarik diri itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pagi ini

Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Isteri bekas perdana menteri didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan

Pertuduhan mengelakkan cukai pula dibuat mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menuntut Rosmah mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/11/rosmah-mohon-hakim-tarik-diri-hahahahaha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Man Utd Bangkit Lee Chong Wei Tarik Diri

Man Utd Bangkit Lee Chong Wei Tarik Diri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 144 hits
Liga Perdana Inggeris Man Utd Pintas Man CityManchester United kembali ke takhta liga apabila menang ke atas West Brom di halaman sendiri Ternyata amaran yang dilaungkan Manchester United selama ini mengenai niat mereka memintas Manchester ...
Mahkamah Tetapkan 14 Dis Pendengaran Permohonan Rosmah Singkir Hakim

Mahkamah Tetapkan 14 Dis Pendengaran Permohonan Rosmah Singkir Hakim

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 280 hits
AGENDA DAILY Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Datin Seri Rosmah Mansor diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 18 Februari lalu untuk membela diri atas tiga pertuduhan rasuah Tarikh 14 Disember diputuska sebagai tarikh pe...
Kalau Dia Anak Jantan Suruh 2 Adun Tu Tarik Diri Cabar Umno Kepada Mahiaddin

Kalau Dia Anak Jantan Suruh 2 Adun Tu Tarik Diri Cabar Umno Kepada Mahiaddin

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 282 hits
BORHAN AHMADUmno terus mencabar Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mengarahkan dua Adun mereka di Johor menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Johor dari Umno Ini kerana bagi mereka kedua dua Adun Bersatu di Johor itu tidak...
Terpaksa Tarik Diri Menyanyi Bersama Penyanyi Idola Di Abpbh Rupanya Zizi Kirana Dimasukkan Ke Hospital Atas Sebab Ini

Terpaksa Tarik Diri Menyanyi Bersama Penyanyi Idola Di Abpbh Rupanya Zizi Kirana Dimasukkan Ke Hospital Atas Sebab Ini

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Zizi Kirana terpaksa menarik diri beraksi bersama penyanyi idolanya Fauziah Latiff dalam segmen persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke 34 esok
Apakah Erti Merdeka Pada Diri Kita

Apakah Erti Merdeka Pada Diri Kita

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 134 hits
Assalamualaikum Sekadar entri ringkas jer kali ni Sekadar nak berkongsi pandangan aku tentang isu video yang telah tersebar di laman dan juga media sosial yang lain Apa pendapat korang atas tindakan berani lelaki tersebut Adakah korang setu...
Kabaharkam Polri Minta Masyarakat Menahan Diri Saat Natal Dan Tahun Baru

Kabaharkam Polri Minta Masyarakat Menahan Diri Saat Natal Dan Tahun Baru

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 136 hits
Kabaharkam Polri Komjen Arief Sulistyanto meminta masyarakat menahan diri untuk bepergian saat Natal 2021 dan tahun baru 2022 untuk mencegah lonjakan kasus Covid 19
Diri Sendiri Bukan Untuk Orang Lain

Diri Sendiri Bukan Untuk Orang Lain

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 186 hits
Salam Sudah terlalu lama tidak mengemas kini blog ini Lama sangat terbiar tanpa sebarang entri bertulis mahupon sharing gambar gambar yang pelik tapi menarik perhatian berpuluh atau boleh menjejak beratus unique visitor Tiga tahun tempoh ya...
Bayi Ini Sudah Mampu Berjalan Selepas Beberapa Minit Dilahirkan

Bayi Ini Sudah Mampu Berjalan Selepas Beberapa Minit Dilahirkan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 240 hits
BAYI yang baru dilahirkan di Brazil ini mengejutkan jururawat dan bidan di sebuah hospital kerana mampu berjalan ketika mahu dimandikan buat pertama kali Dalam video yang dimuat naik di media sosial Jumaat lalu tidak dapat dipastikan di hop...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash