Sahihkah Hadis 9 Daripada 10 Rezeki Berada Pada Perniagaan


Benarkah hadis berkaitan 9/10 rezeki datang daripada perniagaan? Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Berdasarkan soalan di atas, di sini kami datangkan sebuah hadis yang tersebar dan masyhur dalam kalangan masyarakat berkaitan kepentingan berniaga.

Antaranya adalah yang maksudnya:

"Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10 rezeki."

"9 daripada 10 rezeki berada pada perniagaan."

Dua matan ini biasa didengar di bibir-bibir penceramah ketika menceritakan perihal rezeki.

Namun, apakah ia benar datang daripada Rasulullah SAW atau ia hanya kata-kata sebahagian ulama?

Untuk itu, Irsyad al-Hadith pada kali ini akan menjelaskan berkaitan status hadis ini. Di sini kami datangkan beberapa pendapat para ulama dalam menyatakan status hadis ini.

Imam Ibn Abd al-Bar (463 H) mengisyaratkan bahawa hadis ini dhaif di dalam kitabnya kerana beliau menggunakan sighah tamridh (صيغة التمريض) ketika menukilkan hadith ini. [Lihat: al-Istizkar, 619/8]

Imam al-Iraqi (806 H) ketika mengtakhrijkan hadis ini di dalam ihya' Ulumuddin berkata: Berkata Ibrahim al-Harbi di dalam Gharib al-Hadith, hadis tersebut datang daripada Nu’aim bin Abd al-Rahman dan perawi-perawinya adalah thiqah. Dikatakan bahawa Nu'aim adalah sahabat sebagaimana dinyatakan oleh Ibn Mandah dan dakwaan itu adalah tidak benar. Telah berkata Abu Hatim al-Razi dan Ibn Hibban bahawa Nu'aim adalah seorang tabi'i maka hadith tersebut adalah mursal (iaitu hadith yang gugurnya sahabat daripada sanad hadith tersebut). [Lihat: al-Mughni: 419/1]

Melihat kepada beberapa pandangan di atas, kami juga cenderung kepada pandangan yang mengatakan hadis di atas adalah dhaif kerana berlaku keguguran pada sanad hadis tersebut.

Walaupun hadis tersebut adalah dhaif, tetapi berniaga merupakan salah satu pekerjaan yang terpuji kerana Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang peniaga sebelum dan selepas Baginda SAW dilantik menjadi rasul.

Hal ini, banyak dinukilkan di dalam kitab-kitab sirah apabila Nabi SAW bersama bapa saudaranya Abu Thalib pergi ke Syam bagi tujuan berniaga.

Selain itu, Nabi SAW juga pernah membantu isterinya yang tercinta Khadijah binti Khuwailid dalam perniagaan dan banyak lagi peristiwa-peristiwa yang lain.

Tambahan pula, terdapat ramai daripada kalangan sahabat yang menceburkan diri mereka di dalam pelbagai jenis perniagaan.

Antaranya Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Zubair bin al-Awwam, Sa'ad bin Abi Waqqas, al-Barra' bin Azib dan ramai lagi daripada kalangan sahabat.

Di samping itu juga, Imam Abu Hanifah iaitu pengasas mazhab Hanafi juga merupakan seorang peniaga, kerana bapanya juga merupakan seorang peniaga yang berjaya.

Terdapat banyak lagi kisah-kisah yang membuktikan bahawa perniagaan merupakan di antara sumber utama rezeki seseorang itu.

Penutup

Kesimpulannya, hadis yang dinyatakan di atas adalah mursal atau dhaif kerana sanadnya terputus.

Walau bagaimanapun, makna hadis tersebut adalah benar kerana perniagaan sememangnya menjadi salah satu daripada sumber rezeki yang terbesar.

Islam amat menggalakkan umatnya mencari kesenangan hidup dan perniagaan merupakan salah satu daripada caranya.

Akan tetapi, Islam meletakkan beberapa garis panduan agar setiap perkara yang dilakukan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.

Bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.”" [Riwayat al-Tirmizi (1209)][Hadith ini adalah hasan menurut Imam al-Tirmizi]

Selain itu, terdapat sebuah lagi hadis yang penting untuk dijadikan renungan bagi setiap yang ingin berniaga, bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang maksudnya, "Sesungguhnya para peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur." [Riwayat al-Tirmizi (1210)][Hadith ini adalah hasan sahih menurut Imam al-Tirmizi dan hadith ini disahihkan oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya]

Akhirnya, marilah sama-sama kita menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah SWT dalam setiap perkara atau pekerjaan yang kita lakukan.

Semoga Allah SWT menggolongkan kita semua dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Wallahu a'lam.

sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2023/02/sahihkah-hadis-9-daripada-10-rezeki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berada Di Lereng Gunung Potret Kampung Sengkuni Yang Warganya Suka Usil

Berada Di Lereng Gunung Potret Kampung Sengkuni Yang Warganya Suka Usil

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 196 hits
Salah satu kampung di Nganjuk Jawa Timur begitu unik Warganya gemar usil alhasil kampungnya diberi nama dari satu tokoh dalam pewayangan yang begitu jahil dan penuh intrik Sengkuni Berikut potret selengkapnya dilansir dari kanal YouTube Jej...
Suatu Hari Nanti Wajah Kita Akan Berada Di Sini

Suatu Hari Nanti Wajah Kita Akan Berada Di Sini

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 196 hits
Suatu hari nanti wajah kita akan berada di sini Bila Tiada siapa yang tahu Boleh jadi malam nanti Boleh jadi esok Boleh jadi minggu depan Boleh jadi awal tahun depan Kematian itu adalah satu rahsia yang tiada siapa berani nak korek Tiada si...
Pm Berada Dalam Bahaya Dengan Pelantikan Nurul Izzah C4

Pm Berada Dalam Bahaya Dengan Pelantikan Nurul Izzah C4

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 188 hits
malaysiakini comKeputusan Anwar Ibrahim melantik anak perempuannya Nurul Izzah sebagai penasihat ekonomi dan kewangan meletakkan perdana menteri itu dalam kedudukan bahaya menurut Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme Timbalan ketua pegawai e...
Tiga Nama Sudah Berada Dalam Perancangan Tomislav

Tiga Nama Sudah Berada Dalam Perancangan Tomislav

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 325 hits
Foto TFCKuaIa Terengganu Aspek taktikaI menjadi fokus utama juruIatih baharu Terengganu FC TomisIav Steinbrukner sebeIum mengharungi aksi Liga MaIaysia yang bakaI membuka tirainya pada 24 Februari ini JeIas juruIatih keIahiran Croatia itu a...
Tak Berjaya Susukan Anak Bukan Tanda Ibu Gagal Belum Ada Rezeki Untuk Ada Ilmu

Tak Berjaya Susukan Anak Bukan Tanda Ibu Gagal Belum Ada Rezeki Untuk Ada Ilmu

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 188 hits
Bukan semua ibu direzekikan untuk menyusukan anak dengan baik dan lancar hingga ke usia dua tahun Ada yang berhenti separuh jalan namun ada pula yang langsung tidak direzekikan untuk menyusukan anak Tak mudah namun kita perlu berusaha Janga...
Doa Baik Baik Ada Saya Kongsi Setahun Kahwin Heliza Harap Ada Rezeki Cahaya Mata

Doa Baik Baik Ada Saya Kongsi Setahun Kahwin Heliza Harap Ada Rezeki Cahaya Mata

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 147 hits
Doakan semoga kami diberikan rezeki cahaya mata demikian jawapan penyanyi dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Nur Heliza Helmi apabila mengulas dakwaan sedang berbadan dua Doakan yang baik baik Kata Heliza 37 dia sudah terbiasa dengan perhat...
Lima Rakan Diberkas Pecah Masuk Premis Perniagaan

Lima Rakan Diberkas Pecah Masuk Premis Perniagaan

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 98 hits
KUALA LUMPUR Lima sekawan yang giat memecah masuk kedai perkakasan mesin pemotong di sekitar bandar Teluk Panglima Garang Banting dekat sini tumpas di tangan polis
Idea Bisnes Online Perniagaan Internet Paling Laku Di Malaysia

Idea Bisnes Online Perniagaan Internet Paling Laku Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 284 hits
Idea Bisnes Online tanpa modal Perniagaan Internet Paling Laku paling laris yang menguntungkan di Malaysia bagi tahun 2023 Bisnes internet merupakan perniagaan yang beroperasi secara atas talian di dalam platform platform yang berdaftar di ...
Isteri Disyaki Larikan Rm520 000 Wang Perniagaan Suami Ditahan Polis

Isteri Disyaki Larikan Rm520 000 Wang Perniagaan Suami Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 179 hits
BernamaPolis menahan seorang wanita disyaki melarikan wang perniagaan milik suaminya berjumlah RM520 000 dalam satu serbuan di Taman Merdeka Batu Berendam di Melaka pada Rabu lepas Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berk...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Will Artificial Intelligence Disappoint


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Managing Motivating Remote Teams

Mengada Pergi Laser

Barbarik Peluru Cokelat Chord

Arjuna 89 Takdir Memisahkan Chord

Resipi Ayam Masak Thai Yang Simple Tapi Sedap

Pickleball Sukan Viral Cara Bermain Dan Sistem Pemarkahan