Tak Berjaya Susukan Anak Bukan Tanda Ibu Gagal Belum Ada Rezeki Untuk Ada Ilmu


Bukan semua ibu direzekikan untuk menyusukan anak dengan baik dan lancar hingga ke usia dua tahun. Ada yang berhenti separuh jalan namun ada pula yang langsung tidak direzekikan untuk menyusukan anak.

Tak mudah namun kita perlu berusaha. Jangan lebih dahulu, menyerah kalah. Usaha dengan mendapatkan ilmu itu penting sebelum kita berputus asa. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Kaunselor Lakrasi, Pn Nad Masrom untuk semua ibu-ibu yang sedang berjuang untuk menyusukan anak.
Teruskan usaha dan bertawakal kepada Yang Esa, semuanya demi untuk yang tersayang.

Bila ibu tak berjaya menyusukan bayi, bukanlah tanda ibu gagal. Ini fakta. Betul, ibu-ibu yang tak menyusukan bayi bukanlah ibu yang gagal.
Kerana mereka berusaha memastikan bayi mereka terus hidup. Cuma, bila ibu tak berjaya menyusukan bayinya dengan susu ibu, ibu perlu akui satu perkara, yang ibu – TIADA ILMU.
Ini juga fakta. Cuma lebih sedih dan berat untuk diakui. Jika bayi sihat, bukanlah satu masalah besar kepada ibu-ibu yang memilih untuk tidak meneruskan penyusuan.
Jika sebaliknya, lebih banyak sesal yang perlu dihadapi seumur hidup tanpa bisa diluahkan kerana tidak mahu di’judge’ sesiapa.
Saya penah berada dalam situasi ‘gagal’ itu apatah lagi takdir memilih untuk anak saya kembali kepada Allah semula.

Saya ingat lagi waktu saya hamil, salah seorang sahabat ingatkan saya untuk gali ilmu tentang penyusuan susu ibu. Dan tahu saya jawab apa masa tu?
“Kita ada duit, buat apa susah-susah. Bagi jelah susu formula..!” Terpinga-pinga sahabat saya masa tu bila saya beri respons sebegitu.
Dan bila ditakdirkan anak saya alami alahan dengan susu formula dan doktor pesan untuk saya berikan susu ibu dan masa tu saya rasa susu saya ‘tak ada’, saya gigih juga cari ibu-ibu susuan.
Saya call sana-sini. Tapi sayangnya, tiada seorang ibu pun yang sudi bantu. Dan saya kehilangan anak pertama tidak lama selepas itu.
Dan selepas kehilangannya, saya tak sedar lagi yang saya tiada ilmu. Selepas banyak membaca dan memahamkan tentang penyusuan susu ibu, barulah saya tahu yang pengetahuan saya terhadap susu ibu sangatlah ZERO.

Jadi, bolehkah saya menyalahkan takdir dengan mengatakan, ‘tak semua ibu boleh menyusukan bayi?’ Jawapannya tentulah tidak.
Kerana jika kita tiada isu tertentu melibatkan kesihatan yang memberi kesan kepada pengeluaran susu, tentu sahaja Allah sudah tetapkan rezeki untuk susu itu ada.
Cuma kita belum ada rezeki untuk ADA ILMU atau kita tiada rezeki untuk berjumpa dengan orang yang boleh membantu.
Jadi pendapat peribadi saya terhadap isu hangat melibatkan seorang ibu yang berhadapan dengan masalah tongue tie, selagi ada daya berusahalah sehingga ke ‘titisan terakhir’.
Saya tetap puji usaha ibu itu yang berusaha untuk lakukan prosedur tongue tie release. Cuma macam saya cakap, ibu belum direzekikan berjumpa dengan doktor yang boleh membantu.

Atau mungkin doktor tersebut dah berusaha membantu, tapi ibu struggle untuk meneruskan. Saya tidak tahu. Saya pernah menyantuni seorang ibu yang pam tanpa henti setiap 2 jam sebanyak 12 kali sehari. Beliau berjumpa saya sebagai pilihan terakhir selepas berjumpa dengan beberapa doktor.
Kerana ibu ini tidak direzekikan dengan setitis susu pun walaupun pam setiap 2 jam. Sampai melecet puting ibu. Ibu ada masalah pada kelenjar pituitari ibu yang menyebabkan gangguan hormon penyusuan. Apa yang saya boleh buat bila ibu datang kepada saya?
Saya hanya pinjamkan telinga dan bahu untuk ibu ‘bersandar’. Untuk ibu terima takdir yang ibu memang tak boleh menyusukan bayi. Saya sendiri tidak mampu lakukan apa-apa. Cuma mampu beri sokongan sahaja kepada ibu.
Dan jika situasi ini berlaku, mungkin sesuai jika ibu ini yang menggunakan ayat “breastfeeding is not for everyone”. Tapi ibu ini masih boleh berikan susu ibu buat bayinya jika dia mahu iaitu melalui ibu susuan.
Saya minta maaf jika ada yang terguris. Saya tahu isu ini pun bila ada yang share link dan tag nama saya di post viral itu.

Saya tidak berniat untuk merendahkan mana-mana ibu. Kita semua ibu yang baik, ibu yang berusaha untuk memastikan anak kita terus mendapat nutrisi secukupnya.
Jika ibu tidak boleh menyusu secara terus, ibu mungkin boleh berusaha untuk memerah dahulu dan berikan kepada bayi.
Cuma perlu diketahui, disiplin dan usaha perlulah konsisten. Tidak boleh senang mengalah dan perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Inilah yang ramai tidak sanggup dilalui oleh sebahagian ibu.
Apa pun, ibu menyusu usahlah merendahkan ibu tidak menyusu. Dan ibu yang tidak menyusu, usahlah mencari jalan membuktikan ibu menyusu ni takbur.
Masing-masing perlu muhasabah. Jauh lagi perjalanan untuk kita membesarkan anak-anak. Tunjukkan sikap yang baik jika ingin mengajak ibu-ibu yang tidak tahu ini untuk menuntut ilmu.
Kalau sudah diajak secara baik tapi tetap mereka tidak mahu, kita doakan semoga ada peluang itu suatu hari untuk si ibu. Semoga kita para ibu dan wanita perkasa ini saling membantu tanpa jemu.
Nad Masrom
Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma
The post “Tak Berjaya Susukan Anak, Bukan Tanda Ibu Gagal”, Belum Ada Rezeki Untuk Ada Ilmu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-berjaya-susukan-anak-bukan-tanda-ibu-gagal-belum-ada-rezeki-untuk-ada-ilmu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cubaan Guru Songlap Duit Bap Gagal Ibu Jadi Detektif Tuntut Hak Anak

Cubaan Guru Songlap Duit Bap Gagal Ibu Jadi Detektif Tuntut Hak Anak

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 170 hits
WAN SITI AMINAHDrama yang menyelubungi wang Bantuan Awal Persekolahan memasuki episod baharu apabila seorang guru didapati cuai dalam mengagihkan wang tersebut Guru lelaki itu didakwa secara sengaja telah mengurangkan jumlah yang sepatutnya...
Kawan Kata Ibu Masak Sedap Cikgu Kagum Anak Murid Tak Lokek Kongsi Bekal Dengan Kawan Rezeki Dikongsi

Kawan Kata Ibu Masak Sedap Cikgu Kagum Anak Murid Tak Lokek Kongsi Bekal Dengan Kawan Rezeki Dikongsi

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 163 hits
Bukan semua dari kita berada dan mampu untuk makan sedap sedap setiap hari Kerana itulah perlu kita didik anak anak kita untuk berbagi rezeki Berkongsi rezeki bersama anak anak yang kurang senang Perkongsian seorang pendidik yang cukup dike...
Ibu Ini Share Aktiviti Sensori Bawah Setahun Bagus Untuk Iq Anak Cepat Belajar

Ibu Ini Share Aktiviti Sensori Bawah Setahun Bagus Untuk Iq Anak Cepat Belajar

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 128 hits
Perkembangan setiap anak berbeza beza Di usia setahun pertama anak adalah fasa penting untuk anak belajar menggunakan pelbagai derianya Masa ini ibu bapa perlu sentiasa perhatikan perkembangan anak mesti mengikut usia Kebanyakan anak anak d...
Usia 8 Bulan Bayi Belum Tumbuh Gigi Beri Anak Gigit Teether Makanan Jenis Ini

Usia 8 Bulan Bayi Belum Tumbuh Gigi Beri Anak Gigit Teether Makanan Jenis Ini

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 243 hits
Pertumbuhan gigi pertama buat pertama kalinya pada bayi selalunya tidak sama Ada yang cepat ada pula yang agak lama Biasanya bayi mula tumbuh gigi ketika berusia 6 7 bulan ditandai dengan pembengkakan pada gusi bawah Sebahagian bayi akan be...
Boleh Buat Darah Beku Di Kepala Ketagih Main Lato Lato Ibu Panik Leher Anak Terbelit Tali Sampai Nak Hilang Nyawa

Boleh Buat Darah Beku Di Kepala Ketagih Main Lato Lato Ibu Panik Leher Anak Terbelit Tali Sampai Nak Hilang Nyawa

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 288 hits
Keseronokan bertukar tragedi apabila seorang wanita bergelar ibu berkongsikan pengalaman cemas berikutan anak lelakinya hampir maut gara gara terbelit tali permainan yang tular pada ketika ini iaitu lato lato Permainan berbentuk dua biji bo...
Anak Teruja Sekolah Dah Buka Tapi Ibu Yang Gugup

Anak Teruja Sekolah Dah Buka Tapi Ibu Yang Gugup

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 167 hits
Anak Teruja Sekolah Dah Buka Tapi Ibu Yang Gugup Assalamualaikum dan hai semua Finally sekolah dah buka Berakhirlah episode PDPR yang memeningkan para ibu ayah Baru kita tahu betapa besar pengorbanan seorang guru kan Alhamdulillah Geng 4A d...
Saya Sayang Ayah Nukilan Anak Mengenai Ayah Keluar Cari Rezeki Undang Sebak

Saya Sayang Ayah Nukilan Anak Mengenai Ayah Keluar Cari Rezeki Undang Sebak

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 121 hits
Anak anak kecil hatinya sangat tulus dan terlalu jujur Kadang kita nampak mereka diam tapi sebaliknya ada sesuatu yang dipendam dalam hati Apa yang dia lihat dengar semua disimpan dalam memori Seperti nukilan anak ini yang begitu memahami k...
Termarah Teremosi Dengan Anak Gagal Kawal Emosi Cepat Cepat Minta Maaf Bincang

Termarah Teremosi Dengan Anak Gagal Kawal Emosi Cepat Cepat Minta Maaf Bincang

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 113 hits
Kita bukan robot Kita penuh dengan emosi dalam membesarkan anak kecil kita Sedaya upaya kita mengawalnya ada waktunya pasti kita tewas Pun begitu jangan menyalahkan diri kita sendiri kerana kita juga tak sempurna Jika termarah dan terlalu e...
Saya Nak Bakal Isteri Anak Dara Sanggup Tinggal Dengan Ibu Mentua Kata Wak Doyok

Saya Nak Bakal Isteri Anak Dara Sanggup Tinggal Dengan Ibu Mentua Kata Wak Doyok

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 246 hits
nbsp IKON fesyen Wak Doyok mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita untuk dijadikan isteri Kata Wak atau Mohd Azwan Md Nor 48 dia memasang hasrat untuk berkahwin dan menginginkan hubungan yang mampu berkekalan hingga ke akhir haya...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan