Saham Menjunam Pembinaan Kilang Intel Penang Dihentikan


Pembinaan Kilang Intel Penang Dihentikan Sehingga Diberitahu. Sebelum Ini Dijangka Siap Awal Tahun 2024. Intel Hadapi Risiko Dibuang Dari Dow Jones Akibat Harga Saham Menjunam di Pasaran Saham Amerika Laporan akhbar tempatan hari ini melaporkan Intel telah menghentikan pembinaan kilang barunya di Pulau Pinang. Kilang tersebut yang diumumkan 3 tahun lalu merupakan kilang untuk pemprosesan dan pengujian produk melibatkan jumlah pelaburan hampir RM30 billion ringgit. Laporan NST mengatakan ia dijangka siap pada awal tahun ini. Pembinaan kilang tersebut mengambil tempat di Zon Bebas Cukai Fasa 3, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas.
Intel Penang, Bayan Lepas Technoplex. Penghentian pembinaan kilang ini berkaitan dengan masalah aliran wang tunai yang dihadapi oleh Intel pada masa ini. Intel terpaksa menghentikan pembayaran dividen dan mengecilkan tenaga kerjanya di peringkat global. Penghentian kerja-kerja pembinaan kilang ini dijangka hanya akan memberi kesan kepada kilang baru sahaja. Kilang-kilang sedia mungkin tidak akan terjejas.
Intel Malaysia mempunyai seramai lebih kurang 14,000 orang pekerja. Mengikut pelan global, Intel akan mengecilkan sebanyak 15% daripada keseluruhan tenaga kerjanya. Ini bermakna, 2,000 orang pekerja Intel di Malaysia berkemungkinan akan kehilangan pekerjaan.
Ibu pejabat Intel Malaysia. Tiga minggu lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang berkata yang Intel tetap akan meneruskan pembinaan kilangnya di Pulau Pinang. Walaupun mengakui tidak pasti bagaimana rancangan penjimatan kos Intel sebanyak RM43 billion itu akan menjejaskan Pulau Pinang, beliau yakin yang gergasi teknologi berkenaan tidak akan mengambil keputusan untuk membuang para pekerja di pulau mutiara berkenaan.
Sumber The Star bagaimanapun berkata, pembinaan kilang Intel di Bayan Lepas itu masih lagi dijalankan tetapi dengan pengurangan pekerja pembinaan. Kilang tersebut mungkin akan tetap disiapkan, tetapi tarikh siap projek mungkin akan terjejas dan lewat dari tarikh yang dirancang. Pengurusan tertinggi Intel masih lagi belum membuat keputusan kilang mana yang akan dibatalkan operasi dalam perancangan globalnya. Buat masa ini, tarikh siap akhir projek kilang di Bayan Lepas adalah pada September. Status sama ada kilang di Bayan Lepas akan beroperasi atau tidak masih lagi tidak diketahui.
Bulan lepas, Intel mengumumkan akan mengurangkan tenaga kerjanya sebanyak 15% secara global atau seramai 15,000 orang pekerja secara keseluruhan. Pengecilan kos operasi ini dijangka selesai menjelang akhir tahun 2024. Pekerja yang dibuang akan diberikan pakej persaraan bagi mereka yang telah lama berkhidmat. Pakej lain bagi mereka yang memilih untuk berhenti secara sukarela juga disediakan. Sekiranya tidak cukup jumlah pekerja yang berhenti secara sukarela, barulah pengurusan akan mempertimbangkan pemberhentian paksa para pekerja.
Tidak Lagi Berada di Atas Dalam Kelompok Gergasi Buat pertama kalinya dalam sejarah selama 30 tahun, Intel merekodkan kejatuhan nilai pasaran saham di bawah $100 billion. Untuk tahun ini saja, nilai pasaran saham Intel telah menjunam sebanyak 60%. Untuk suku kedua tahun 2024, Intel telah mengumumkan kerugian sebanyak $1.6 billion, bersamaan dengan RM6.9 billion ringgit.
Intel dan Microsoft adalah gergasi teknologi pertama yang tersenarai dalam the Dow Jones Industrial Average (DJIA) pada penghujung tahun 90an. Kini, dengan prestasi yang memburuk, tempat Intel dalam DJIA mungkin akan digantikan dengan Nvidia ataupun Texas Instrument.
Intel begitu lambat mencebuti perlumbaan teknologi A,I walaupun statusnya sebagai gergasi teknologi. Kejatuhan Intel ini diakibatkan oleh keengganan Intel menyertai perlumbaan A.I di peringkat awal. Dengan perkembangan A.I yang begitu pesat, Intel ketinggalan jauh berbanding pesaingnya yang terlebih dahulu menceburi bidang A.I seperti Nvidia dan AMD.
Intel turut telah mengalami penurunan jualan serta pegangan pasaran yang sangat ketara dalam pasaran CPU dan pusat data tradisional. Selain itu, Intel juga telah berbelanja dengan begitu banyak dalam meningkatkan keupayaan pengeluaran mereka walaupun tiada arah tuju yang jelas dalam prospek pasaran cip.
Dalam usaha untuk mengembalikan semula keuntungan mereka, Intel mengambil keputusan untuk membuat langkah drastik dengan mengumumkan pengecilan kos operasi sebanyak 15% secara global. Namun, menurut beberapa pakar ekonomi, langkah ini dilihat terlalu kecil dan terlalu lambat.
Nvidia kekal selesa dalam pasaran dengan pegangan pasaran yang makin meningkat saban hari. Penyingkiran Intel dari Dow Jones bukan sahaja akan memberi reputasi buruk kepada Intel, malahan ia akan mendorong nilai saham Intel untuk terus jatuh merudum. Nvidia yang merupakan syarikat ketiga terbesar dunia adalah calon utama yang dijangka akan menggantikan Intel dalam DJIA. Untuk tahun ini sahaja, nilai saham Nvidia telah meningkat sebanyak 160%.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/saham-menjunam-pembinaan-kilang-intel-penang-dihentikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Bodo Kang Merajuk Pala Toya Betoi La Toyamatmin Orang Penang Kata Maksudnya Benggong

Kata Bodo Kang Merajuk Pala Toya Betoi La Toyamatmin Orang Penang Kata Maksudnya Benggong

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 183 hits
RMS Sokong kerajaan bukan bermaksud kena masuk kerajaan ler Amin cuma tak boleh buat tebuk atap atau langkah sumbing tu jah nko nak duit ke tanak
Harga Tiket Masuk Ke Wonderfood Museum Penang Tarikan Utama

Harga Tiket Masuk Ke Wonderfood Museum Penang Tarikan Utama

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 173 hits
Wonderfood Museum adalah salah satu tarikan di Penang yang menarik untuk dikunjungi Muzium ini menampilkan replika makanan yang besar dan realistik memberikan gambaran menarik tentang kepelbagaian hidangan tempatan Ia bukan sekadar destinas...
Orang Penang Kata Upsereynapetey Toyamatmin

Orang Penang Kata Upsereynapetey Toyamatmin

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 129 hits
Zuwairi Md YusofMemperkenalkan dalang di sebalik portal MalaysiaNow Yes Adik Latheefa Koya Macai Mahathir Khabarnya funded di biayai oleh Azmin Ali Jadi apa saja berita dari portal ni masuk je laa tong sampah SekaliHembus
Doubt Over Kon Yeow S Successor In Penang

Doubt Over Kon Yeow S Successor In Penang

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 198 hits
THE decision by Penang Chief Minister Chow Kon Yeow to withdraw from the state DAP election race leaves us with the burning question Who could replace him Chow led the party for some 25 years including when the socialist group was in the do...
Penang Cm Tells Kedah To Seek Raw Water Payments Via Court

Penang Cm Tells Kedah To Seek Raw Water Payments Via Court

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 142 hits
The Penang government has urged the Kedah government to go through legal means should it wish to seek payment charges for the raw water taken from the Muda River by Penang and not through the media Penang Chief Minister Chow Kon Yeow said h...
Makan Western Food Di Big Tas Tea Pokok Sena Penang

Makan Western Food Di Big Tas Tea Pokok Sena Penang

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 181 hits
Big Tas Tea Pokok SenaPeminat makanan barat di Kepala Batas boleh la cari restoran Big Tas Tea yang terletak di Pokok Sena Restoran ni menyagikan makanan yang berkonsepkan western food Ada pelbagai jenis menu ada di sini set talam westernol...
Kuala Lumpur Berada Dalam Keadaan Selamat Zaliha Mustafa Umum Operasi Sar Tanah Jerlus Dihentikan Hari Ini

Kuala Lumpur Berada Dalam Keadaan Selamat Zaliha Mustafa Umum Operasi Sar Tanah Jerlus Dihentikan Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 169 hits
Kuala Lumpur berada dalam keadaan selamat tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa dalam sidang akhbar hari ini Zaliha berkata orang ramai juga diminta tidak percaya sebarang ilustrasi yang dimuat naik di me
Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam