Sahabat Sejati Lelaki Ini Sanggup Batal Semua Kerja Pulang Ke Kelantan Untuk Bawa Rakan Baik Ke Hospital
Siapa jer tak kenal dengan usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad yang sering menjadi trending dan perbualan warganet dengan video yang dimuatnaik olehnya.
Baru-baru ini, dia berkongsi sebuah video di akaun Instagram sehingga menjadi perhatian netizen apabila dia sanggup meninggalkan semua kerjanya di Kuala Lumpur dan pulang ke Kelantan selepas mendapati kawan baiknya jatuh sakit.
Harini saya batal semua kerja dan meeting kemudian fly ke Kelantan untuk angkat sahabat saya dari rumah ke hospital. Dia stroke disebabkan kerja kuat. 10 tahun dah kerja tempat tu, saya tahu memang dia kerja setiap hari dari jam 8:30am sampai 11pm semata-mata buat OT untuk dapat 2K sebulan.
Bila kesihatan dia terjejas, saya tak tahu dia stroke. Dia kata dia demam dan kaki sakit. Saya call dan suruh dia berhenti, kerja dengan saya je. Minggu lalu, saya belikan dia tiket ke KL. Bila sampai je airport… Ya Allah terkejut. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit-injit.
Lepas 5 hari jaga dekat KL, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up hospital. Bila balik Kelantan, dia rest berapa hari kemudian tak boleh bangun langsung. Saya call semalam, dia kata tak tahan. Kemudian saya putuskan untuk terus terbang ke Kelantan.
Hafiz juga meluahkan dia terpaksa menahan sebak apabila melihat keadaan kawan baiknya sebaik sahaja dia tiba di rumahnya. Apa yang membuatkan Ohmedia rasa tersentuh adalah dia sanggup mendukung kawan baiknya itu dan membawanya ke hospital.
Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju dan angkat dia ke hospital. Kami selalu mandi sungai kecik-kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita empat sahabat janji.
Waktu itu saya cakap 'Siapa antara kita yang senang, kita tolong antara kita yang susah'. Alhamdulilah Allah bagi saya rezeki, kemampuan untuk bantu sahabat ni. Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku dan kita berjuang sama-sama." Terus sihat Loh!
View this post on Instagram
Harini saya cancel semua kerja & meeting then fly ke Kelantan untuk angkat sahabat saya dari rumah ke hospital Dia stroke disebabkan kerja kuat. 10 tahun dh kerja tempat tu, saya tahu mmg dia kerja setiap hari dari jam 8:30am sampai 11pm semata mata buat OT untuk dapat 2K sebulan Bila kesihatan dia terjejas, saya tktau dia stroke. Dia kata dia demam & kaki sakit. Saya call & suruh dia berhenti, kerja dengan saya je Last week, saya belikan dia ticket ke KL. Bila sampai je Airport, Ya Allah terkejut. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit injit Lepas 5 hari jaga dekat KL, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up hospital. Bila balik Kelantan, dia rest berapa hari then tak boleh bangun langsung Saya call semalam, dia kata dh taktahan. Then saya decide pagi ni untuk terus fly Kelantan Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju & angkat dia ke hospital Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap “Siapa antara kita yg senang, kita tlg antara kita yg susah” & Alhamdulilah Allah bg saya rezeki, kemampuan untuk bantu sahabat ni “Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku & kita berjuang sama sama” terus sihat loh!A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on Sep 30, 2020 at 1:21am PDT
Alhamdulillah, masih ada lagi sahabat sejati yang wujud di dunia ini. Semoga kita pun dapat menjadi kawan yang baik kepada orang lain semasa mereka susah dan sakit. InsyaAllah, dengan cara itu, mereka juga akan membantu kita pula.
OHMEDIA: SAHABAT SEJATI. ONE IN A MILLION.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.terengganu11.com/2020/10/video-sahabat-sejati-lelaki-ini-sanggup.html