Kerana Mahu Islam Rakyat Tolak Konsert Hiburan


 

10 orang penonton sekalipun, konsert akan diteruskan
Kuala Lumpur: "Terus terang saya akui jualan tiket untuk Konsert Rock Kapak setakat ini hanya terjual tidak sampai 100 keping walaupun tarikhnya sudah dekat iaitu 7 Oktober ini.
-ADVERTISEMENT-"Bagaimanapun saya tak putus asa untuk teruskan konsert ini. Harga tiket RM85 pun tak akan diturunkan semata-mata untuk tarik peminat. Walau hanya 10 orang menonton persembahan akan diteruskan," kata Hatta penyanyi kumpulan rock Junction.
Hatta adalah penganjur konsert yang bakal berlangsung di Panggung Asia Jalan Gombak, Kuala Lumpur menerusi syarikatnya Attah Music dan Boss Production.
Tiga kumpulan rock legenda iaitu Junction, Meditasi dan Desire yang pernah mewarnai zaman kegemilangan muzik rock negara sekitar 1990-an digandingkan dalam konsert di lokasi yang memuatkan 1000 penonton ini.
Menurutnya, kelesuan jualan tiket mungkin berpunca daripada persaingan dengan konsert lain.
"Kita tengok banyak konsert diadakan dan saya tahu pasaran akan tepu di Kuala Lumpur. Kita perlu ada badan yang memantau konsert yang berlangsung agar jaraknya tak terlalu dekat.
"Kesannya ada yang gagal dapat sambutan dan sebahagian konsert dua tiga kali diturunkan harga tiket dan ada yang turun separuh harga.
"Ada juga yang akhirnya masuk percuma. Tapi saya nak tegaskan di sini macam mana pun walau 10 orang pun yang datang, kita tetap dengan tiket RM85," katanya pada sidang media berlangsung di sebuah hotel di sini, semalam.
Menurutnya, mereka tak akan sesekali memberi masuk percuma atau turunkan harga tiket.
"Memang takkan turunkan. Biarlah 10 orang atau seorang pun datang. Itulah harga kita. Jika ada yang berkata ada mulut yang perlu disuap, situasinya juga sama dengan kami.
"Kami ada keluarga nak diberi makan. Kawan-kawan saya ini pun lama tiada show. Kami buat sendiri promosi dan mungkin ada kelemahan. Dengan bajet yang ketat memang agak susah nak bergerak.
"Apa yang kita ada, kami gunakan media sosial untuk buat promosi. Apapun seperti saya kata, faktor banyak konsert lain turut beri kesan," katanya yang positif sambutan baik akan diterima pada saat akhir.
Peminat yang datang menyaksikan konsert pada malam itu juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah antaranya gitar elektrik, gitar akustik, jaket kulit selain pelbagai barangan lain.
Disiarkan pada: September 23, 2023 @ 2:46pm

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana Mahu Islam, rakyat tolak konsert hiburan..
Lihat komen ini..
(i) Al-hamdulillah, perkembangan menarik berlaku, kerana mahu Islam, rakyat tolak konsert hiburan..
DESIRE siap sedia dengan persembahan terbaik.

Tiga kumpulan rock legenda iaitu Junction, Meditasi dan Desire yang pernah mewarnai zaman kegemilangan muzik rock negara sekitar 1990-an, bakal kembali menemui peminatnya menerusi Konsert Rock Kapak pada 7 Oktober ini.
-ADVERTISEMENT-Konsert yang akan diadakan di Panggung Asia Jalan Gombak, Kuala Lumpur itu dianjurkan Boss Production dan Attah Music.
Hatta Junction berkata konsert yang dijangka bermula pada jam 8 malam itu bakal menyajikan lagu popular daripada tiga kumpulan berkenaan.
Katanya, penampilan ketiga-tiga kumpulan menerusi konsert itu juga turut bertujuan memenuhi permintaan peminat muzik rock.
"Ramai peminat tanya, bila nak buat konsert, tidak dapat konsert besar, mini konsert pun okey, berbulan juga memikirkan sebab untuk mengadakan konsert banyak perbelanjaan diperlukan.


(ii) Al-hamdulillah lagi, gelombang sokongan Melayu potensi kemenangan PERIKATAN NASIONAL (PN) di Pelangai.



KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS NEGERI PAHANG
23 September 2023 | 7 Rabiulawal 1445H
Ringkasnya..
1. Rakyat Pahang menolak Pakatan Harapan (PH) melainkan undi daripada bukan Melayu. Ianya terbukti di semua DUN yang majoritinya adalah Melayu sama ada di kawasan bandar, pinggir bandar dan kampung, persaingan yang hanya melibatkan PERIKATAN NASIONAL (PN) dengan Barisan Nasional (BN) tidak seperti di kawasan pantai barat dan selatan.
Ini jelas terbukti dalam PRU15, di mana 17 DUN yang majoritinya Melayu, dimenangi oleh PN iaitu di DUN Cheka, Tahan, Pulau Tawar, Damak, Beserah, Tanjung Lumpur, Sungai Lembing, Lepar, Pancing, Pulau Manis, Luit, Kuala Sentul, Chenor, Jengka, Lancang, Kuala Semantan serta Bukit Ibam dan kemerosotan undi yang ketara di DUN yang dimenangi oleh UMNO.
Manakala DUN yang majoritinya bukan Melayu kekal dikuasai PH.
Pencapaian ini membuktikan sejak PRU 15 hingga sekarang Melayu kekal memilih PN. Dibuktikan lagi pada keputusan PRN 6 negeri, jelas PN berjaya mengekalkan tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu serta Kedah dan menguasai lebih kerusi DUN majoriti Melayu di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
2. Rakyat dapat melihat bahawa kerjasama UMNO-DAP hanyalah menguntungkan pimpinan atasan atau golongan yang jelas melanggar undang-undang.
3. Sehingga pada hari ini masih tiada katalis atau daya penarik dalam kerjasama UMNO DAP. Yang jelas ianya lebih kepada cita-cita dan kehendak presiden semata-mata untuk bersama dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
4. Dengan terbuktinya gelombang kebangkitan Melayu pada PRU 15 dan PRN 6 Negeri, PAS Pahang yakin undi Melayu akan menjadi signifikan kepada kemenangan PN di PRK Pelangai.
(Rujuk: YB UST ROSLI ABDUL JABAR, PESURUHJAYA PAS PAHANG ADUN TANJUNG LUMPUR)
Sekian.







Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/09/kerana-mahu-islam-rakyat-tolak-konsert.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Allah Ambil Apa Yang Dia Sayang Gantikan Dengan Lebih Baik Penjaga Blake Kini Peluk Agama Islam

Hiburan Allah Ambil Apa Yang Dia Sayang Gantikan Dengan Lebih Baik Penjaga Blake Kini Peluk Agama Islam

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 337 hits
Baru baru ini satu video di laman TikTok memaparkan penjaga anjing kesayangan ramai Blake iaitu Salbuddin Salleh memasuki agama Islam tular di platform terbabit Difahamkan keputusan Salbuddin ingin memeluk agama Islam dilakukan selepas 72 j...
Islam Tolak Politik Persepsi Burukkan Pihak Tidak Sehaluan

Islam Tolak Politik Persepsi Burukkan Pihak Tidak Sehaluan

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 135 hits
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengingat Pas untuk tidak terus membina persepsi buruk terhadap institusi perundangan negara berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan Presiden UMNO Datuk Seri Dr...
Hiburan Nasihat Qistina Lim Taat Pada Suami Musa Hassan Bersyukur Isteri Sudi Peluk Agama Islam

Hiburan Nasihat Qistina Lim Taat Pada Suami Musa Hassan Bersyukur Isteri Sudi Peluk Agama Islam

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 370 hits
Sedia maklum semalam tular berita mengenai perkahwinan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bersama wanita pilihan hati Qistina Lim yang diadakan di sebuah hotel di Shah Alam Susulan itu video ucapan Musa Hassan buat isteri tercinta...
Rakyat Johor Tolak Politik Agama Kata Pemimpin Dap

Rakyat Johor Tolak Politik Agama Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 189 hits
Kemenangan PH pada PRK Pulai dan Simpang Jeram isyarat rakyat Johor menolak politik memperalat agama kata Sheikh Umar Bagharib Ali 10 Sep 2023 12 28pmNaib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali meminta PN kembali fokus dan menjadi pem...
Konsert Patuh Syariah Di Kelantan Pas Hipokrit

Konsert Patuh Syariah Di Kelantan Pas Hipokrit

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 212 hits
Berdasarkan gambar dan rakaman video jelas menunjukkan penganjuran konsert anjuran Media Prima itu tidak mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 Suasana di malam penganjuran konsert itu jelas terpapar percampuran tempat duduk antara lelaki da...
Hiburan Apa Beria Sangat Ni Penjilat Ke Warganet Menyampah Dengan Wanita Taksub Nak Suami Macam Imran Aqil

Hiburan Apa Beria Sangat Ni Penjilat Ke Warganet Menyampah Dengan Wanita Taksub Nak Suami Macam Imran Aqil

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 339 hits
Nampaknya cerita tentang perkahwinan Imran Aqil dan pempengaruh terkenal Dahlia Rizal masih belum habis diceritakan warganet di media sosial Namun ramai yang dah mula muak dengan sesetengah warganet kerana dikatakan terlalu taksub dan terla...
Hiburan 12 Hari Tu Je Ke Berjemaah Pendakwah Kesal Ibadah Umrah Jadi Trend Masjid Di Rumah Tak Pergi

Hiburan 12 Hari Tu Je Ke Berjemaah Pendakwah Kesal Ibadah Umrah Jadi Trend Masjid Di Rumah Tak Pergi

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 215 hits
Baru baru ini di laman TikTok seorang penceramah bernama Ustaz Mokhtar Yaakob meluahkan rasa kurang senang dengan sikap masyarakat zaman sekarang yang menjadikan ibadah umrah sebagai trend Kata ustaz tersebut ada saja yang teruja dapat menu...
Konsert Payung Teduh X Sore

Konsert Payung Teduh X Sore

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 355 hits
Penampilan tiga artis terkenal tanah air iaitu Noh Salleh Ernie Zakri dan Atilia Haron bakal menghangatkan Konsert Senandung Malam Payung Teduh X Sore yang bakal diadakan di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada Sabtu ini Artikel Berkaitan VIDE...
Hakim Tolak Eksepsi Rafael Alun

Hakim Tolak Eksepsi Rafael Alun

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 165 hits
Rafael bersama sama dengan Ernie Meike didakwa melakukan TPPU ketika bertugas sebagai PNS di Direktorat Jenderal Pajak sejak tahun 2002 hingga 2010
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menggubah Bunga Hiasan Meja

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Rajaram Raj Sulu Tampun Puji Chord

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna