Sagano Romantic Train Dan Hozugawa Bot Di Kameoka Jepun




Hari kelapan percutian kami di Jepun, jadual kami ke Kameoka dengan menaiki Sagano Romantic Train dan pulang menyusuri Sungai Hozugawa dengan bot. Pagi itu kami ke Stesen Keretapi Kyoto dan menaiki keretapi ke Stesen Saga-Arashiyama. Kemudian kami ke Saga Taroko Stasen yang terletak bersebelahan Stasen Saga-Arashiyama. Kami menempah ticket Sagano Romantic Train pada jam 09:00 pagi


Sagano Romantic Train merupakan keretapi gaya lama abad ke 19 yang melakukan perjalanan antara Stasen Saga-Arashiyama ke Kameoka. Ia beroperasi dari awal March hingga akhir Disember setiap tahun. Kebiasaannya keretapi ini tidak beroperasi pada hari rabu kecuali di musim puncak percutian seperti musim panas dan musim bunga atau cuti umum, barulah ia beroperasi pada hari rabu.


Sagano Romantic Train mempunyai lima gerabak dan coach kelima adalah coach terbuka. Perjalanan dari Saga Taroko Stasen ke Kameoka Taroko Stasen mengambil masa 25 minit. Sepanjang perjalanan menaiki keretapi ini bergerak selari dengan Sungai Hozugawa. Pemandangan sungai jernih mudik ke hulu Sungai Hozugawa pasti memukau penumpang dengan warna empat musim. Sampai di Kameoka Taroko Stasen, kami berjalan kaki ke stasen JR Umahori dan singgah sarapan di gerai tepi sawah. Dari Stasen Umahori kami menaiki keretapi ke Kameoka Stasen




Kami bersiar di Kameoka sebentar sambil berjalan kaki ke Jeti Sungai Hozugawa untuk menaiki bot pulang ke Arashiyama. Jika malas berjalan, terdapat perkhidmatan bas dari Kameoka Taroko Stasen ke Jeti Sungai Hozugawa.


Hozugawa Boat Ride ini beroperasi sepanjang tahun dan pada bulan November dan Disember, aktivity ini sangat popular di kalangan pelancong ketika daun bertukar warna kuning kemerahan. Pada musim dingin, bot ini akan dilindungi dengan plastic jernih, namun operasi bergantung pada perubahan cuaca



Perjalanan menaiki bot ke hilir Sungai hozugawa ini mengambil masa sekitar dua jam. Bot dikendali oleh tiga pemandu. Seorang ketua yang mengawal hala tuju bot sambil memberi arahan dan bercerita manakala dua orang sebagai pendayung dan mereka bertindak secara bergilir sepanjang perjalanan sejauh 16 kilometer.




Dalam perjalanan menyusuri arus sungai, ketua bot menunjukkan kepada kami beberapa jenis binatang yang terdapat di tebing sungai seperti beberapa spesis burung, kura-kura, monyet dan itik. Sekali sekala bot akan menempuhi jurang-jurang kecil namun agak mendebarkan dan menarik bila kami menjerit beramai-ramai untuk memeriahkan keadaan.



Dalam perjalanan, ketua bot akan bercerita dan sekali sekala bertanya dari negara mana kami datang. Apabila tiba giliran kami, saya menjawab Penang Malaysia dan kebetulan penumpang di sebelah kami juga datang dari Penang Malaysia. Kami berempat sempat merakam gambar kenangan


Perjalanan menaiki bot ini selalunya bergantung pada aras air sungai. Jika aras air sungai tinggi masa perjalanan lebih cepat sampai berbanding ketika aras air sungai cetek. Sekitar 90 minit perjalanan kami sampai dan berhenti sebentar di tempat peniaga bot. Mereka menjual makanan dari dalam bot di Sungai Hozugawa ini dan penumpang boleh membeli dan makan ketika menghabiskan sisa perjalanan ke Arashiyama. 


Sampai di Arashiyama kami bersiar di pekan yang sebuk dengan pelancong ini. Merakam gambar dan menjamu mata di kedai-kedai cenderamata.




Kami kemudian makan di Restaurant Yosiya Arashiyama dan menumpang solat di surau comel di restaurant tersebut. Lewat petang itu kami kembali pulang ka bandar Kyoto dengan menaiki keretapi seperti kami datang tadi.

Untuk menaiki Sagano Romantic Train ke Kameoka dan menyusuri Sungai Hozugawa dengan bot ke arashiyama, sebaiknya pembaca menempah dahulu tiket dari klook untuk memastikan tempat terutama di musim puncak percutian. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2024/12/sagano-romantic-train-dan-hozugawa-bot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kim Seri Nafi Lari Ke Jepun Terpaksa Tutup Nombor Selepas Terima Terlalu Banyak Whatsapp Dari Bukan Pelanggan

Kim Seri Nafi Lari Ke Jepun Terpaksa Tutup Nombor Selepas Terima Terlalu Banyak Whatsapp Dari Bukan Pelanggan

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 263 hits
Pempengaruh Kim Seri 39 yang kini berdepan dakwaan penipuan membabitkan pakej pelancongan kendaliannya menafikan dia sudah melarikan diri ke Jepun sebaliknya dia mendakwa masih berada di Korea Selatan Kim Seri menjelaskan bahawa dia telah m...
Masakan Zarina Zainuddin Tak Lepas Dibawa Masuk Ke Jepun Ini Sebabnya

Masakan Zarina Zainuddin Tak Lepas Dibawa Masuk Ke Jepun Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 228 hits
Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa kecewa apabila niatnya untuk membawa bekal makanan yang sudah dimasak tidak dibenarkan masuk ke Jepun Menurut Zarina dia merancang untuk berjimat semasa percutian kali ini Namun hasratnya terbantut ap...
Kim Seri Masih Di Korea Selatan Nafi Larikan Diri Ke Jepun

Kim Seri Masih Di Korea Selatan Nafi Larikan Diri Ke Jepun

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 335 hits
PETALING JAYA Pempengaruh media sosial Kim Seri menafikan dakwaan bahawa dirinya melarikan diri ke Jepun sebaliknya mendakwa masih berada di Korea Selatan Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina tular baru baru ini dengan dakwaan kes peni...
Saintis Jepun Berjaya Hantar Data Bersaiz 336 Tb S Menerusi Cahaya Tunggal

Saintis Jepun Berjaya Hantar Data Bersaiz 336 Tb S Menerusi Cahaya Tunggal

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 210 hits
Pasukan penyelidik antarabangsa yang diketuai oleh Makmal Rangkaian Fotonik di Institut Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan Jepun telah menunjukkan keupayaan sistem komunikasi serat optik dengan kapasiti penghantaran data bersaiz 3...
Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 409 hits
Pempengaruh Malaysia Kim Seri menafikan bahawa dia melarikan diri ke Jepun susulan kes penipuan membabitkan pakej pelancongan miliknya yang kini sedang menjadi bualan hangat Menerusi Instagram story pempengaruh berusia 39 tahun itu memaklum...
Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 385 hits
Saya selalu membayangkan padang pasir hanya terdapat di timur tengah dan benua afrika Tak sangka di Jepun pun ada bukit pasir ala padang pasir Saya dan seorang teman singgah di Tottori dalam perjalanan percutian kami di Jepun Kami sampai di...
Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 350 hits
RESTORAN TEPPAN MARU TAKE MENYEDIAKAN HIDANGAN AUTENTIK OSAKA JEPUN CHEF TAKESHI WADA Assalammualaikum semua Peminat hidangan masakan Jepun sudah semestinya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia Kita mengenali Sushi Teppanyaki Tempura Omaka...
Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 260 hits
China has done it again Now China introduces some new science some new technology and its manifestation some new industrial product almost every other week Otherwise known as Made in China This week the aviation industry is buzzing with Chi...
Asnb Kenakan Yuran 0 3 Untuk Bot Pelaburan Ria

Asnb Kenakan Yuran 0 3 Untuk Bot Pelaburan Ria

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 216 hits
Amanah Saham Nasional Berhad kini mula mengenakan bayaran kepada pelabur yang menggunakan Robo Investment Advisor mereka Mulai 1 Januari 2025 syarikat pengurusan unit trust ini akan mengenakan bayaran wrap fee sebesar 0 3 setahun yang sebel...
Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Exploring The Essential Marine Supplies For Smooth Sailing

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Hiburan Saya Tak Layan Suami Orang Syira Atiqah Akhirnya Respon Isu Penyondol Rumah Tangga Fattah Amin Fazura

Should Dap Now Apologise To Zahid For Accusing Him Of Graft Ala Its Apology To Beng Hock S Family

Rozi Kemang Berduri Tido Di Bilik Kekasih Chord

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur

Donald Trump Currently Possesses An Armored Golf Buggy Golf Force One Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

100 Kubur Di Kampung Pengkalan Maras Berisiko Hanyut Dipindahkan Mulai Hari Ini

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Mcdonald S Spicy Duo Concert Lit Up Putrajaya

Pelarasan Tarif Air Johor Tak Jejas Majoriti Pengguna Domestik Kelompok E Kasih