Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun





Saya selalu membayangkan padang pasir hanya terdapat di timur tengah dan benua afrika. Tak sangka di Jepun pun ada bukit pasir ala padang pasir. Saya dan seorang teman singgah di Tottori dalam perjalanan percutian kami di Jepun. Kami sampai di Tottori dari Kochi sekitar jam 15:00 petang. Kami menginap di Tottori Washington Hotel sekitar 200 meter dari stesen keretapi.


Petang itu kami bercadang ke Sand Dunes Tottori untuk menyaksikan matahari terbenam di sana, tetapi memandangkan keletihan kami menunda jadual perjalanan keesokkan paginya. Petang itu kami bersiar dan menjamu mata di kedai-kedai sekitar stesen keretapi. Keesokkan paginya kami menaiki bas ke Tottori Sand Dunes. Perjalanan ke sana mengambil masa sekitar 20 minit dengan tambang 370 Yen seorang


Bas menuju ke Sand Dunes ini berhenti di beberapa stesen seperti perhentian Camel Ride, Muzium dan beberapa spot di Bukit Pasir ini dan kami terus ke perhentian terakhir iaitu Tottori Sand Dunes ataupun Sakyu Kaikan. Kemudian kami terus ke tangga papan laluan ke bukit pasir tepi laut ini. Masuk ke sini percuma dan bukit pasir ini dibuka 24 jam.

Sand Dunes Tottori ini merupakan bukit pasir terbesar di Jepun. Bukit pasir ini terbentuk bila pasir yang mengalir dari Sungai Sandaigawa yang masuk ke laut ditolak oleh ombak dan angin lalu membentuk bukit pasir setinggi 47 meter sepanjang pantai



Kami berada agak lama di gumuk pasir yang menarik ini. Merakam gambar bersama pelancong tempatan yang juga melawat tempat istimewa ini. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti menunggang unta dan kuda, paragliding dan papan longsor pasir





Puas merakam gambar di bukit pasir tepi laut ini, kami kembali ke pintu masuk dan terus berjalan kaki ke perhentian muzium pasir. Masuk ke muzium pasir ini dikenakan bayaran. 




Pameran di muzium ini bertukar tema setiap tahun. Semasa kami ke sana pada tahun 2024, temanya adalah perancis. Binaan pasir yang dipamerkan adalah hasil lakaran dan ciptaan pengukir pasir dari serata dunia





Selesai melawat Muzium Pasir Tottori, kami kembali ke hotel. Kami mengambil beg yang ditinggalkan setelah daftar keluar dan ke stesen keretapi. Kami menumpang solat di Information Centre di stesen keretapi. Terima kasih kepada pegawai di information centre yang membenarkan kami menumpang solat di ruang pejabatnya. Kemudian kami berangkat ke Kyoto untuk meneruskan percutian. Terima kasih Allah 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2024/12/melawat-ke-sand-dunes-di-tottori-jepun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 333 hits
Pempengaruh Malaysia Kim Seri menafikan bahawa dia melarikan diri ke Jepun susulan kes penipuan membabitkan pakej pelancongan miliknya yang kini sedang menjadi bualan hangat Menerusi Instagram story pempengaruh berusia 39 tahun itu memaklum...
Syarikat Jepun Hasilkan Minyak Pelincir Perlumbaan Berasaskan Tumbuhan Pertama Di Dunia

Syarikat Jepun Hasilkan Minyak Pelincir Perlumbaan Berasaskan Tumbuhan Pertama Di Dunia

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 333 hits
Syarikat pengeluar minyak pelincir dari Jepun Idemitsu Kosan telah memperkenalkan apa yang didakwanya sebagai minyak enjin lumba pertama di dunia yang dibuat dengan lebih daripada 80 bahan mentah berasaskan tumbuhan dalam minyak asasnya Min...
Bercuti Ke Pulau Shikoku Jepun

Bercuti Ke Pulau Shikoku Jepun

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 245 hits
Saya dan seorang teman singgah bercuti di Pulau Shikoku ini selama lima hari dalam percutian selama 14 hari kami di Jepun pada pertengahan November 2024 Hari pertama kami sampai di bandar Kochi dari Kobe agak lewat petang Kami menginap di L...
Saintis Jepun Berjaya Hantar Data Bersaiz 336 Tb S Menerusi Cahaya Tunggal

Saintis Jepun Berjaya Hantar Data Bersaiz 336 Tb S Menerusi Cahaya Tunggal

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 133 hits
Pasukan penyelidik antarabangsa yang diketuai oleh Makmal Rangkaian Fotonik di Institut Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan Jepun telah menunjukkan keupayaan sistem komunikasi serat optik dengan kapasiti penghantaran data bersaiz 3...
Kim Seri Masih Di Korea Selatan Nafi Larikan Diri Ke Jepun

Kim Seri Masih Di Korea Selatan Nafi Larikan Diri Ke Jepun

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 166 hits
PETALING JAYA Pempengaruh media sosial Kim Seri menafikan dakwaan bahawa dirinya melarikan diri ke Jepun sebaliknya mendakwa masih berada di Korea Selatan Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina tular baru baru ini dengan dakwaan kes peni...
Masakan Zarina Zainuddin Tak Lepas Dibawa Masuk Ke Jepun Ini Sebabnya

Masakan Zarina Zainuddin Tak Lepas Dibawa Masuk Ke Jepun Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 156 hits
Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa kecewa apabila niatnya untuk membawa bekal makanan yang sudah dimasak tidak dibenarkan masuk ke Jepun Menurut Zarina dia merancang untuk berjimat semasa percutian kali ini Namun hasratnya terbantut ap...
Kim Seri Nafi Lari Ke Jepun Terpaksa Tutup Nombor Selepas Terima Terlalu Banyak Whatsapp Dari Bukan Pelanggan

Kim Seri Nafi Lari Ke Jepun Terpaksa Tutup Nombor Selepas Terima Terlalu Banyak Whatsapp Dari Bukan Pelanggan

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 190 hits
Pempengaruh Kim Seri 39 yang kini berdepan dakwaan penipuan membabitkan pakej pelancongan kendaliannya menafikan dia sudah melarikan diri ke Jepun sebaliknya dia mendakwa masih berada di Korea Selatan Kim Seri menjelaskan bahawa dia telah m...
Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 286 hits
RESTORAN TEPPAN MARU TAKE MENYEDIAKAN HIDANGAN AUTENTIK OSAKA JEPUN CHEF TAKESHI WADA Assalammualaikum semua Peminat hidangan masakan Jepun sudah semestinya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia Kita mengenali Sushi Teppanyaki Tempura Omaka...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Potong Cake Birthday

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bakwan Cucur Sayur

What Every Small Business In Huntsville Should Know About Website Ownership And Control

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home

Warga Emas Maut Tertusuk Bilah Forklift

Jiwa Tersenyum Tapi Hati Berkeping Keping

Guan Eng Ingatkan Anwar Dap Rakan Setia Tapi Bukan Yes Man