Safi Youth Radiance Produk Terbaru Keluaran Safi Malaysia
Assalamualaikum, hai semua. Biasanya kita orang perempuan nie memang suka pada kecantikan kan. Jadi kali nie Kak Sue nak kongsi produk kecantikan dengan korang iaitu Safi Youth Radiance Produk Terbaru Keluaran Safi Malaysia. Rasanya ramai kenal dan tahu dah jenama yang satu nie kan. Cuma dengan Safi Youth Radiance kali nie tampil lebih muda, cerah berseri dengan formulasi terkini.
Safi Youth Radiance Produk Terbaru Keluaran Safi MalaysiaSafi Youth Radiance Produk Terbaru Keluaran Safi MalaysiaTerbaru Safi memperkenalkan Safi Youth Radiance jenama rangkaian produk anti penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan kombinasi manfaat ekstrak herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan Lipo Vit C di dalam produknya
Rangkaian invovasi kecantikan terbaru dari Safi nie adalah hasil komitmen yang berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit muka oleh SAFI RESEARCH INSTITUTE, makmal produk penjagaan kulit Halal terbesar di dunia yang beroperasi di Malaysia. Untuk info korang juga rangkaian produk nie diuji secara dermatologi tau.. BEBAS MINYAK MINERAL, BEBAS ALKOHOL, BEBAS PARABEN dan TIDAK DIUJI KEATAS HAIWAN. Jadi korang yang nak mencuba atau guna produk nie perlu risau okay, InsyaAllah selamat..
Safi Youth RadianceSafi Youth Radiance nie menawarkan dua jenis produk tau korang iaitu Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence dengan Nano Gold 24K dan Saffron dan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Nano Gold 24K dan saffron. Setiap satu produk nie berfungsi melawan masalah penuaan kulit dari faktor luaran, mengurangkan garis halus, mengecilkan pori juga mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mengekalkan keremajaan kulit untuk cerah berseri. Haa.. menarik kan.
Jom Kak Sue nak kongsi lebih lagi tentang produk terbaru Safi Youth Radiance nie dengan korang. Bukan apa sebelum kita nak guna atau mencuba produk semestinya lah kita nak tau guna bahan apa, fungsi untuk apa dan sesuai tak dengan kulit kita kan.
1. SAFI YOUTH RADIANCE ANTI AGING & WHITENING ESSENCE dengan Beetix Technology, Saffron Gold & Lipo Vit C
Safi Youth Radiance Anti Aging & Witening EssenceSafi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence dengan Nano Gold 24K diperhebat dengan manfaat nutrisi mewah ekstrak saffront, Beetox dab Lipo Vit C. Formulasi yang berasakan air membuatkan Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence juga diperhebatkan lagi dengan Asid Hialuronik yang mengunci lembapan dengan lebih mendalam. Dengan itu, ia mampu mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus mengembalikan keanjalan kulit muka kita
Produk 2 dalam 1 nie memberikan penghudratan segera, menghaluskan pori juga membantu untuk menyerap produk yang seterusnya dengan lebih baik. Selain dari tu ia juga diperkaya dengan teknologi Saffron Gold dan membantu mencegah masalah penuaan luaran dari dalam lapisan kit, membaiki struktur kukit dengan mencerahkan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan. Nie yang best nie kan.. hehehe.
Safi Youth Radiance nie mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit, antaranya.
Ekstrak Saffron - memperbaki dan mencerahkan kulit muka
Lipo Vit C - Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran
Hialuronik Asid : Menghidratkan dan mengunci kelembapan kukit sehingga 24 jam
Diuji secara dermatologi
Cara Guna :Tuang sedikit ke tapak tanganSapu dan ratakan ke muka korangUrit lembut dengan hujung jari secara bukatan sehingga meresap sempurnaUntuk hasil optimum, gunakan produk bersama Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser
Harga RM55.90 (100ML)
2. SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUAED MOISTURISER dengan Beetox Technology, Saffron Gold & Lipo Vit C
Safi Youth Radiace Serum Infused MoisturiserSafi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Nano Gold 24K & Saffron diperhebat dengan manfaat nutrisi ekstrak Saffron, Beetox dan Lipo Vit C. Dirumuskan untuk menjadi ringan, tak melekit dan tak berminyak untuk penyerapan cepat ke dalam kulit
Serum menyerap lebih mendalam untuk merawat dan melembapkan kulit kita dalam satu aplikasi. Gel krim bertukar menjadi butiran serum kristal bila diaplikasi memberikan kita kulit lembut, licin dan lembap
Safi Youth Radiance Serum nie mengandungi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit, antaranya.
Ekstrak Saffron - Mengurangkan kadar keterlihatan kedutan pada wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit muka
Lipo Vit C - Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran
Vita B3 - Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata mengurangkan garisan halus dan kulit kusam
Diuji secara dermatologi
Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser telah terbukti.
- 67% peningkatan kadar keanjalan kukit yang lebih baik
- 75% peningkatan kadar kecerahan kulit
* Info kat atas nie berdasarkan ujian klinikal dengan penggunaan rangkaian Safi Youth Radiance secara berterusan
Cara Guna : Sapukan produk ke muka dan leherUrut lembut dengan cara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan airTerus urut muka dengan lembut sehingga meresap sempurnaUntuk hasil optimum, gunakan produk ini bersama Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essnce
Harga : RM55.90 (40g)
Safi Youth Radiance Produk Terbaru Keluaran Safi MalaysiaHaa.. menarik kan, Kak Sue salah seorang pengguna produk Safi juga sebenarnya. Teruja nak tengok hasil nanti lepas Kak Sue guna produk nie. Apapun nak cantik dan nampak hasil yang baik memang kena rajin dan kosisten kang korang.
Korang yang nak juga cuba produk Safi Youth Radiance nie boleh dapatkan di Watsons, Gurdian dan Aeon Wellness seluruh negara. Selain tu, untuk lebih detail atau promosi terkini dari Safi korang boleh ke website rasmi ya. Macam biasa Kak Sue kongsi kan kat bawah nie nanti ya.. Jom cantik sama-sama jom.
Websitewww.safi.com.my
FacebookSAFI.MY
Instagram@SAFI Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2019/12/safi-youth-radiance-produk-terbaru-keluaran-safi-malaysia.html