Senarai Ranking Malaysia International School Top
SOURCE : Senarai Ranking Malaysia International School [TOP] appeared first on Portal Mypt3.
Senarai Ranking Malaysia International School [TOP]
Berdasarkan kajian yang dilakukan baru-baru ini, mendapati sekarang trend kebanyakan ibu bapa lebih selesa dan yakin hantar anak masing-masing ke sekolah antarabangsa berbanding sekolah kebangsaan ataupun sjkc.
Walaupun sebenarnya ada banyak lagi senarai sekolah terbaik yang boleh dipilih. Mengapa ini boleh terjadi?
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penyelidik mendapati faktor ketegangan kaum, keyakinan ibu bapa tahap kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh sekolah kerajaan sekarang ini antara faktor penyumbang utama melihatkan jumlah pelajar di sekolah antarabangsa semakin meningkat dikalangan pelajar Malaysia.
Jikalau ada di antara anda di sini yang berminat untuk hantar anak masing-masing ke sekolah antarabangsa, boleh perhatikan jumlah yang perlu anda bayar bergantung kepada peringkat mana anak anda akan memulakan pembelajaran. Memang mahal!
Senarai Ranking Malaysia International School Termahal
Harga yang kami kongsikan di bawah ini adalah daripada peringkat nursery sehinggalah ke peringkat Tingkatan 6 atau umur 13 tahun sahaja.
1) Mont Kiara International School (RM1,291,900)
2) International School of Kuala Lumpur (RM1,170,800)
3) Garden International School (RM1,118,160)
4) The British International School KL (RM1,110,400)
5) IGB International School (RM1,053,500)
6) Alice Smith School (RM980,600)
7) Nexus International School Putrajaya (RM864,560)
8) Australian International School Malaysia (RM828,839)
9) The International School @ Parkcity (RM763,360)
10) Fairview International School (RM554,060)
Cuma Fairview sahaja harga adalah termasuk sehingga pengajian di peringkat umur Tingkatan 6 atau A Level.
Bukan berhenti setakat senarai di atas ini sahaja. Berdasar rekod ada sebanyak 106 malaysia International school yang berdaftar. Nama-nama lain yang popular termasuklah Tenby, Gems, Kingsley, Sunway, Nobel, Cempaka, Nexus, St Joseph, Ipoh, Mahsa, Crescendo, Orbix, Imperial, Labuan, Oakbridge, Jerudong, Inspiros, Austin Heights, Kinabalu, Spectrum, Wadi Sofia, Prince of Wales, Stella Maris, Nilai, Help International School, Taylor International School.
Dan banyak lagi, kesemuanya ada 106 sekolah antarabangsa di Malaysia.
4 Sebab Sekolah Antarabangsa Jadi Pilihan
i) Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar utama di dalam kelas. Dengan kefasihan bercakap bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris membuka peluang luas untuk peluang pekerjaan kelak.
Baik di Malaysia, mahupun di luar negara.
ii) Percampuran budaya
Dengan kepelbagaian pelajar di sekolah antarabangsa baik pelajar Malaysia dengan pleajar luar negara yang membawa budaya tersendiri. Ini sekaligus memberikan peluang untuk mengenali budaya mereka dari seluruh dunia di peringkat awal lagi. Dalam pada masa yang sama mengurangkan culture shock dikalangan pelajar itu sendiri kelak.
iii) Kualiti pendidikan
Tidak dinafikan kualiti pendidikan sekolah antaraabangsa adalah jauh lebih baik mengikut tahap antarabangsa.
iv) Kemudahan
Kemudahan yang disediakan adalah pelbagai daripada bilik alatan musik yang lengkap, gelanggang skuasy dan tenis sehingglah ke kemudahan kolam renang (swimming poll)
Kualiti SJKC Menurun
Kami perhatikan kualiti pengajaran di SJKC semakin merosok. Tak macam dulu. Kami perhatikan pelajar Melayu yang masuk SJKC boleh cakap Cina sahaja.
Bab subjek Maths, English memang tampak lemah. Maths misalnya budak diberikan jawapan tetapi tidak ditunjukkan dan diajar bagaimana cara untuk mendapatkan jawapan.
Jikalau tertinggal, memang terus tertinggal.
Kepada keluarga Melayu yang mahu hantar anak ke SJKC. Pastikan anak-anak betul boleh catch-up. Ini kerana homework memang banyak.
Esoknya pula nak fokus bab baru. Jikalau tidak dipantau, memang out la anak anda. Setakat boleh bangga anak mampu cakap Cina sahaja.
P/S : Kami setuju jikalau sekolah English diwujudkan semula.
SOURCE : Senarai Ranking Malaysia International School [TOP] appeared first on Portal Mypt3.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/malaysia-international-school