Safi Expert Solution Terbukti Berkesan Mengatasi Tompok Penuaan Dan Perlindungan Daripada Sinaran Uv
Assalamualaikum. Pengguna Safi mesti teruja bila dapat tahu bahawa Safi ada mengeluarkan produk penjagaan wajah terbaharu iaitu Safi EXPERT SOLUTION. Fiza juga teruja bila diberi peluang untuk menggunakan produk hebat ini dan ternyata ianya sangat serasi dengan kulit wajah Fiza.
Safi Expert Solution terbukti berkesan mengatasi tompok penuaan dan perlindungan daripada sinaran UV | Safi EXPERT SOLUTION bakal dilancarkan tidak lama lagi. Apa yang terkandung dalam set terbaharu ini. Mesti korang tertanya-tanya kan?
Safi EXPERT SOLUTION didatangkan dengan kotak berwarna hitam keemasan yang mana di dalamnya terkandung set Intensive Ampoules yang berfungsi sebagai Anti Hyper Pigmentation. Di dalam kotak tersebut mengandungi 2 botol kecil Renewal Hydra Complex dan 1 botol sederhana iaitu Supreme Anti-Spots Complex.
Selain itu, didatangkan juga dengan Bio Skin Mosturiser yang mana ianya berfungsi sebagai Anti Photo Ageing Lines di dalam kotak kecil bewarna keemasan.
Safi Expert Solution
Tengok kotak pun sudah nampak produk safi yang terbaharu ini terlalu ekskusif dan menawan sangat. Tadi Fiza sudah senaraikan produk yang terkandung dalam kedua-dua kotak.
Sekarang Fiza hendak kongsikan fungsinya dan bagaimana ia bertindak supaya korang akan lebih faham. Bila sudah faham mesti korang tidak sabar hendak mendapatkannya.
Intensive Ampoules| Anti Hyper PigmentationIa juga terbukti secara klinikal, meringankan bintik gelap dalam masa 2 minggu sahaja. Mana pula datangnya bintik-bintik gelap pada muka yer? Sebenarnya bintik-bintik hitam pada wajab adalah disebabkan oleh gangguan hyperpigmentation kulit.
Intensive Ampoules| Anti Hyper Pigmentation telah diuji dan disahkan
TIADA Mineral OilTIADA AlkoholTIADA SiliconeTIADA ParabenTIADA Ujian Haiwan
Set Intensive Ampoules Cara penggunaanSeperti yang dinyatakan di atas, satu kotak mengandungi 2 botol kecil Renewal Hydra Complex dan 1 botol sederhana iaitu Supreme Anti-Spots Complex. Ia direka untuk digunakan dalam kombinasi untuk hasil yang optimum. Gunakan dua kali sehari iaitu pada siang hari dan waktu malam. Tapi pastikan muka kita telah dicuci bersih
Gunakan ikut label nombor yang tertulis
Langkah 1 - 2 x botol Renewal Hydra Complex
1 botol kecil Renewal Hydra Complex digunakan selama 2 minggu dan teruskan minggu ketiga dan keempat dengan botol kedua.
Titiskan beberapa titisan ampoules atas tapak tangan. Lekapkan pada muka dengan lembut. Bila sudah terasa ianya telah terserap pada kulit, teruskan dengan langkah kedua
Langkah 2 - 1 x Supreme Anti-Spots Complex
Titiskan beberapa Supreme Anti-Spots Complex pada tapak tangan dan sapukan pada muka dengan cara upward strokes
Maklumat tambahan mengenai Intensive Ampoules dan cara penggunaan
Lepas sapu atas muka, memang terasa kulit muka tegang. Jangan risau sebab kita tidak rasa pun ada sesuatu diletakkan atas muka kerana ia menyerap terus ke dalam kulit. Nanti Fiza tunjukkan testimoni daripada Fiza sendiri selepas penggunaan Safi Expert Solution dalam tempoh seminggu.
Bio Skin Mosturiser | Anti Photo Ageing LinesBio Skin Mosturiser | Anti Photo Ageing Lines
Berfungsi untuk menapis lebih daripada 90% daripada sinaran UV, radikal bebas & pencemaran. Bio Skin Mosturiser direka khas untuk menentang garis penuaan dan kedutan yang dicetuskan oleh sinaran UV, radikal bebas dan pencemar.
Bila muka kita terdapat kedutan, kekeringan kulit atau tona kulit tidak sekata, ketahuilah bahawa ia semuanya berpunca daripada kulit muka yang banyak terdedah di bawah sinaran matahari.
Bio Skin Mosturiser memang sesuai digunakan untuk mereka yang kerap keluar dan menjalankan aktiviti di luar rumah.
Bio Skin Mosturiser | Anti Photo Ageing Lines telah diuji dan disahkan
TIADA Mineral OilTIADA AlkoholTIADA Ujian Haiwan
Krim berwarna putih dan tidak melekitCara Penggunaan Untuk menggunakan Bio Skin Mosturiser agak mudah kerana ia hanya krim yang hanya perlu disapukan pada muka.
Langkah 1 Sapukan secara merata ke kulit dan leher yang baru dibersihkan.
Langkah 2 Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat sehingga diserap sepenuhnya ke dalam kulit.
Maklumat tambahan mengenai Bio Skin Mosturiser dan cara penggunaan
Bio Skin Mosturiser memang sesuai untuk mereka yang aktif diluar atau outdoor usage. Bagi Fiza memang tepat sangat produk ini untuk dipakai di muka sebelum keluar pergi bekerja. Ianya juga tidak melekit dan meresap terus ke dalam kulit.
Set lengkap untuk hasil yang terbaikTestimoni penggunaan Safi Expert Solution selepas semingguDalam satu minggu Fiza telah merasakan perubahan pada kulit wajah yang mana, kulit yang kusam menjadi sedikit cerah walaupun tanpa penggunaan sebarang alat solekan.
Fiza juga mempunyai kulit muka yang agak kering. Tetapi dengan penggunaan krim Bio Skin Mosturiser setiap kali keluar daripada rumah, membuatkan kulit Fiza kelihatan lembab dan cerah.
Hasil selepas 1 mingguKulit wajah lebih ceria dan bermayaSet lengkap untuk wajah yang lebih cantikLepas lihat hasilnya mesti korang pun rasa teruja untuk mendapatkan Safi Expert Solution yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Tunggu.
Wassalam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ourmemoria.blogspot.com/2019/03/safi-expert-solution-terbukti-berkesan.html