Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion Penyegar Pelembab Dengan 5 Jenis Hyaluronic Acid
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
SAFI BALQIS OXYWHITE HYDRATING LOTION: Penyegar & Pelembab Dengan 5 Jenis Hyaluronic Acid / Allhamdulillah. Assalamualaikum... Kali ni ada satu produk Safi ni yang saya berkenan dan suka sangat, sehinggakan saya mencarinya untuk kali kedua di pasaraya-pasaraya. Finally, dapat juga. Syukur. Saya suka gunakan Safi Balqis Oxywhite ni masa kat ofis selepas saya balik walking , exercise, masa tu saya nak muka saya nampak segar saya gunakan Safi Balqis Oxywhite ni.
Mula-mula saya dengar dan tahu tentang Safi Balqis Oxywhite ni rasa terkejut juga! Ye la, lotion boleh pakai kat muka ke? Rupanya lotion dan juga penyegar! Uhhh... baru tahu.... Baunya yang cukup wangi dan membuatkan saya rasa cukup segar! Ditambah pula dengan teksturnya yang tidak berminyak membuatkan saya selesa menggunakannya.
Apa pun jom kita kenal-kenalan dulu dnegan produk Safi ni, iaitu SAFI BALQIS OXYWHITE HYDRATING LOTION dengan isipadunya 100ml.
Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion Bagaikan Kasih Saya Ibu dan AnakGabungan formulasi penyegar serta pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. Safi Balqis OxyWhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak dengan:
Memberikan 2x penghidratan* dan kesegaran dengan satu penggunaan.Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid
Macro Hyaluronic AcidNano Hyaluronic AcidBio-HyaluronateOligo-Hyaluronic AcidSuper Nano Hyaluronic Acid
Apa yang paling utama SAFI BALQIS OXYWHITE HYDRATING LOTION ia mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Selain itu juga ia mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR. Ye la kan, kalau saya memang kata je bekerja dalam ofis tapi tak duk diam, pagi pergi walking, tengahari ke sana ke mari ambil anak sekolah, petang pun sama.... MAsa dalam ofis yang kurang terdedah dengan cahaya matahari tu amat la sedikit! Dek sebab itu juga saya perlukan satu produk yang mampu memberi perlindungan kepada kulit dari daripada terdedah daripada sinaran UV yang merbahaya.
OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE
Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.
Cara Penggunaan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion1. Bersihkan muka terlebih dahulu.
2. Sapukan kepada ke seluruhan muka.
3. Tepuk dengan lembut sehinggalah produk tersebut meresap sepenuhnya.
4. Gunakan dua kali sehari.
Apa yang membuatkan saya suka juga tentang SAFI BALQIS OXYWHITE HYDRATING LOTION ni ia tak berminyak tau! Kalau lotion-lotion lain yang kita duk sapu kat tangan dan sebaagainya, ia akan berminya. Tapi SAFI BALQIS OXYWHITE HYDRATING LOTION ni, tidak berminyak sepertimana sangkaan saya. Sudah tentu sangkaan saya meleset! hehehe....
Jom, korang yang mahu merasa kesegaran semula jadi, boleh cuba dan alami sendiri kesegerannya dengan penuh keyakinan.
Harga Murah
So, korang kena cuba tau! harganya murah sahaja RM23.00 mengikut pasaraya yang berdekatan anda. Haragnya sangat berbaloi dan murah. Boleh tahan sebulan lebih mengikut cara penggunaan uols. Kalau kat tempat saya hari tu saya beli dengan RM23.80.... harga bergantung kepada pasaraya ye! namun, ada juga pasaraya yang tak ada SAFI BALQIS OXYWHITE HYDRATING LOTION ni. Hanya pasaraya terpilih sahaja. Tapi korang kena la survey ye pasaraya mana.... Kalau nak senang malas nak p jajah pasaraya, uols boleh la ke laman sesawang untuk pembelian secara online.
Lazada | Facebook SAFI | Instagram SAFI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sheilainspire.com/2019/08/safi-balqis-oxywhite-hydrating-lotion.html