Fuziah Salleh Kerajaan Memberi Jaminan Tiada Kenaikan Harga Gula Di Pasaran Setakat Ini




NIBONG TEBAL: Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga gula di pasaran setakat ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Beliau menegaskan setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat di peringkat Kabinet untuk menaikkan harga gula, malah perkara itu juga sudah banyak kali diperjelas di Parlimen sebelum ini.
Fuziah menjelaskan bahawa spekulasi mengenai kenaikan harga gula itu timbul pada April lepas, susulan aduan daripada pihak industri yang memohon kerajaan untuk menaikkan harga gula selepas mendakwa mengalami kerugian sebanyak 88 sen bagi setiap kilogram gula yang dikeluarkan.
"Tetapi, apa yang kita buat adalah kerajaan beri insentif RM42 juta sebulan kepada syarikat-syarikat ini untuk menstabilkan harga bekalan.
"Ini kerana kita tidak mahu nanti mereka rugi dan selepas itu tidak lagi keluarkan gula.
"Jadi kita bagi insentif supaya mereka keluarkan juga gula biarpun dalam keadaan mereka mengalami kerugian," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Hari Terbuka MySubsidi Diesel SKDS 2.0 (Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata spekulasi tersebut ditimbulkan berikutan kerajaan pada masa itu tidak menetapkan berapa lama tempoh pemberian insentif berkenaan, namun ia masih diteruskan hingga ke hari ini.
April lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan kerajaan akan membuat keputusan berhubung mekanisme menstabilkan bekalan gula termasuk harga bahan pemanis itu pada suku kedua tahun ini.
Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata kerajaan sedang menilai mekanisme, antaranya melibatkan cadangan simpanan stok gula, pemberian subsidi atau menaikkan harga kawalan daripada RM2.85 sekilogram pada masa ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/06/fuziah-salleh-kerajaan-memberi-jaminan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Kenaikan Harga Barang Impak Kepada Rakyat

Kesan Kenaikan Harga Barang Impak Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 205 hits
Topik kesan kenaikan harga barang merupakan antara topik hangat yang sering dibincangkan sejak kebelakangan ini Walaupun sudah beberapa kali parti politik yang memegang tampuk kepimpinan negara berubah nama nampaknya isu kenaikan harga bara...
Harga Runcit Telur Turun Sebanyak 3 Sen Kerajaan Peruntuk Rm100 Juta Pm

Harga Runcit Telur Turun Sebanyak 3 Sen Kerajaan Peruntuk Rm100 Juta Pm

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan telah memutuskan untuk menurunkan harga runcit telur gred A B dan C di seluruh negara sebanyak 3 sen sebiji Langkah ini adalah selaras dengan usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat Perdan...
Harga Pakej Rm250k Ramai Terpegun Lihat Khemah Vvip Jemaah Haji Malaysia Ada Lobster Tandas Tak Perlu Beratur

Harga Pakej Rm250k Ramai Terpegun Lihat Khemah Vvip Jemaah Haji Malaysia Ada Lobster Tandas Tak Perlu Beratur

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 254 hits
Setiap orang melalui pengalaman yang berbeza ketika menunaikan haji tetapi apa yang sama adalah masing masing fokus untuk beribadah Video dikongsi oleh usahawan tudung Haliza Maysuri meraih perhatian warganet selepas dia menunjukkan suasana...
Harga Sawit Terkini Semakan Harga Semasa

Harga Sawit Terkini Semakan Harga Semasa

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 493 hits
Harga Sawit Terkini Semakan Harga Semasa Permintaan minyak sawit pada peringkat global dijangka akan meningkat sekaligus menyebabkan harganya bakal melonjak naik bagi beberapa bulan mendatang Menurut pemerhatian seorang profesor ekonomi dar...
Turun Harga Zaman Pn Perintah Telur Tak Ada

Turun Harga Zaman Pn Perintah Telur Tak Ada

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 159 hits
Sindiran bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang cuba memperkecilkan penurunan harga runcit telur ayam gred A B dan C sebanyak 3 sen sebiji dilihat sangat tidak wajar Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Wilayah Persekutuan Muhammad ...
Pertimbangan Mendapatkan Harga Plat Besi Sesuai Kebutuhan

Pertimbangan Mendapatkan Harga Plat Besi Sesuai Kebutuhan

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 239 hits
BloggerBorneo com Bagi yang membutuhkan untuk membeli plat besi perlu untuk mempersiapkan budget yang beragam Harga plat besi bisa dibedakan harga jualnya dari dari banyak hal Oleh karena itu perlu untuk mempertimbangkan untuk memilihnya ag...
Perodua Ev Anggaran Harga Rm50 Rm100 Ribu

Perodua Ev Anggaran Harga Rm50 Rm100 Ribu

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 374 hits
Apabila rata rata pengeluar kereta mula membincangkan tentang pembangunan kereta elektrik Perodua nampaknya tidak juga mahu ketinggalan dan didakwa sedang dalam proses pembangunan kereta Perodua EV mereka sendiri Menyedari bahawa penghasila...
Benda Free Kau Sanggup Bayar Tote Bag Apple Store Trx Dijual Semula Dengan Harga Cecah Ribuan Ringgit

Benda Free Kau Sanggup Bayar Tote Bag Apple Store Trx Dijual Semula Dengan Harga Cecah Ribuan Ringgit

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 116 hits
Sejak Apple Store pertama di Malaysia yang terletak di The Exchange TRX rasmi dibuka pada 22 Jun lalu ia telah menjadi perhatian kebanyakan rakyat Malaysia lagi lagi peminat jenama tersebut yang ingin menyaksikan sendiri pembukaan tersebut ...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord