Sabah Kekal Di Liga Super 2021


Sabah tetap kekal sebagai pasukan Liga Super bagi musim 2021 dan tiada hukuman dikenakan kepada mereka berhubung isu ini. KURNIAWAN TERIMA KEPUTUSAN DENGAN HATI TERBUKA

Ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto menerima dengan hati terbuka keputusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tidak meluluskan permohonan laluan khas pasukan untuk menghadapi perlawanan CIMB Liga Super menentang UiTM FC di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini. M eskipun mengakui sedikit sedih dengan keputusan MKN itu, selepas semua pemain sudah bersedia dan tidak sabar untuk ke Melaka bagi aksi terakhir liga serta mempersiapkan diri bagi mengharungi TM Piala Malaysia namun Kurniawan menganggap nasib tidak menyebelahi pasukan mereka. 
 



Beliau percaya keputusan yang dibuat oleh MKN ini adalah demi mengutamakan keselamatan semua pihak susulan penularan wabak COVID-19 yang masih membimbangkan khususnya di Sabah ketika ini.

“Tentulah keputusan ini masih mengejutkan kami semua tetapi saya bersama pemain memahami hal ini kerana semestinya kita harus tetap mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh MKN dan pihak kerajaan, jadi sebagai warganegara yang prihatin, kami menerima keputusan ini.

“Menurut saya, apabila MKN mengeluarkan arahan ini yang tidak membenarkan kami ke Semenanjung, pastinya mereka ada alasan tersendiri dan semestinya ini adalah demi menjaga keselamatan lebih banyak orang, jadi kami ikhlas menuruti arahan yang telah dikeluarkan itu.

“Apa-apa pun ini tidak akan melunturkan semangat kami untuk memastikan kami satu pasukan terus kuat bagi mengharungi musim 2021 nanti walaupun hakikatnya ketika ini, pastinya semua masih sedih kerana tidak dapat beraksi dan terpaksa melupakan aksi Piala Malaysia.

“Tetapi tidak mengapalah, yang penting adalah agar pandemik COVID-19 ini cepat berlalu dan saya mohon doa orang ramai agar keadaan lebih baik di sini”, jelasnya.

Melihat situasi ini, tiga mata diberikan kepada pasukan UiTM FC apabila perlawanan terbabit tidak akan berlangsung, Sabtu ini.

Selepas tidak mendapat lampu hijau daripada MKN, ini bermakna Sabah juga tidak akan terlibat dalam saingan TM Piala Malaysia selepas melihat tempoh kuarantin kendiri wajib selama 14 hari sekiranya mereka tiba di Semenanjung Malaysia pada 29 Oktober telah melangkaui tarikh perlawanan pusingan pertama kejohanan tertua itu.

Walaubagaimanapun, Sabah tetap kekal sebagai pasukan Liga Super bagi musim 2021 dan tiada hukuman dikenakan kepada mereka berhubung isu ini. 
 


Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa pertandingan TM Piala Malaysia 2020 kekal berlangsung seperti perancangan sebelum ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan yang turut memberitahu keputusan itu telah dicapai menerusi mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah ke-23 yang bermula pukul 10 pagi sehingga 7 malam semalam.
Jelas Dato’ Ab Ghani, kejohanan TM Piala Malaysia 2020 yang akan bermula 6, 7 dan 8 November ini akan berjalan seperti yang dijadualkan di mana undian TM Piala Malaysia 2020 akan berlangsung pada 1 November ini.

Mengulas mengenai pasukan yang berdepan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Dato’ Ab Ghani memaklumkan pengendali Liga Malaysia itu akan membantu kelab-kelab berkenaan berkaitan proses untuk bermain di venue zon hijau pandemik COVID-19.

“Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL telah memutuskan bahawa kejohanan TM Piala Malaysia 2020 berjalan seperti yang dijadualkan iaitu undian akan bermula pada 1 November ini sebelum kejohanan membuka tirai pada 6, 7 dan 8 November depan.

“Sudah pasti kepatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa menjadi agenda utama buat MFL ketika dalam pandemik COVID-19 dan ia akan menjadi tanggungjawab bersama dalam menjayakan kejohanan TM Piala Malaysia 2020,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini. 





Format TM Piala Malaysia musim ini terpaksa diubah kepada saingan kalah mati sejak pusingan pertama membabitkan 16 pasukan (11 CIMB Liga Super, 5 Liga Premier ) sehingga ke pusingan suku akhir (12 dan 13 November), separuh akhir (17 November) tanpa aksi timbal balik sebelum aksi final pada 22 November.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Ab Ghani turut mengumumkan pasukan UiTM FC telah diberikan kemenangan 3-0 selepas permohonan laluan khas skuad Sabah tidak dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sabah sebelum ini dijadualkan bertemu UiTM FC di Stadium Hang Jebat Melaka untuk aksi terakhir CIMB Liga Super pada 31 Oktober ini.

Melihat situasi ini, Dato’ Ab Ghani mengesahkan Sabah tidak akan terlibat dalam saingan TM Piala Malaysia selepas tidak mendapat pelepasan keluar dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 November

“Permohonan pengecualian bagi pasukan Sabah tidak diluluskan sehingga menyebabkan perlawanan CIMB Liga Super yang tertunda tidak dapat dimainkan, jadi pasukan UiTM FC diberikan kemenangan 3-0.

“Tempoh kuarantin kendiri wajib selama 14 hari (sekiranya pasukan Sabah tiba di KLIA pada 29 Oktober 2020) telah melangkaui tarikh perlawanan pusingan pertama (kalah mati) TM Piala Malaysia.

“Justeru, pasukan yang bakal diundi bertemu pasukan Sabah di Pusingan Pertama (kalah mati) TM Piala Malaysia 2020 diberikan kemenangan 3-0 dan seterusnya layak ke pusingan Suku Akhir.

“Pasukan Sabah adalah kekal sebagai pasukan Liga Super untuk musim 2021 dan tiada hukuman yang bakal dikenakan terhadap pasukan Sabah kerana isu ini,” katanya.

Sementara itu, Dato’ Ab Ghani turut mengesahkan Ahli Lembaga Pengarah MFL telah memutuskan format kenaikan dan penyingkiran CIMB Liga Super kekal seperti biasa.

Kata Dato’ Ab Ghani, tiada penyingkiran buat pasukan berstatus Liga Premier pada musim ini selepas menyaksikan Amateur Football League (AFL) telah mengambil keputusan untuk membatalkan saingan Liga M3 musim 2020 pada 8 Jun 2020.

“Tiada penurunan dari pasukan Liga Premier pada musim ini tetapi format biasa iaitu dua pasukan menduduki menduduki tangga ke-11 dan 12 dari CIMB Liga Super (turun ke Liga Premier) dan dua pasukan teratas Liga Premier (naik ke CIMB Liga Super) kekal seperti biasa,” katanya.

#MFL
#TMPialaMalaysia2020
#CIMBLigaSuper2020





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2020/10/sabah-kekal-di-liga-super-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Perlawanan Dan Kedudukan Terkini Dan Keputusan Liga Super Malaysia 2021

Jadual Perlawanan Dan Kedudukan Terkini Dan Keputusan Liga Super Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 665 hits
Dengan kejayaan Johor DT merangkul kejuaran dalam Malaysian Liga Super 2020 Kini untuk tahun 2021 Malaysian Liga Super diteruskan Jadual dan Kedudukan Terkini Liga Super Malaysia 2021Dengan tersingkirnya PDRM FC dan Felda United FC yang gag...
Lee Hanna Kekal Sebagai Teraju Utama Voice Musim Ke 4 Temui Penonton Jun 2021 Nanti

Lee Hanna Kekal Sebagai Teraju Utama Voice Musim Ke 4 Temui Penonton Jun 2021 Nanti

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 280 hits
Seronoknya apabila dikhabarkan bahawa drama thriller popular OCN iaitu Voice bakal kembali dengan musim ke 4 nanti Slogan untuk Voice 4 ini ialah Masa Untuk Pengadilan di mana ahli pusat panggilan 112 yang menjaga masa emas kejadian jenayah...
Yoursay Budget 2021 Will Govt Cut Our Super Sized Cabinet

Yoursay Budget 2021 Will Govt Cut Our Super Sized Cabinet

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 209 hits
YOURSAY Most corporate organisations apply cost rationalisation in difficult times Clever Voter The country has an endless list of corruption cases that even the Parliament building isn t large enough to display all of them Billions of ring...
Felda United Amp Ukm Fc Dinafikan Tempat Dalam Liga Malaysia 2021

Felda United Amp Ukm Fc Dinafikan Tempat Dalam Liga Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 200 hits
Dua pasukan Liga Malaysia Felda United dan juga UKM FC kini telah menemui takdirnya apabila mereka dinafikan hak untuk bertanding dalam mana mana kejohanan anjuran Malaysian Football League tahun hadapan Dalam kenyataan yang dikeluarkan ole...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 399 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Kerajaan Cadang Beri Bantuan Selama 6 Bulan Berturut Turut Kepada Rakyat Dalam Belanjawan 2021

Kerajaan Cadang Beri Bantuan Selama 6 Bulan Berturut Turut Kepada Rakyat Dalam Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 327 hits
Dengar dengar kerajaan telah dicadangkan untuk memberi bantuan sara hidup setiap bulan sebanyak RM250 hingga RM300 selama enam bulan kepada rakyat yang memerlukan dalam pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat nanti Usul yang telah dicadangkan o...
Ibu Luah Rasa Syukur Terima Cincin Dirisik Neelofa Pu Riz Bakal Nikah Mac 2021

Ibu Luah Rasa Syukur Terima Cincin Dirisik Neelofa Pu Riz Bakal Nikah Mac 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 628 hits
Nampaknya dalam masa terdekat teka teki mengenai hubungan istimewa Noor Neelofa dan PU Riz bakal terjawab selepas keluarga kedua dua pihak mengadakan pertemuan pada Ahad source
Mengimbau Memori Mph Hadir Dengan Koleksi Kalendar Playtime With Lat Tahun 2021 Edisi Terhad

Mengimbau Memori Mph Hadir Dengan Koleksi Kalendar Playtime With Lat Tahun 2021 Edisi Terhad

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 368 hits
Kampung Boy merupakan siri komik dan animasi yang menghiasi zaman kanak kanak segelintir rakyat Malaysia Pastinya rakyat Malaysia mengenali siapa pelukis disebalik komik tersebut Terbaharu MPH tampil berkolaborasi dengan ikon Malaysia Dato ...
Kantor Pln Wamena Yang Dibakar Saat Rusuh Dibangun Kembali 2021

Kantor Pln Wamena Yang Dibakar Saat Rusuh Dibangun Kembali 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 243 hits
Berdasarkan informasi yang diterima kata Robert akan dibangun dua kantor PLN sekaligus yaitu Kantor UP3 dan Kantor ULP Wamena Kota
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega

Wan Maimunah Meraung Dapat Panggilan Haji Tak Sangka Doa 2 Tahun Lalu Dimakbulkan