Levy Madinda meluru kearah Jurulatih Sabah selepas menjaringkan gol sepakan percuma menentang Perak FC
Pada minit ke-26, Perak FC mendiamkan Stadium Likas selepas berjaya memperoleh gol pertama hasil sepakan percuma cantik daripada Nazirul Naim Che Hashim bagi menjadikan kedudukan 1-0. Tersentak dengan jaringan itu, Sabah menggandakan usaha untuk memburu gol penyamaan namun serangan bahaya mereka gagal diterjemahkan kepada jaringan.
Amri juga sekali lagi mempunyai peluang baik pada minit ke-37 namun beliau gagal membuat penyudah baik selepas mendapat hantaran Azzizan di dalam kotak penalti dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat babak pertama. Bermula separuh masa kedua, Perak FC dilihat garang di awal permainan apabila memiliki dua peluang awal.
Pada minit ke-65, gol yang dicari Sabah FC akhirnya menjelma hasil cubaan cantik Amri selepas menerima hantaran Alto bagi menjadikan kedudukan 1-1. Lima minit kemudian, Leandro melakukan sepakan percuma cantik namun Robson sekali lagi berjaya menyelamatkan pintu golnya.
Levy Madinda wira Sabah FC! Pada minit ke-79, pemain import Sabah FC, Levy Madinda yang dimasukkan pada babak kedua muncul wira apabila sepakan percuma leretnya terus menewaskan penjaga gol lawan bagi menjadikan kedudukan 2-1 dan ia kekal sehingga pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |