Pemain Sabah FC bersama Mohd Amri Yahyah meraikan jaringannya ketika menentang Melaka. – Foto Sabah FC
2 Gol Amri Bantu Sabah Benam Melaka Tersentak dengan jaringan itu, Melaka United cuba mencari gol penyamaan yang pantas dan hampir memperoleh pada minit ke-7, namun, rembatan dari luar kota penalti Sony Norde hanya sedikit tersasar.
Seminit kemudian, giliran penyerang import Sabah FC, Sam Johnson melakukan cubaan dari luar kotak penalti tetapi ia juga tidak menepati sasaran. Pada minit ke-16, Mohd Azzizan Nordin menjaringkan gol kedua buat Sabah FC hasil satu rembatan cantik di dalam kotak penalti selepas dia melepasi kawalan seorang pertahanan lawan bagi menjadikan kedudukan 2-0.
Tahniah buat eL-Matadore sekaligus mengesahkan kembalinya beliau semula didalam Kesebelasan Utama Pasukan Sabah! Melaka United mempunyai peluang baik untuk membuka akaun jaringan namun rembatan Alex Dos Santos pada minit ke-27 berjaya dihalang penjaga gol Sabah, Robson Rendy Rining dan kedudukan 2-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula babak kedua, sentuhan Amri pada minit ke-47 sekali lagi menghadirkan kegembiraan buat penyokong tuan rumah melalui sepakan akrobatik selepas menerima hantaran Park Taesu terus menewaskan penjaga gol Melaka United bagi menjadikan kedudukan 3-0. Walaupun ketinggalan tiga gol, pasukan pelawat tidak putus asa untuk mencari gol namun beberapa serangan bahaya termasuk sepakan percuma Norde pada minit ke-59 yang gagal menemui sasaran.
Pada minit ke-65, gol yang dicari-cari Melaka United akhirnya muncul hasil jaringan Mohd Fakhrullah Rosli yang menyempurnakan bola muntah daripada Robson bagi menjadikan kedudukan 3-1. Jaringan itu ternyata menyuntik semangat Melaka United untuk terus memburu gol menerusi beberapa lagi serangan namun kekentalan barisan pertahanan yang dikemudi Risto Mitrevski dan Rawilson Batuil menggagalkan usaha pasukan pelawat itu.
Pada minit ke-80, Johnson mempunyai peluang untuk menambah jaringan buat Sabah FC namun penjaga gol lawan berjaya menyelamatkan rembatan kaki kirinya. Kedudukan 3-1 itu kekal sehingga pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria meniupkan wisel penamat.
Dengan kemenangan itu, Sabah FC kini mengumpul 16 mata hasil daripada empat kemenangan, empat seri dan empat kekalahan.
Azizan Nordin menunjukkan karektor sebenarnya pada malam ni |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |