Sabah Fa Tundukkan Selangor United


FT: Sabah 1-0 Selangor United Rodoljub Paunovic 7' ⚽ Kemenangan yang sukar tapi akhirnya 3 mata berharga di Likas. Tahniah semua pemain Sabah FA. Teruskan momentum kemenangan.😘💕 #LigaPremierMalaysia2019 Tambadau Sabah tundukkan Selangor United 1-0

LIKAS: Tambadau Sabah berjaya pertahankan gol awal menentang Selangor United untuk mencatat kemenangan 1-0 di Stadium Likas, di sini malam tadi. Kemenangan dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga Premier itu menebus kekalahan Tambadau Sabah ditangan Selangor United pada awal musim ini.

Paunovic (no.9) bersama Alto (no.11) dan pemain-pemain skuad Tambadau Sabah meraikan gol minit ke-6.
Paunovic (kiri sekali) menjaringkan gol pertama Sabah sambil diperhatikan oleh rakannya, Luiz Carlos Junior.

Perlawanan bermula dengan baik bagi pasukan tuan rumah dan gol datang seawal minit ke-6 melalui pemain import, Paunovic Rodoljub.

Gerakan bermula dari sebelah kiri melalui Jenius Karib yang membuat hantaran silang ke hujung sebelah kotak penalti menemui Alto Linus.

Alto berjaya menanduk bola balik ke dalam kotak penalti Selangor United yang kemudiannya disambar oleh Paunovic dan dengan mudah menolak bola melepasi penjaga gol, Muhamad Nuraizat Abdul Aziz.

Selepas itu, Selangor United terus menerima tekanan dari Tambadau Sabah dan pada minit ke-9, pemain import dari Korea, Park Tae Su hampir menjaringkan gol kedua.

Park yang keseorangan di sebelah kiri gol Selangor United menanduk bola dari sudut sempit hasil hantaran tendangan sudut Mohd Azizan Nordin namun bahagian sebelah dalam tiang gol dan melantun semula dan berjaya dikeluarkan dari zon merbahaya oleh pertahanan lawan.

Walaubagaimanapun, Selangor United cuba bangkit semula dan hampir membolosi gawang Tambadau Sabah pada minit ke-27 melalui tendangan percuma Mohd Fauzan Dzulkifli namun kecekapan penjaga gol, Rozaimie Rohim berjaya menyelamatkan keadaan.

Tujuh minit kemudian, penyokong Sabah dikejutkan dengan cubaan penyerang import Selangor United dari Uzbekistan, Nikita Pavlenko yang terkena tiang gol dengan Rozaimie sudah tewas.

Tambadau Sabah tampak bertenaga dengan Alto bermain di sayap kanan asyik berjaya menewaskan pertahanan Selangor United untuk membuat hantaran silang tetapi tidak dapat disudahi oleh Paunovic ataupun Luiz Carlos Junior.

Pada babak kedua, permainan bertukar corak dengan Selangor United mengawal hampir keseluruhan perlawanan.

Pertahanan Tambadau Sabah yang diketuai Rawilson Batuil bersama Park, Randy Baruh dan Evan Wensley Wenceslaus terpaksa menahan gandingan serangan Pavlenko dan Sergio Fabian Aguero dari Selangor United.

Pada minit ke-54, Pavlenko sekali lagi mendapat peluang tetapi cubaannya di depan gol menuju tepat kedakapan Rozaimie.

Tambadau Sabah hanya mempunyai satu atau dua peluang dalam separuh masa kedua, antaranya pada minit-minit akhir apabila Azizan berjaya melepaskan diri di sebelah kanan dan membuat hantaran lencong kepada Paunovic.

Cubaan Paunovic bagaimanapun terkeluar sipi sahaja.

Debaran penyokong Sabah bertambah apabila pengadil ke-empat menunjukkan empat minit masa kecederaan semasa Selangor United menggandakan asakan.

Pengadil Muhd Faiz Jamaluddin meniupkan wisel penamat sebaik sahaja tendangan percuma Selangor United di atas kotak penalti Sabah terkeluar.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Tambadau Sabah mengumpul 21 mata selepas 11 perlawanan dan mengambil alih kedudukan tangga kedua liga dari UiTM. JDT II masih mendahului liga.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2019/05/sabah-fa-tundukkan-selangor-united.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Liga Super Jdt Tundukkan Felda United 2 0

Liga Super Jdt Tundukkan Felda United 2 0

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 220 hits
M RIZAL NOR 04 Mei 2019 10 44 PM MARAN Pasukan Johor Darul Takzim terus gah di puncak Liga Super setelah menewaskan Felda United 2 0 di Stadium Tun Abdul Raz
10 Sekolah Di Kl Selangor Terima Rm3 43 Juta Bina Prasarana

10 Sekolah Di Kl Selangor Terima Rm3 43 Juta Bina Prasarana

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 269 hits
10 sekolah di KL Selangor terima RM3 43 juta bina prasarana Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 5 May 2019 7 45AM
Angkara Gangguan Makhluk Halus Secara Berterusan Klinik Desa Hulu Selangor Terpaksa Ditutup

Angkara Gangguan Makhluk Halus Secara Berterusan Klinik Desa Hulu Selangor Terpaksa Ditutup

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1025 hits
Akibat gangguan misteri yang terjadi sejak dari tahun 2007 akhirnya Klinik Desa Gesir Tengah Hulu Selangor terpaksa ditutup sementara waktu Satu surat notis penutupan sementara klinik tersebut yang viral di laman sosial sejak minggu lalu te...
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Selangor 2019

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Selangor 2019

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 461 hits
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1440H 2019M BAGI SELURUH NEGERI SELANGOR Mama perasan ramai yang masuk blog Ni hari ini kerana nak melihat Waktu Berbuka Puasa bagi Negeri Selangor Kasihan pula data yang mama Ada cuma tahun lepas ...
Kerajaan Selangor Lemah Gagal Tadbir Urus

Kerajaan Selangor Lemah Gagal Tadbir Urus

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 295 hits
Sallehen Mukhyi SHAH ALAM Sikap rakus dan serakah politik yang begitu besar kerajaan Pakatan Harapan Selangor untuk menang Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu menyebabkan rakyat menjadi mangsa Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi berkata ...
Kelemahan Urus Kerajaan Ph Selangor Semakin Ketara

Kelemahan Urus Kerajaan Ph Selangor Semakin Ketara

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 391 hits
KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR Membaca kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor jelas menunjukkan kerajaan negeri Pakatan Harapan Selangor tidak berupaya dan berkemampuan untuk mentadbir dan mengurus negeri denga...
Selangor Tidak Pernah Mansuh Smue

Selangor Tidak Pernah Mansuh Smue

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 466 hits
OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM Kerajaan Selangor tidak pernah memansuhkan Skim Mesra Usia Emas seperti yang didakwa segelintir pihak baru baru ini Dato Menteri Besar Amirudin Shari berkata sebaliknya pengumuman pemberian baucar Jom Shopping k...
Umno Selangor Kerah 25 000 Ahli Turun Sabtu Ini

Umno Selangor Kerah 25 000 Ahli Turun Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 601 hits
SHAH ALAM Badan Perhubungan UMNO Selangor akan mengerahkan 25 000 ahlinya bagi menyertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di ibu negara pada Sabtu ini Timbalan pengerusinya Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata keputusan itu dicapai sele...
Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2019 A Journey To Visit Malaysia Year 2020 Pantai Remis Kuala Selangor

Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2019 A Journey To Visit Malaysia Year 2020 Pantai Remis Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 492 hits
KUALA SELANGOR 25 April Tourism Malaysia dengan kerjasama Wak Jali Event Management akan menganjurkan Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2019 A journey to Visit Malaysia Year 2020 yang akan diadakan di Pantai Remis Kuala Selangor pada 28 Apr...
50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Dbkl Puts 3 Officers On Leave Over Balloon Vendor Incident


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Reka Cerita Nafi Tuduhan Berkaitan Dengan Kim Saeron Kim Soohyun Menangis Teresak Esak Di Sidang Media

Tak Layan Mengarut