Sabah Akan Terus Bergolak Setujukan Muhyiddin Melantik Bung Mokhtar Sebagai Ketua Menteri




Walaupun PRN Sabah sudah berakhir, kemelut politik dan ketidaktentuan di negeri itu dijangka akan berterusan untuk beberapa hari lagi.
Ini berikutan, masih wujud beberapa kesamaran daripada keputusan yang dibuat oleh pengundi Sabah itu.
Dari segi parti yang berdaftar dengan SPR, Warisan berjaya memenangi jumlah kerusi terbanyak iaitu 29, diikuti PN 17, BN 14, PBS 7, Bebas 3, PKR 2 dan Upko 1.
Oleh kerana PN, BN dan PBS bergabung di bawah Gabungan Rakyat Sabah atau GRS, mereka setakat ini dikira berjaya memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan iaitu sebanyak 38 kerusi.
Dalam erti kata, kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal boleh dikata sudah tumbang sekarang ini.
Cumanya, GRS bukanlah sebuah gabungan yang berdaftar, baik dengan ROS atau SPR seperti mana PN, BN, Warisan dan lain-lain parti.


Dalam keadaan demikian, itulah yang menyebabkan Shafie Apdal masih enggan mengaku kalah kerana mendakwa partinya dikira menang jumlah kerusi yang terbanyak berbanding lain-lain parti yang sah.
Dengan itu, tidak mustahil dalam beberapa jam mendatang, acara lompat-melompat dan pesta membeli-belah akan bermula dengan meriah sekali berikutan keinginan kedua-dua pihak untuk mengesahkan kemenangan masing-masing.
Akhirnya, siapa yang berjaya membuat tawaran lebih baik, merekalah yang berjaya memperolehi lebih banyak sokongan dan seterusnya berpeluang membentuk kerajaan.
Secara mudahnya, sehingga ini belum boleh diketahui siapa yang akan dibenarkan oleh Istana Sabah untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, malah mungkin gerakan menarik sokongan sedang giat dijalankan.

Itu pergolakan pertama yang tidak diketahui bila akan berakhirnya.
Pergolakan kedua ialah tentang mengisi jawatan Ketua Menteri sekiranya GRS diiikriraf sebagai memenangi PRN Sabah.
Sebagaimana yang diketahui umum, BN mencalonkan Bung Mokhtar Radin untuk jawatan Ketua Menteri, manakala PN menonjolkan Hajiji Noor.
Daripada 14 kerusi yang dimenangi oleh BN, semuanya dimenangi oleh calon daripada UMNO.
Bagi PN pula, daripada 17 kerusi yang dimenanginya, 10 dimenangi oleh Bersatu dan 7 lagi oleh Star.
Ini bermakna, dari segi parti yang menyumbang jumlah kerusi terbanyak kepada kemenangan GRS, ia telah disumbangkan oleh UMNO.
Sebagaimana yang disebut oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, dengan itu maka Bung Mokhtar seharusnya dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah mewakili GRS.
Soalnya, apakah Hajiji setuju dan mahu mengalah?
Apakah juga Muhyiddin Yassin setuju Bung Mokhtar dilantik sebagai Ketua Menteri sedangkan beliau sudah menonjolkan nama Hajiji sebelum ini?
Lebih daripada itu, apakah Muhyiddin turut tidak kisah dengan kedudukan Bung Mokhtar yang masih berdepan kes di mahkamah untuk dilantik mengetuai sebuah kerajaan negeri?
Kalau Muhyiddin berkeras mahukan Hajiji pula, bagaimana jika UMN tidak setuju dan beberapa Adunnya mengancam untuk mengalih sokongannya?
Selain itu, apakah sokongan PBS dan Star sentiasa kekal bersama GRS?
Tidak mungkinkah mereka boleh beralih kepada Warisan jika terma dan syarat-syarat diminta dipenuhi?
Yang pasti, UMNO dan Bersatu akan terus berkocak dan bergasak untuk beberapa hari akan datang ini. (Shahbudindotcom 27/09/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/sabah-akan-terus-bergolaksetujukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hajiji Noor Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Ke 16 Bung Moktar Antara 3 Adun Angkat Sumpah Sebagai Timbalan Km

Hajiji Noor Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Ke 16 Bung Moktar Antara 3 Adun Angkat Sumpah Sebagai Timbalan Km

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 498 hits
1 025 total views 1 025 views today KOTA KINABALU Pengerusi Perikatan Nasional Sabah Datuk Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke 16 di hadapan Yang Dipertua Negeri...
Yang Dipertua Negeri Sabah Minta Tempoh Tentukan Ketua Menteri Bung Moktar

Yang Dipertua Negeri Sabah Minta Tempoh Tentukan Ketua Menteri Bung Moktar

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 486 hits
1 294 total views 1 294 views today KOTA KINABALU Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu kata Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin Secepa...
Sah Grs Angkat Hajiji Sebagai Ketua Menteri Sabah

Sah Grs Angkat Hajiji Sebagai Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 433 hits
Gabungan Rakyat Sabah dijadual mengadakan pertemuan pagi ini bagi membincangkan calon ketua menteri negeri itu Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey Kitingan berkata demikian ketika ditemui pemberita di sebuah hotel di Kota Kinabalu...
Baik Bung Mokhtar Atau Hajiji Kedudukan Muhyiddin Sebagai Pm Tetap Tergugat

Baik Bung Mokhtar Atau Hajiji Kedudukan Muhyiddin Sebagai Pm Tetap Tergugat

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 306 hits
Siapa bakal menjadi Ketua Menteri Sabah sehingga ini masih lagi tidak dapat dipastikan dan bila majlis angkat sumpah akan berlangsung juga tidak diketahui BN dan Perikatan Nasional Sabah dikatakan gagal mencapai kata sepakat berhubung calon...
Prn Sabah Bung Moktar Bakal Menjadi Ketua Menteri Sabah

Prn Sabah Bung Moktar Bakal Menjadi Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 651 hits
PRN SABAH BUNG MOKTAR MUNGKIN MENJADI KETUA MENTERIGabungan Rakyat Sabah 3 BEBAS akan menubuhkan kerajaan di Sabah Kemasukan 3 ADUN Bebas ke dalam Gabungan Rakyat Sabah menjadikan Gabungan mempunyai 41 kerusi DUN berbanding WARISAN PLUS han...
Apa Sebenarnya Yang Berlaku Di Sebalik Perlantikan Hajiji Sebagai Ketua Menteri Sabah

Apa Sebenarnya Yang Berlaku Di Sebalik Perlantikan Hajiji Sebagai Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 656 hits
Kemelut pemilihan Ketua Menteri Sabah di kalangan pemimpin pemimpin parti Gabungan Rakyat Sabah berakhir apabila dalam satu sidang media yang diadakan lewat tengahari semalam Hajiji mengumumkan mereka sebulat suara telah memilih dirinya seb...
Hajiji Mulakan Tugas Rasmi Sebagai Ketua Menteri Sabah

Hajiji Mulakan Tugas Rasmi Sebagai Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 461 hits
M Update 30 9 2020 Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor memulakan tugas rasmi di pejabatnya di Jabatan Ketua Menteri Sabah Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini hari ini Beliau dijadual menghadiri beberapa pertemuan hari ini antaranya den...
Tyt Sabah Akan Tentukan Bung Moktar Atau Hajiji Ketua Menteri

Tyt Sabah Akan Tentukan Bung Moktar Atau Hajiji Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 532 hits
Kow Gah Chie Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin berkata bakal ketua menteri Sabah yang baru akan diketahui selepas pengumuman Tuan Yang di Pertua Negeri Juhar Mahiruddin Ini selepas BN dan PN dikatakan gagal mencapai kata sepakat mengenai...
Hajiji Ketua Menteri Baru Sabah

Hajiji Ketua Menteri Baru Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 585 hits
Hajiji Noor diisytihar ketua menteri Sabah ke 16 September 28 2020 12 34 PMGabungan Rakyat Sabah sebulat suara memilih Ketua PPBM Sabah Hajiji Noor sebagai ketua menteri ke 16 KOTA KINABALU Hajiji Noor dari PPBM diisytiharkan sebagai ketua ...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Importance Of Domain Valuation

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan