Saat Saat Akhir Yang Bertuah
SAAT-SAAT AKHIR YANG BERTUAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SAAT-SAAT akhir kadang menjadi pilihan ramai orang. Serius. PC sangat rasa tidak selesa dan risau bila dengar orang cakap syok membeli belah atau tunggu saat-saat akhir baharu nak berbelanja. Dulu. Tapi sekarang bila fikir balik owhhh ada kebaikkan dan nikmatnya juga sebenarnya, kerana keperluan setiap orang dan taktik perbelanjaan setiap orang adalah tidak sama.
Memang betul, kalau kita membeli atau berbelanja saat-saat akhir ada satu rasa yang berbeza. Semangat lain macam.Cuma kalau daripada sudut pandangan PC sendiri rasa macam kelam kabut pulak. Itu je. Bila hujung Ramadan baharu berbelanja untuk raya memang ada keuntungan daripada segi harga la. memang betul.
Tapi kena ingat, keadaan sekarang tak sama macam dulu-dulu. Sekarang semuanya ada risiko. kadang kita duduk di rumah pun ada potensi dan risiko yang mesti duhadapi. Apatah lagi keluar ke sana ke mari dalam keadaan beramai-ramai. Berbalik pada diri sendiri jugalah.
Saat-saat akhir yang bertuah. Betul. Setiap kita ada tuah masing-masing. Ada rezeki dan takdir sendirikan. Kalau sebelu COVID19, baik belah mama ke atau belah mama ke pakcik makcik PC suka oi jalan-jalan berbelanja saat-saat akhir sebelum raya. Hahahaha. Berpecah, pergi spot masing-masing, dah dapat apa dicari berkumpul bahagi-bahagi. Gitu. Seronok. Dengar cerita pun dah seronok apatah lagi kalau join sekali kan. Tapi tak pernah join pun.
Akhir Ramadan untuk tahun ni. Saat-saat akhir yang bertuah boleh jadi bukan milik kita sentiasa kerana ujian Allah itu sangat luas sebagaimana nikmat rezekiNYA yabf juga sangat luas. Kita semua tetap sahaja mesti beringat sentiasa.
Terima kasih Allah atas nikmat Ramadan tahun ini. Semoga nanti kita bertemu lagi di Ramadan akan datang. Aamiin. Sayu rasa hati.
Tinta Perdu CintaSAAT-SAAT AKHIR YANG BERTUAH
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/05/saat-saat-akhir-yang-bertuah.html