Jaringan Saat Akhir Muhammad Nur Azfar Julang Malaysia Atasi Thailand 2 1
Jaringan saat akhir Muhammad Nur Azfar julang Malaysia atasi Thailand 2-1
Jaringan saat akhir pemain gantian Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar, memastikan Malaysia membuka kempen saingan acara bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31 dengan bergaya selepas menewaskan Thailand 2-1, pada perlawanan sulung Kumpulan B di Stadium Thien Truong di sini, malam ini.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia berjaya melunaskan dendam kekalahan di pentas final edisi 2017 di Kuala Lumpur, yang juga pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di temasya sukan dwitahunan itu.
Beraksi di hadapan hampir 30 ribu penonton, Thailand di bawah bimbingan Alexandre Polking menguasai perlawanan di separuh masa pertama dengan corak permainan agresif dan tidak menunggu lama untuk melancarkan serangan menerusi percubaan Ekanit Panya pada minit ke-10.
Penjaga gol kebangsaan, Muhammad Azri Ab Ghani bertindak cemerlang menerbangkan badan untuk menampan bola rembatan Panya itu, sebelum Thailand sekali lagi mengancam kubu pertahanan negara hasil sepakan percuma Chayapipat Supanpasuch yang sedikit tersasar pada minit ke-19.
Malaysia yang sesekali melakukan serangan balas, mempunyai peluang keemasan untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-25, namun percubaan Luqman Hakim Shamsudin yang tidak dikawal tinggi melewati palang gol.
Pasukan negara terpaksa melakukan pertukaran awal di posisi pertahanan kiri pada minit ke-29 dengan Muhammad Safwan Mazlan menggantikan Muhammad Hairiey Hakim Mamat yang cedera sebelum Thailand memanfaatkan perubahan itu untuk meledak gol pembukaan empat minit kemudian.
Jaringan Thailand itu menerusi penyudah penyerang Patrik Gustavsson selepas memanfaatkan kekalutan dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan leret yang gagal diselamatkan Muhammad Azri.
Bagaimanapun, menghampiri separuh masa, Thailand terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Jonathan Khemdee dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas menjatuhkan Muhamad Syahir Bashah pada minit ke-41.
Bersambung babak kedua, situasi berubah 180 darjah apabila skuad kebangsaan kendalian Brad Maloney lebih banyak menguasai permainan selain berjaya mencipta beberapa peluang berbahaya.
Jaringan penyamaan dicari-cari akhirnya tiba pada minit ke-61 menerusi penyerang Ahmad Danial Ahmad Asri yang berada di kedudukan tepat untuk menampan hantaran lintang kapten Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi. FMT
Jaringan saat akhir Muhammad Nur Azfar julang Malaysia atasi Thailand 2-1
Baca Artikel Menarik:
Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian
Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia
Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma
Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah
Gaduh di Restoren Nasi Kandar, polis mulakan siasatan
PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo
Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni
Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib
Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya
Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan
Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik
Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/05/08/jaringan-saat-akhir-muhammad-nur-azfar-julang-malaysia-atasi-thailand-2-1/