Saat Anak Menangis Jangan Biar Dia Menunduk Renung Matanya Pujuklah
Bukan senang nak besarkan anak tapi jika kena cara didikan memang mudah. Setiap ibu ayah mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka. Ada yang sukakan pendekatan lemah-lembut dan ada juga yang sukakan cara tegas. Sebenarnya, biar apa pun kaedah ibu ayah ketika mendidik dan membentuk akhlak anak-anak, asalkan tidak mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan mental dan fizikal mereka, tiada masalah.
Artikel Menarik: [Masuk Umur 2 Tahun Cara Didik Anak Berbeza. Kena Sama Banyak Tegas & Sayang!]
Apa jua cara yang digunakan, harapan setiap ibu ayah tetap sama iaitu agar anak membesar menjadi orang yang berguna. Dikongsikan 6 pesanan ringkas dari Imam Muda Khairul Azhar Ghazali untuk ibu bapa.
1. Ubah Pandangan Anak Ketika Dia Menangis
Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2. Beri Anak Masa Untuk Berhenti Bermain
Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali: “Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan: “Dah, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.
3. Alih Perhatian Anak Ketika Dia Bertelingkah
Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: “Siapa yang mahu mendengar cerita ibu? Angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4. Tanamkan Akhirat Dalam Minda Anak Sebelum Anak Tidur
Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur: “Tidur sayang..besok pagi kan kita solat Subuh”. Maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, besok kan sekolah”. Akhirnya mereka tidak solat Subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
Artikel Menarik: [Hentikan Budaya Banding Anak Orang Dengan Anak Sendiri! Hormati Perasaan Anak]
5. Dampingi Anak, Kenakalan Anak Itu Akan Menjadi Kenangan
Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan keanak-anakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6. Utamakan Yang Lebih Utama
Tinggalkan handphone seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan: “Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Artikel Menarik: [Basuh Tangan & Sikat Rambut Anak, Waktu Terbaik Untuk Ibu Doakan]
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
The post Saat Anak Menangis, Jangan Biar Dia Menunduk. Renung Matanya & Pujuklah appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/saat-anak-menangis-jangan-biar-dia-menunduk-renung-matanya-pujuklah/