Gagal Akademik Tak Bermakna Anak Corot Akhlak Mak Jangan Putus Doa Untuk Anak


Gambar Hiasan
Mana-mana ibu pun berdoa agar setiap anaknya cemerlang akademik dari sekolah rendah. Namun, tak semua anak dapat penuhi harapan ibu. Sebab kemampuan mereka berbeza-beza

Dan ibu, usah terlalu memberi tekanan kepada anak. Lagi-lagi anak yang bakal mengambil keputusan peperiksaan UPSR dalam minggu terakhir persekolahan ini. Biar apa pun keputusan mereka, ibu peluklah, kekal dalam mood positif demi si anak

Perkongsian Ezatul Marini yang sebelumnya begitu tegas dengan si anak. Begitu kecewa apabila anak tak dapat capai apa yang ibu harapkan. Sampai satu tahap, ibu ini mengalah. Yakin bahawa yang penting adalah akhlak dan pegangan agama anak itulah sebenar-benar erti bahagia
Murid Tahun 6 Bakal Terima Keputusan UPSR
Minggu ini minggu terakhir sesi persekolahan. Minggu ini juga anak-anak Tahun 6 akan menerima keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Saya percaya bukan hanya guru, ibu bapa lebih merasakan debaran menjelang pengumuman keputusan peperiksaan ini

Saya pernah melalui keadaan ini. Kedua- dua pengalaman membawa cerita yang berbeza. Sebagai alumni sekolah berasrama penuh, saya menekan anak sulung agar cerdas dalam pelajaran. Saya menyimpan cita- cita andai tidak ke sekolah yang pernah menjadi “alma mater” saya, mungkin anak layak untuk dimasukkan ke sekolah kawalan

Yang menjadi kerisauan saya adalah seandainya anak tidak dapat mencapai keputusan sasaran saya. Beliau saya gesa agar berusaha sehabis daya. Berbeza pula dengan Abahnya, anak saya langsung tidak mendapat sebarang tekanan untuk selalu cemerlang dalam peperiksaan


Di hari keputusan UPSR diumumkan, saya tidak sanggup menjengah ke sekolah. Suami yang kebetulan mengajar di sekolah yang sama dengan anak, menawarkan diri untuk menemankan beliau semasa menerima keputusan

“Bagaimana kalau keputusannya teruk? Pasti kaum keluarga akan sibuk bertanya!” Libang- libu perasaan saya sepanjang menanti keputusan diumumkan

Gagal Akademik & Harapan Ibu Yang Berkubur
Akhirnya keputusan diterima dan nyata harapan saya bakal berkubur. Saya jemput mereka dari sekolah dengan linangan airmata. Tidak ada sepatah kata pun yang mampu saya keluarkan

“Ummi, saya minta maaf ye. Saya tidak dapat keputusan yang baik” saya hanya bungkam. Malas hendak berkata apa- apa

Malamnya, saya seperti tidak mampu memandang wajah sang anak. Airmata laju menuruni pipi. Saya mogok. Makanan pun tidak mahu saya jamah

Dalam hati perasaan kecewa, terkilan, sedih, kasihan dan marah bercampur-baur. Hilang sudah semua nasihat-nasihat dan kata-kata semangat yang pernah saya berikan kepada anak-anak saudara yang pernah juga diuji dengan keadaan yang sama

Esoknya saya hamburkan rasa kepada seorang kawan. “Mahal rupanya redha itu kan? Mudahnya kita minta orang lain bersabar dan redha saat mereka teruji dan malangnya bila diri sendiri yang terkena, redha itu hilang entah ke mana” nasihat lembut yang diberikan sahabat itu seolah jentikan pertama yang saya terima pasca penerimaan keputusan peperiksaan sang anak

Tiga Soalan Suami Ini, Buka Minda Ibu
Akhirnya, selepas beberapa hari suami bersuara. Beberapa soalan dilontarkan kepada saya, yang di antaranya:
i. Apa sebenarnya perasaan saya
ii. Perasaan itu sebenarnya berkenaan siapa? Anak? Diri sendiri? Keputusan yang diperolehinya
iii. Mengapa ada perasaan- perasaan berkenaan
Suami minta saya duduk dan fikirkan adakah adil bila saya mengambil keputusan untuk menghukum anak atas keputusan yang diterimanya

Sungguh, saya tersedar betapa kejam saya terhadap sang anak dek kerana tidak dapat menerima keputusan yang dibawanya pulang. Seperti yang saya terangkan berbagai perasaan bercampur- baur, marah dan terkilan kerana pada saya andai dia berusaha lebih gigih pasti keputusannya tidak sedemikian

Malu kepada rakan- rakan dan kaum keluarga serta pandangan orang yang merasakan seharusnya sang anak cemerlang. Kecewa kerana harapan dan cita- cita yang saya angan- angankan terkubur di permulaan penjelajahan ilmunya

Keputusan Akademik Anak Bukan Penamat Segalanya
Saya lupa bahawa seharusnya saya memberikan jaminan kepada beliau bahawa apa yang diperolehinya bukan penamat segala, ada banyak lagi peluang dan ruang untuk beliau betulkan apa sahaja kekurangan. Saya teralpa tentang qada dan qadar Tuhan serta konsep menerima apa sahaja ketentuan Allah dengan lapang dada

Yang paling mengesankan bila suami menyudah perbincangan dengan lontaran kata, “atau awak ni sebenarnya bukanlah marah sangat dengan keputusan anak. Yang menjadi masalah awak sekarang, pandangan dan penilaian orang”
Itu cerita tahun 2009. Tahun 2016 kami sekali lagi mengadap situasi serupa. Tetapi kali ini, saya lebih bersedia dan lapang dada. Biarpun pencapaian anak kedua sangat sederhana, saya lebih positif dan tidak lagi seperti sebelumnya

Agar Lebih Positif, Renungkan Kata-kata Ini
Sekadar ingatan untuk kita bersama,
i. Di pagi hari keputusan diumumkan, cubalah terus- terusan tanamkan dalam hati untuk berlapang dada dengan apa sahaja yang bakal jadi keputusannya. Baik disyukuri, andai tidak begitu memberansangkan juga wajar dipanjatkan kesyukuran. Semuanya cerita dan perancangan Allah. i
i. Peluk anak, raikan mereka biar apa pun keputusan yang mereka terima. Mereka telah berusaha sehabis daya. Mereka telah mencuba dan pastinya tiada seorang anak pun yang tidak mahu gembirakan hati ibu bapa

iii. Berikan mereka kata- kata semangat. Elakkan soalan kenapa? Mengapa? Dan jangan sekali- kali terhambur kata- kata yang boleh membunuh motivasi dan emosi mereka

iv. Duduk dan rangkakan perancangan seterusnya. Andai cemerlang, halakan mereka ke institusi yang sesuai. Andai kurang, rangkakan juga pelan jangka panjang dan pendek untuk perbaiki keadaan

v. Paling utama, itu anak kita, yang setiap masa kita doakan, kita asuh dan didik. Tidak cemerlang akademik tidak bermakna anak bakal corot akhlak dan agamanya. Jangan putus- putus doa

Sumber: Ezatul Marini via http://bit.ly/2NnZwCr

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/11/gagal-akademik-tak-bermakna-anak-corot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibubapa Jangan Lupa Amalkan 7 Doa Terbaik Ini Untuk Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat

Ibubapa Jangan Lupa Amalkan 7 Doa Terbaik Ini Untuk Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 1861 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah Anak yang baik dan mendengar kata kata ibu bapanya Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka Bagi yang beragama Isla...
Jangan Stres Kalau Anak Menangis Itu Cara Dia Beritahu Apa Dia Nak

Jangan Stres Kalau Anak Menangis Itu Cara Dia Beritahu Apa Dia Nak

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 326 hits
Secara umumnya ada beberapa sebab bayi anda menangis dan meragam Malah si manja yang masih belum boleh bercakap menjadikan menangis sebagai kaedah untuk berkomunikasi Walaupun kebanyakan isyarat menangis menunjukkan bayi mempunyai keperluan...
Jangan Bagi Anak Makan Kicap Nanti Parut Hitam Eh Betul Ke

Jangan Bagi Anak Makan Kicap Nanti Parut Hitam Eh Betul Ke

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 319 hits
Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar makan kicap akan buatkan parut luka anda menjadi gelap Kata kata ini sudah lama berpindah dari mulut ke mulut tanpa wujudnya penerangan di sebalik mengapa ia boleh terjadi sedemikian Sikap semula ja...
Driver Lori Mabuk Langgar Kereta Mak Ayah Aku Tersepit Bawah Kerusi Netizen Menangis Baca Luahan Anak Yatim Ini

Driver Lori Mabuk Langgar Kereta Mak Ayah Aku Tersepit Bawah Kerusi Netizen Menangis Baca Luahan Anak Yatim Ini

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 577 hits
Baru baru ini kita digemparkan dengan kes kemalangan jalan raya yang membabitkan seorang kakitangan CIMB Pegawai bank yang baru menyambut hari lahirnya yang ke 28 Selasa lalu maut selepas kereta dipandunya dilanggar oleh sebuah kereta lain ...
Jangan Tekan Anak Keterlaluan Dalam Pelajaran Zaman Kanak Kanak Hanya Sekali

Jangan Tekan Anak Keterlaluan Dalam Pelajaran Zaman Kanak Kanak Hanya Sekali

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 265 hits
Ibu bapa dan guru disaran untuk tidak menekan anak anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran kerana dibimbangi boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah ...
Wahai Isteri Doamu Adalah Kunci Kejayaan Suami Jangan Pernah Putus Berdoa

Wahai Isteri Doamu Adalah Kunci Kejayaan Suami Jangan Pernah Putus Berdoa

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 570 hits
Jika kita menginginkan rumah tangga yang bahagia aman damai dan tenang menghadapi segala ujian Allah SWT teruskanlah berdoa Mungkin doa anda tidak dimakbulkan sekarang tapi tak mustahil termakbul jua suatu hari nanti Jika tidak sesempurna m...
Gigi Baru Nak Tumbuh Kadang Kadang Boleh Demam Anak Mak Ayah Diingatkan Supaya Rajin Angkat Bibir Baby

Gigi Baru Nak Tumbuh Kadang Kadang Boleh Demam Anak Mak Ayah Diingatkan Supaya Rajin Angkat Bibir Baby

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 1068 hits
Setiap daripada pasangan yang baru sahaja dikurniakan dengan cahaya mata pastinya akan mula tertanya tanya pada umur berapakah gigi bayi mereka akan tumbuh Ini kerana ada diantara ibu bapa ini yang tiada pengalaman serta kepakaran untuk men...
Biarkan Anak Menangis Ketika Mereka Diletakkan Dalam Car Seat Jangan Kita Yang Menagis Kemudian Hari

Biarkan Anak Menangis Ketika Mereka Diletakkan Dalam Car Seat Jangan Kita Yang Menagis Kemudian Hari

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 400 hits
Biarkan anak kita menangis ketika meletakkan mereka di car seat Jangan kita pula menangis kemudian hari Ketika itu nangis air mata berdarah pun tidak berguna lagi Kemalangan ini tidak dijangka Saya membawa kereta berhati hati Namun disebabk...
Doa Untuk Anak Yang Lambat Bercakap

Doa Untuk Anak Yang Lambat Bercakap

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 799 hits
Perkembangan setiap anak tak sama Dapat anak yang perkembangannya laju dan cepat pasti menggembirakan ibu bapa tapi bila ada anak yang perkembangan nya lambat Pasti meredakan hati Anak sulung MF laju perkembangannya Normal ikut tempoh dan u...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand