Ruu Anti Lompat Parti Mesti Diluluskan Pada Sidang Perlimen Mac Bersih








Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa kerajaan BN agar tidak berdolak dalik dalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada sesi Parlimen Mac ini.



Menurut kenyataan Jawatankuasa Pemandu BERSIH, undang undang berkenaan sangat perlu bagi menjamin integriti calon dan mengembalikan keyakinan rakyat untuk membuang undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Bagaimanapun BERSIH agak skeptikal dengan sikap Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyatakan masih lagi belum ada kata sepakat bagi terma “lompat parti” kerana setiap parti mempunyai tafsiran sendiri berkenaan makna dan ruang lingkupnya.


"Kami juga kesal dengan penundaan mesyuarat libat urus bersama Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) yang dikelola oleh Menteri Undang-Undang pada 17 Februari kerana peningkatan kes Covid-19.


"BERSIH dan CSO lain sangat ternanti peluang untuk bertemu dengan Kementerian tersebut dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membincangkan cadangan cadangan pembaharuan termasuk draf Undang-Undang Anti Lompat.


"BERSIH berharap kenyataan Wan Junaidi dan penangguhan libat urus ini bukanlah dalih Kerajaan untuk tidak melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan mustahak sebelum PRU15," kata kenyataan berkenaan.


Menurut kenyataan itu lagi, kegagalan meluluskan RUU Anti Lompat Parti pada Mac mungkin menyebabkan Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU) yang ditandatangan oleh kerajaan Ismail Sabri dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September tahun lalu berisiko terbubar, dan keadaan politik menjadi tidak menentu.


"BERSIH faham isu lompat parti kompleks dengan pelbagai tafsiran, perundangan, pertimbangan antara parti dan pilihan raya, tetapi untuk mencari penyelesaian sempurna adalah hampir mustahil.


"Kami juga berpandangan pasca Langkah Sheraton, di mana lompat parti telah menyebabkan keruntuhan Kerajaan Persekutuan sebanyak dua kali dan secara langsung atau tidak langsung mencetuskan perubahan di lapan Kerajaan Negeri dalam masa dua tahun, penggubalan undang-undang ini sangat penting untuk mencegah lompat parti di Malaysia bagi mengembalikan kestabilan politik," kata mereka.


Oleh yang demikian, BERSIH menggesa agar dipertimbangkan beberapa perkara mengenai RUU tersebut seperti hal wakil rakyat meninggalkan partinya untuk menyertai parti lain atau menjadi bebas; Wakil rakyat bebas menyertai parti politik; Wakil rakyat meletakkan jawatan secara sukarela daripada parti atau kerusi dan Wakil rakyat dipecat oleh partinya


Kata mereka, dalam Undang-Undang Anti Lompat tradisional, sekiranya perkara tersebut terjadi, kerusi mereka akan diisytiharkan kosong secara automatik dan pilihan raya kecil akan berlangsung.


BERSIH, menurut kenyataan itu, lebih cenderung kepada Undang-Undang Anti Lompat melalui Prosedur Pecat yang tidak akan secara automatik mengosongkan kerusi pelompat parti tetapi menyediakan prosedur untuk pengundi pelompat parti mengosongkan kerusi tersebut.


Bagaimanapun BERSIH akan menyokong cadangan undang-undang anti lompat kerajaan dengan beberapa perkara perlu diselesaikan.


"Mansuhkan Perkara 48(6) di mana wakil rakyat meletakkan jawatan daripada kerusinya dihalang bertanding selama lima tahun. Hal ini akan memberi laluan kepada wakil rakyat meletak jawatan kerana prinsip daripada partinya dan bertanding di kerusi yang sama untuk mendapat mandat baru daripada pengundi. Sekiranya Perkara ini tidak dimansuhkan, wakil rakyat akan berhadapan dipecat sebelum dibenarkan bertanding semula.


"Negeri perlu diberikan kebebasan untuk menggubal undang-undang anti lompat sendiri, sama ada anti lompat tradisional, anti lompat melalui prosedur pecat seperti cadangan BERSIH dan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Said Othman, atau kaedah lain," kata mereka lagi.


Sehubungan itu, BERSIH menggesa Menteri Undang-Undang dan kerajaan PM Ismail Sabri agar membentangkan RUU Anti Lompat pada sidang Parlimen bulan Mac dan memastikan usul tersebut menjadi undang-undang selepas mengambil input daripada Ahli Parlimen, CSO dan orang ramai.


 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/ruu-anti-lompat-parti-mesti-diluluskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pak Long Mail Akan Tumbang Jika Gagal Bentang Ruu Anti Lompat Parti Anwar Beritahu Pm

Kerajaan Pak Long Mail Akan Tumbang Jika Gagal Bentang Ruu Anti Lompat Parti Anwar Beritahu Pm

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 191 hits
Bentang RUU Anti Lompat Parti atau MoU batal Anwar beritahu PM February 14 2022 RUU Anti Lompat Parti antara isu dibangkitkan dalam pertemuan Anwar Ibrahim Mohamad Sabu Lim Guan Eng dan Ismail Sabri Yaakob pada 20 Jan lalu PETALING JAYA Ket...
Ruu Anti Lompat Parti Tak Dibentang Mou Batal

Ruu Anti Lompat Parti Tak Dibentang Mou Batal

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 180 hits
Memorandum kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan akan batal serta merta sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak ada keazaman politik untuk membentangkan Akta Anti Lompat Parti dalam sesi Dewan R...
Ph Umum Kerjasama Di Johor Ruu Anti Lompat Parti Diteruskan

Ph Umum Kerjasama Di Johor Ruu Anti Lompat Parti Diteruskan

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 191 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat semalam membuat keputusan dalam beberapa perkara terkait strategi Pilihan Raya Negeri Johor dan berkenaan meneruskan Rang Undang Undang Akta Anti Lompat Parti dalam sidang Parlimen sesi Mac ...
Mesti Baca Must Read Satu Lagi Dasar Ekonomi Bunuh Diri Ruu Akta Sewa Bakal Huru Harakan Ekonomi Negara

Mesti Baca Must Read Satu Lagi Dasar Ekonomi Bunuh Diri Ruu Akta Sewa Bakal Huru Harakan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 385 hits
Tuan Tuan saya mulakan nukilan Sabtu ini dengan angkat diri sedikit Yang berikut adalah sedikit catitan oleh sdra Fauzi Kadir tuanpunya blog Permadu yang berkata Kalaulah blog saya ini yang paling berpengaruh di Malaysia saya harap Tuan Tua...
Pemimpin Bersatu Tidak Lompat Parti Kecuali Tergoda Dengan Scheme Of Things

Pemimpin Bersatu Tidak Lompat Parti Kecuali Tergoda Dengan Scheme Of Things

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 340 hits
February 8 2022 Tiada sebab untuk pemimpin atau ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia keluar parti terutama menjelang Pilihan Raya Negeri Johor melainkan jika ada yang tergoda dengan tawaran pihak tertentu Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri...
Sempat Ditunda Pn Jakpus Gelar Sidang Vonis Azis Syamsuddin Hari Ini

Sempat Ditunda Pn Jakpus Gelar Sidang Vonis Azis Syamsuddin Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 166 hits
Dimana saat ini yang bersangkutan telah selesai menjalani isolasi mandiri dan dalam waktu dekat akan berangkat kembali ke Jakarta
Lee Jihoon Tak Hadiri Sidang Media Sponsor Dek Isu Tunjuk Kuasa Ditolak Jadi Hero Kedua

Lee Jihoon Tak Hadiri Sidang Media Sponsor Dek Isu Tunjuk Kuasa Ditolak Jadi Hero Kedua

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 214 hits
Nampaknya semakin banyak persoalan yang timbul mengenai drama Sponsor kini Terbaru Lee Ji hoon yang merupakan antara pelakon utama drama ini disahkan tidak akan menyertai sidang media yang bakal berlangsung pada 23 Februari nanti Katanya di...
Ekspresi Bupati Probolinggo Nonaktif Puput Tantriana Sari Usai Jalani Sidang Lanjutan

Ekspresi Bupati Probolinggo Nonaktif Puput Tantriana Sari Usai Jalani Sidang Lanjutan

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 163 hits
Ekspresi Bupati Probolinggo Nonaktif Puput Tantriana Sari Usai Jalani Sidang Lanjutan Bupati nonaktif Probolinggo Puput Tantriana Sari menjalani sidang lanjutan yang digelar secara dalam jaringan dari Pengadilan Tipikor Surabaya Puput merup...
Meski Watak Utama Nama Lee Jihoon Tidak Disebut Langsung Di Sidang Media Sponsor

Meski Watak Utama Nama Lee Jihoon Tidak Disebut Langsung Di Sidang Media Sponsor

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 230 hits
Merupakan pelakon utama menghairankan apabila pihak drama Sponsor sepertinya menolak ketepi Lee Ji hoon kini Terbaru nama lelaki itu langsung tidak disebut semasa sidang media Sponsor yang berlangsung pada pagi tadi Meskipun Lee Ji hoon men...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998

S Line Thriller Fantasi Misteri Korea Lakonan Lee Soo Hyuk Paling Berani Tahun Ini